BAB 13

Romance Completed 28958

Ifti Keisha,

Pertama kali melihat awak yang begitu berani melawan Tengku Farhan, saya dapat rasakan ada sesuatu yang menarik dalam diri awak. Saya jatuh sayang dengan sikap degil awak. Saya jatuh sayang dengan sikap gelabah awak. Saya jatuh sayang dengan sikap tak makan saman awak. Saya jatuh sayang…dengan diri sebenar awak Ifti Keisha.

Bila tahu Ilyana Rasya adalah kakak kembar awak, saya mula merasa takut. Saya takut kehilangan awak Ifti. Tapi rupanya benda yang saya sangat takutkan itulah yang berlaku. ”Anggap aje kita tak pernah kenal”. Itu yang awak beritahu pada saya Ifti. How can I? Tapi takpe, mungkin perlu mengambil masa yang lama. Saya yakin boleh lakukan apa yang awak nak. Langkah yang pertama adalah jauhkan diri daripada awak Ifti. Saya tinggalkan awak dengan Tengku Farhan. Saya yakin dia boleh jaga awak lebih baik daripada saya. Awak dan Farhan, kedua-duanya sangat penting buat saya.T erima kasih kerana sudi menjadi sahabat saya Ifti Keisha.

H

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience