BAB 7

Romance Series 4854

Matahari sudah agak tinggi memancarkan sinaran tepat ke wajahnya.
Terpinga - pinga dia bangun dan menjeling jam loceng milik Adila.


Dengan serta - mertanya, dia bangun dan turun dari katil. Tekocoh - kocoh dia mencapai tualanya dan menuju ke bilik air. Selimut yang membaluti tubuhnya semalam dibiarkan jatuh ke lantai.


Sarafina sedikit panik kerana kelas pertamanya dijadualkan pukul 9.00 pagi. Sekarang dia masih terkial - kial untuk bersiap sedangkan jarum jam sudah menunjukkan 8.30 pagi.


Kawannya, Adila masih lagi lena dia atas katil dalam dakapan patung garfieldnya. Bunyi almari pakaian yang dibuka tutup tidak dapat menganggu Adila yang sedang lena.


" Adila bangunlah. Kau ada kelas pukul 10.00. Nanti tak sempat. Kau tu dahlah bersiap macam tuan puteri. Berjam - jam," ujarnya sambil tangannya galak menepuk bahu Adila yang menyuruh dia bangun.


"Hmmm..." Itu sahaja yang mampu diabalas oleha Adila. Matanya dibuka sedikit sambil berkata " Aku dah bangun ni..." sambungnya dengan malas. Tetapi masih tidak berganjak bangun daripada katilnya.


Sarafina menggeleng. Dia melihat sekilas jam tangannya yang sudah hampir menunjukkan 8.49 pagi. Sarafina melangkah cepat dan memulas tombol pintu sambil berkata " Aku nak pergi ni. Kalau kau miss kelas jangan nak salahkan aku. Aku dah kejutkan kau ni."


Sekali lagi wajahnya dipalingkan ke arah Adila yang tidak menunjukkan respons untuk bangkit daripada tidurnya. Lantas, kakinya mengorak langkah cepat- cepat menuju ke dewan kuliah. Dia terpaksa merentasi padang kolej, mendaki dan menuruni bukit. Nafasnya hampir begitu semput tetapi digagahkan juga untuk berlari.


Malu besar kalau lambat datang kuliah. Tambahan pula, kelas yang diadakan di dewan kuliah yang boleh memuatkan begitu ramai mahasiswa pasti menjadi tumpuan dan usikan. Dia tidak gemar dirinya menjadi perhatian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience