BAB 12

Romance Completed 28958

Terlepas telefon bimbit dari pegangannya saat mendengar perkhabaran daripada Janet. Hariz dan Farhan kemalangan!!

Ifti menyambut perlahan surat yang dihulurkan oleh Ilyana.

“Maafkan aku Ifti,” ucap Ilyana perlahan.

“Riz nak surat ini sampai kat tangan Ifti. Dia sayangkan Ifti. Dia juga sayangkan Farhan. Sebab itu dia berhijrah ke London. Dia tak nak ada sesiapa yang terluka,” sambung Ilyana sebak. Ifti tunduk perlahan. Air matanya mengalir tanpa mampu ditahan. Sejak kemalangan yang menimpa Hariz dan Farhan, air matanya begitu murah.

“Aku sayang dia Ifti. Tapi silapnya aku juga tak pernah hargai kesetiaan dia menanti aku. Aku tak salahkan dia. Aku juga tak salahkan kau. Aku yang bersalah kerana melengah-lengahkan masa untuk kembali pada Hariz. Malahan aku mungkir janji. Aku tak pernah pun hubungi Riz bila sampai kat London. Aku memang patut dihukum.” Ifti menarik nafas perlahan sambil mengesat air matanya. Perlahan jemarinya membuka sampul surat tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience