BAB 10

Romance Series 4854

" Okey...Setakat ini sahaja kuliah kita hari ini. Jumpa lagi minggu hadapan." ujar Profesor Hakim sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah.


Sebaik sahaja Profesor Hakim mengakhiri kuliahnya, suasana dewan kuliah bising seperti pasar borong. Sarafina segera mengemaskan bukunya dan melangkah dengan pantas keluar dari dewan kuliah.


Mata Raykal liar memerhatikan langkah Sarafina yang sudah pun menghilang di sebalik pintu utama. Cepat - cepat Raykal mengemaskan bukunya yang berselerak di atas meja.


" Hei bro..Jom makan. Perut aku dah berbunyi," jerit Fazrul dari jauh sambil menggayakan tangan sedang menyuap nasi.


"Aku ada hal lah bro. Jumpa di cafe nanti." Raykal menepuk sedikit bahu kawannya sebelum melangkah pantas keluar dari dewan.


Fazrul hanya mampu terpaku memerhatikan gelagat Raykal yang meninggalkan dia secara tergesa -gesa. Hairan!


Raykal pantas mencari kelibat Sarafina. Namun hampa kerana dia telah menaiki bas untuk pergi ke kolej kediaman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience