BAB 9

Romance Series 4854

"Awak lewat sepuluh minit tapi masih sempat kalau awak nak kejar nota saya kat depan ni. Everyone has his bad day. You are forgiven! Tapi pastikan tak berulang lagi ya Sarafina Aleeya Abdullah," tegasnya, sebelum berpaling dan meneruskan pengajarannya.


Sekali lagi Sarafina tersentak apabila namanya disebut penuh oleh Profesor Hakim. Namun diukirkan juga sedikit senyuman kerana tanda menghargai sikap ambil berat pensyarahnya.


Cepat - cepat buku notanya dan pen dikeluarkan dari dalam begnya dan terus menumpukan perhatian terhadap pengajaran pensyarahnya di hadapan.


Gelagat Sarafina telah menarik perhatian Raykal. Dari tadi gelagat Sarafina diperhatikan dari jauh oleh Raykal yang turut berada di belakang kelas. Dia tidak dapat menahan hatinya yang digeletek ingin ketawa melihat telatah Sarafina yang kalut.


Selalunya dia nampak cool, tenang dan tidak mempunyai apa - apa masalah. Tapi kali ini, disebabkan lewat datang kuliah, terbang sagala sifat tenangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience