BAB 5

Romance Completed 28958

Langkah Hariz terhenti apabila Ifti tiba-tiba muncul di depannya. Dia menghulurkan wang kepadanya.

“Nah, saya bayar balik hutang saya,” kata Ifti tanpa senyuman. Hariz memandang wang yang dihulurkan sebelum memandang wajah gadis itu. Lama dia merenung wajah itu. Wajah itu sering mengingatkan dia pada seseorang.

“Nak ke tak?” soal Ifti yang mula rimas dengan renungan lelaki itu. Dadanya berdebar semula. Hariz menyambut perlahan huluran itu. Ifti agak terkejut melihat tangan lelaki itu yang berdarah.

“Eh, tangan awak berdarah itu.” Hariz berlalu tanpa berkata apa-apa.

“Awak!” Ifti yang tidak berpuas hati pantas mengejar langkah Hariz. Dia menarik lengan lelaki itu. Langkah Hariz terhenti lagi. Dia terkedu apabila Ifti dengan selamba membelek pergelangan lengannya yang berdarah.

“Awak buat apa sampai tangan ini berdarah?” soal Ifti tanpa memandang Hariz. Dia leka mencari punca keluarnya darah tersebut.

“Bukan darah, tapi warna. Saya baru aje siap melukis,” beritahu Hariz perlahan masih merenung Ifti. Sepantas kilat Ifti melepaskan tangan lelaki itu. Oh my!

“Oh ya ke. Okay, bye,” balas Ifti sebelum berlalu pantas. Malunya!!. Hariz memerhatikan sahaja langkah gadis itu. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience