BAB 2

Romance Series 4854

Pertemuan Sarafina dan Adham terjadi sewaktu mereka di perpustakaan. Ketika itu, Sarafina tengah khusyuk memilih buku di rak. Dia terpandang buku yang dimahunya itu lalu di ambilnya. Buku itu bergerak bertentangan dengannya. Seolah - olah mereka sedang bermain tarik - tarik buku. Namun begitu, dia berusaha untuk mengambil buku itu sehabis yang mungkin namun dia gagal. Buku itu telah diambil oleh pemuda, Adham. Lalu Adham muncul di celah - celah rak.

" Perempuan rupanya. Boleh tahan jugak. Ingat kan jantan rupanya betina," ujar Adham. Pemuda yang merupakan senior Sarafina. Dia seorang yang peramah dan mempunyai raut wajah yang tampan. Tidak hairanlah jika dia dikenali ramai. Dia merupakan salah seorang senior yang mendapat perhatian mahasiswi.


Selain kacak dia merupakan anak Dato. yang kaya. Bapanya merupakan ahli perniagaan yang terkenal iaitu Dato Ariffin. Manakala ibunya, Datin Hasrita juga merupakan ahli perniagaan kosmetik. Dia mempunyai seorang abang kembar yang bernama Adam yang kini bergelar jurutera.


Namun begitu, kekayaan yang dimilikinya tidak menjadikan dia seorang yang sombong. Dia mempunyai ramai kawan termasuk lelaki dan perempuan. Ramai perempuan ingin berdamping dengannya namun semuanya ditolak. Dia masih belum menemui suri hatinya yang akan menjadi pendampingnya di kelak hari.


Sarafina hanya memandang tajam ke arah lelaki itu. Dia hanya mendiamkan diri.Baru sahaja dia hendak bergerak ke mejanya lelaki itu menghulurkan buku itu kepada Sarafina.


" Nah...Awak baca dulu. Kalau habis baca.. awak inform kat saya ye," ujar Adham sambil menghulurkan buku itu kepada Sarafina.


Sarafina hanya menggeleng lalu berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience