BAB 1

Romance Completed 28958

Begitu banyak sekali persaingan aku harus tenang

Menghadapi sedangkan dirimu pula jadi perhatian setiap insan

Biar apapun jua tafsiran bermain dipenjuru hatimu

Relaku tempuh namun mengalah usahlah kau harapkan

Lambat laun nanti kebenaran terserlah

Di situlah juga akan kau sedari

Betapa tulusnya pengorbananku ini

Memperhambakan diri tak mengenal jemu

Ketahuilah kesetiaanku ini

Tidak pernah luntur ditelan waktu

Tak kenal maka tak cinta, jadi terlebih dahulu aku perkenalkan diriku dulu, namaku Ifti Keisha dan nak dijadikan cerita, hari ini merupakan hari pertama aku mendaftar di kolej baru. Kolej ini sebenarnya istimewa sedikit kerana hanya menerima pelajar-pelajar yang mempunyai result yang gempak dan golongan orang-orang yang berada sahaja. Aku memang tak tergolong dalam kalangan anak-anak orang kaya. Tapi disebabkan keputusan spm aku gempak, maka selamatlah aku mendarat di kolej ini. Aku memang suka kolej ini. Tapi yang buat aku bengang, hari pertama aku dirosakkan oleh mamat sewel ini!!. Ifti mendengus geram. Terbayang semula peristiwa pagi tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience