BAB 17

Romance Series 4854

" Hai...takkan kau tak kenal Sara. Kawan sekelas kita jugak..yang selalu duduk belakang kelas tu. Takkan kau tak perasan!" ujar Rosnah.


Macam manalah dia nak perasan. Tempat yang selalunya dia duduk berada didepan. Waktu di kelas mana pernah dia lihat ke belakang. Fokusnya hanya buku dan papan tulis sahaja. Sarafina tetap dengan pendiriannya.


"Kau datang sini semata - mata nak bagikan kad dan coklat ni?"


" Aku ni hanya menjalankan amanah je Sara. Tak sampai hati aku nak tolak permintaan Raykal bila dia nak merayu kat aku. Cair hati aku ni Sara!" Jawab Rosnah sambil mengangguk.


"Alah Sara...terima ajelah. Orang dah bagi tu. Ambik jelah. Rezeki tu. Kalau kau tak nak coklat tu, meh sini aku yang punya," ugut Adila sambil bergurau.


" Ambiklah," ujar Sarafina endah tak endah. Ah! Nampak sangat Sarafina langsung tidak berminat dengan pemberian lelaki itu.


" Sara..kesian le Raykal tu Mesti patah hati dia Kau tak kesian ke?" tanya Rosnah yang cuba memancing simpati daripada Sarafina.


" Tak kesian! Yang aku kesian ni kat kau. Yalahkan kesian aku tengok kau ni jadi posmen tak bertauliah," ujar Sarafina dengan sinis. Dia memakai kasutnya dan melangkah keluar.


Jelas menandakan perbincangan mereka tamat. Rosnah dan Adila berpandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience