BAB 15

Romance Series 4854

Rosnah? Muka Sarafina berkerut hairan. Melihat kedatangan rakan sekelasnya yang cukup dikenali dengan sikapnya yang kepoh.Pelik! Datang sini nak bergosip ke?


Gadis berkulit hitam manis itu hanya dikenali dengan nama sahaja. Berjumpa pon jarang apatah lagi berbual. Sesekali bertembung, hanya senyuman dilemparkan.


" Ada pun kau kat bilik Sara Kau tak pergi library ke hari ni? tanya Rosnah sambil melabuhkan punggungnya dia atas katil.


Dia tahu yang Sarafina memang kaki library. Kalau kelibatnya tiada dibilik so bermakna tempat lain yang perlu di cari iaitu di library. Disitulah dia menghabiskan masanya. Kalau tak bersama dengan Adila pon, dia sendiri. Tahan pulak tu berjam - jam!


" Ada hajat apa Rosnah datang ke mari? soal Sarafina.


" Hajat besar Sara," ujar Rosnah dengan penuh dramatik. Aikk...apa kena pulak dia ni?


Dia melihat Rosnah mengeluarkan sekeping kad bersampul warna merah jambu di dalam beg sandang.Terpinga - pinga Sarafina apabila dihulurkan kepadanya. Hairan! Apa hal ni? Adila dari tadi menjadi pemerhati turut bangun dan mendekati Sarafina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience