Bab 1 - Aku Kembali

Horror & Thriller Completed 15241

Bab 1 - Aku Kembali

"Arrr",aku mengosok mata aku selepas tidur di dalam kapal terbang dari New Zealand.

Aku menetap di negara kiwi tersebut untuk meneruskan pengajian aku dalam business di University of Auckland.

*tap

Seseorang memegang bahuku dari belakang.Aku hairan dengan ketibaannya kerana belum pernah lagi aku melihat wajahnya.Berbadan sado seperti seorang bodyguard.

"Kau siapa?"aku tanya dengan hairan.

"Saya bodyguard cik Ainin...saya nak jemput cik pulang ke rumah"jawabnya.

Sejurus dia menjawab aku terus mengangguk dan mengikutnya selepas menerima pesanan ringkas dari ibu.

***********************************

Aku tiba di rumah kira-kira pukul 9.00 pagi.

"Tak sabar nak jumpa ibu and ayah",aku jerit dalam kereta menyebabkan bodyguardku terkejut beruk....hahaha.

Aku tak sabar juga nak baca koleksi buku-buku hantu yang aku simpan dari zaman sekolah menengah lagi.

"Ibu,ibu"aku mencari ibu di dapur,dia sedang menyediakan makanan kegemaranku iaitu ayam goreng berempah.

"Ainin!!!"ibu terkejut melihat aku dari belakang.

"Wow...macam sedap....emmm...harum baunya..."aku memuji masakan ibu dengan ikhlas.

"Ayah mana?"tanyaku.

"Ayah kat oversea tengah sibuk dengan business dia kat Jepun"jawab ibuku.

"Jom makan"pelawa ibuku dan aku hanya mengangguk sahaja.

***********************************

Malam dah menjelang.Tibalah masa aku untuk membaca koleksi cerita hantu aku.Aku mengeluarkan buku cerita kegemaranku dari rak buku dan membaca dengan penuh tumpuan.Jam tepat pukul 3.56 pagi,tetapi aku masih tekun membaca.Mata aku tidak dapat lelap mungkin aku terlalu lama tidur di dalam pesawat.

Tepat jam 3.58 pagi,tingkap bilikku diketuk.Aku tidak hiraukan kerana mungkin ketukan dari ranting pokok dari luar tingkapku.Akhirnya aku terlelap selepas mendengar ketukan tersebut.

***********************************

Pagi menjelang.Aku bercadang hendak keluar bersama bestfriend aku iaitu Sarah dan Nadia.Mereka rapat dengan aku dari sekolah menengah semasa tingkatan 2.Kami bercadang hendak berjumpa setelah masing-masing melakukan hal yang tersendiri.Kami berjumpa di cafe yang selalu menjadi tempat lepak kami bertiga.

"Lamanya.Pukul berapa nak datang...",ngomel aku seorang diri.

"Hello!"

Sarah teriak dari belakang menyebabkan aku terperanjat dari ngomelan tadi.

"Hei,terkejut aku",aku buat muka merajuk.

"Sorry girl tak sengaja",pujuknya lagi.

"Lama tunggu?"Sarah bertanya.

"Engkau fikir",aku memuncungkan bibirku.

"Where is another girl?"Sarah bertanya lagi.

"Not yet come."jawabku selamba.

☆5minit kemudian

Nadia datang dengan muka selambanya.

"Girls!!!"Nadia teriak dari belakang.

Sekali lagi aku terperanjat,nasib baik aku tak sakit jantung kalau tak dah lama aku jatuh pengsan dalam cafe.

"Lamanya...sejam lebih aku tunggu",aku memuncungkan bibirku.

Kami pun bercerita tentang pengajian masing-masing.

Jam menunjukkan pukul 5 petang,tapi kami masih di dalam cafe yang sama mungkin seronok sangat bercerita tentang diri sendiri.Aku membuka cerita hantu secara tiba-tiba.Mereka sangat teruja untuk mendengar cerita aku.Aku pun memulakan cerita hantu aku sehingga pukul 9 malam.Kami terlalu khusyuk untuk bercerita sehingga tidak menghiraukan matahari pun dah tenggelam.

Aku meminta diri dahulu selepas menerima pesanan ringkas daripada ibu, menyuruh aku untuk pulang.

"Ainin,bila nak balik?dah malam.Bahaya memandu sorang-sorang."

Aku pun terus membalas mengatakan yes.
Aku dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki sebuah kenderaan kelisa milik ibuku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience