BAB 8

Romance Series 4854

Tatkala pintu besar dewan kuliah ditolaknya dari luar, cuping telinganya sudah dapat menangkap sayup - sayup suara pensyarah dihadapan. Rasa segan bertandang. Serta - merta ditebalkan juga mukanya dan perlahan - lahan masuk ke dewan kuliah.


Sarafina terpaksa mengisi tempat duduk di belakang dewan. Mustahil untuk dia melangkah jauh ke depan dan duduk di tempat biasa. Segan!tak usah nak dicakap. Beberapa pasang mata yang nakal memerhatinya.


Barangkali terperanjat kerana hari ni dalam sejarah, dia lambat masuk ke kuliah. Selalunya dialah ontime. Ah.... mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni!


Apabila matanya dipandang di hadapan, kelihatan sepasang anak mata Profesor Hakim tajam memandangnya. Profesor Hakim sebelum ini memang dikenali ramai di kalangan mahasiswa Fakulti Elektrik sebagai profesor yang berkaliber dan disenangi.


" Lambat hari ni Sara. Any good excuse?" tegurnya dengan matanya yang tidak berkelip.


Sarafina tergagap - gagap menjawab apabila dipandang sebegitu rupa. Tidak tahu apa yang patut diperkatakan. Mukanya terasa merah keran hampir kesemua mata memandangnya. Perlahan - lahan dia berdiri.


" Maaf profesor..Saya tak sengaja datang lewat," ujarnya tersekat - sekat.


Ah..alasan apa yang patut diberi? Sememangnya dia tidak mempunyai alasan yang kukuh. Apatah lagi kedengaran lapuk sekiranya diberi alasan bangun lewat untuk dikemukakan kepada Profesor Hakim.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience