BAB 2

Romance Completed 28958

Terkebil-kebil Ifti memandang Janet yang terkial-kial menyapu bajunya yang terkena dengan tumpahan jus tembikai. Dia memandang ke arah kumpulan lelaki yang selamba berlalu tanpa perasaan bersalah. Biadabnya!

“Hoi!!” teriaknya kuat. Langkah keempat-empat pemuda itu terhenti. Mereka serentak berpaling memandang Ifti. Ifti mendengus geram sambil melangkah pantas menghampiri kumpulan tersebut. Janet cuba menahan namun Ifti menepis lengannya. Keempat-empat pemuda itu hanya tenang membalas pandangan tajam Ifti.

“Ini dah kenapa takde sivik? Dah langgar orang, siap tumpahkan minuman, jalan macam itu aje? Tak reti nak minta maaf ke?!” Farhan memandang Ifti dari atas ke bawah.

“So?” soalnya dengan wajah tidak bersalah. Ifti mengetap bibir geram.

“Hei! kau ini tak faham bahasa ke?!” Aku sekeh juga kepala mamat ini!

“Dahlah itu Ifti. Aku okay,” celah Janet sambil menarik lengan Ifti untuk berlalu.

“Jan! aku belum habis lagilah!” balas Ifti tidak berpuas hati. Apabila mereka sudah jauh daripada kumpulan itu, barulah Janet melepaskan pegangannya.

“Sudah, aku okay. Ifti, kau kena ingat. Dalam kolej ini ramai anak orang kaya. Aku yakin sangat kumpulan tadi itu anak orang kaya. Kau bukan tak tahu, mereka boleh buat apa aje dengan kita,”

“Kau ini penakut sangatlah Jan. Aku peduli apa kalau mamat sewel itu anak orang kaya.

Hei, kita ada maruahlah. Aku memang tak boleh tengok orang biadab depan aku! berlagak sangat! aku jumpa mamat itu lagi, tahulah aku nak buat apa.” Janet hanya menggeleng memandang sahabatnya itu. Dia bukan sehari dua kenal dengan gadis itu. Dia kenal sangat gadis yang bernama Ifti Keisha itu. Kalau hitam katanya maka hitamlah.

“Siapa budak tadi itu? budak baru ke?” soal Fikri sambil menghirup tea panas di depannya.

“Aku rasa budak barulah itu,” jawab Haikal sambil mencapai karipap panas. Farhan yang sedang leka dengan telefon bimbitnya hanya memasang telinga mendengar perbualan rakan-rakannya itu.

“Aku rasa budak itu tak makan samanlah. Tahu pula nak tegur kita,” kata Fikri lagi.

“Aku pun geram juga dengan budak itu tadi. Aku nak lempang budak itu tapi bila tengok muka cun, rasa tak sampai hati pula,” balas Haikal sambil tergelak kecil. Farhan menarik nafas perlahan. Terbayang semula wajah garang gadis itu. Seingatnya, selama ini memang tidak ada sesiapa pun yang berani menegur mereka. Gadis itulah orang yang pertama.

“Riz, kau nak ke mana?” soal Fitri kepada Hariz yang tiba-tiba sahaja berdiri. Farhan turut memandang pemuda tinggi lampai itu.

“Aku nak balik,” jawab Hariz perlahan sebelum berlalu.

“Hati-hati,” jerit Haikal. Farhan hanya memandang langkah rakannya itu yang semakin jauh. Dia akui, walaupun sudah mengenali rakannya itu hampir dua tahun namun masih banyak tentang lelaki itu tidak diketahuinya. Rakannya yang seorang itu memang perahsia orangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience