BAB 1

Romance Series 4854

" Aik..Rajin nampak. Selalunya waktu - waktu begini kau dah keluar," tanya Sarafina.


Adila mengeluh. Dia terbaring kepenatan di katilnya.


" Habislah..Otak aku ni berserabut dah ni. Banyak sangat nak ingat. Ikutkan hati ..aku rancang nak pergi tengok wayang ngan Farid petang ni. Ada filem baru..Kuiz punya pasal terpaksalah aku korbankan. Nak cancel kuiz takut pulak. Dahlah Professor Ahmad ni langsung tak kasi can punyalah. Harap soalan tak killer sangat," ujar Adila.

" Patutlah. Insya Allah pasti boleh jawab punya. Kau ada apa - apa nak pesan ke? Aku nak singgah pergi cafe ni," ujar Sarafina sambil membetulkan tudungnya di cermin.


Adila tersenyum sambil mengangguk. Dia mengeluarkan wang RM 20 dari dompetnya lalu menghulurkan wang itu kepada Sarafina.


" Rasa laparlah pulak. Aku nak dua nasi lemak..dan Hundred Plus satu. Jangan lupa beli karipap juga ye," pinta Adila.


" Amboi banyaknye makan. Kau tak makan dari tadi ke? ," usik Sarafina.


" Aku dah makan tadi..tu pun sikit je. Aku makan kuih je. Tadi ada kelas.. Itu pasal tak sempat makan. Hati - hati di jalan. Kalau ada orang nak mengurat..kau sambut je lah. Tak payah jual mahal sangat," ujar Adila.


Sarafina hanya tersenyum kecil mendengar kata - kata dari sahabatnya. Dia belum bersedia untuk mencintai dan dicintai. Matlamatnya cuma untuk belajar dan mendapatkan pekerjaan selepas graduate.


Sarafina jarang bergaul dengan rakan sekelasnya. Di dalam kelas dia hanya fokus untuk belajar sahaja. Dunianya hanya buku semata - mata. Belajar!! dan belajar!! Tidak hairanlah jika dia digelar ulat buku oleh teman - temannya. Raut wajahnya yang sentiasa serius dan jarang tersenyum menyebabkan tiada orang yang berani untuk mendekatinya. Tanpa terduga, dalam diam - diam ada juga pemuda yang menyukai Sarafina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience