BAB 11

Romance Series 4854

"Apa? Ulang sekali lagi? Kau biar betul!" Rosnah membeliakkan matanya. Terkejut dia!!


" Kau nak berkawan dengan Sarafina? Sarafina yang mana?"

"Hissy....Mata kau tu tak boleh control sikit ke Ros? Takut aku tengok terbeliak macam tu. Macam orang kena sawan aje," tegur Raykal.


" Apa salah kah aku nak berkawan?" Ah...tersilap langkahkah dirinya menyuarakan hasratnya kepada Rosnah? Rasa kesal tiba - tiba bertandang. Tapi siapa lagi yang boleh diharapkan?


Rosnahlah yang selalu menjadi posmen sekiranya ada antara kawan lelakinya yang ingin berkenalan dengan penuntut - penuntut perempuan. Malah kawannya, Fazrul pun pernah menggunakan khidmat pakar Rosnah sehinggakan dia kini cukup baik dengan seorang senior perempuan yang mengambil kursus kejuruteraan komputer.


Sikap Rosnah yang peramah dan mudah bergaul tidak kira perempuan atau pun lelaki. Famouslah katakan! Rosnah dikenali dengan sikapnya yang kepoh. Itu yang membuatkan Raykal percaya dengan kemampuannya. Maklumlah semua gosip dia tahu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience