Bab 2 - Siapa?

Horror & Thriller Completed 15241

Bab 2 - Siapa?

Aku dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menaiki sebuah kenderaan kelisa milik ibuku.
Aku memandu secara perlahan kerana takut akan kelajuan.Dalam perjalanan pulang,aku dapat merasakan sesuatu yang pelik sehingga menyebabkan bulu roma aku naik.Tapi aku beranikan diri untuk melawan perasaan aku yang melebih.

Ainin....Ainin....

Aku mendengar seperti seseorang memanggilku dari seat belakang.Aku tidak menoleh kerana aku pernah membaca kalau ada kedengaran seseorang memanggil kita jangan sesekali toleh ke belakang.Peluh aku membanjiri muka dan tapak tanganku.Aku membaca al-fatihah untuk menenangkan diri.Tangan aku menggeletar dek kerana terlalu takut dengan suara yang menyelubungi seluruh kereta.Tambahan lagi,jalan yang sedang dilalui aku sekarang sunyi sepi sekadar bunyi cengkerik dan katak yang memanggil hujan.Tiada sebarang kereta pun lalu lalang di lebuhraya tersebut.Aku beranikan diri untuk memecut kereta dengan laju kerana ingin keluar dari lebuhraya yang sunyi tersebut.

***********************************

Aku lega setelah memecut dari tempat yang menyebabkan aku kecut perut akibat terlalu takut.Aku hairan siapa yang memanggil aku daripada tadi.Aish biarlah.Mungkin imaginasi aku.Aku melangkah masuk dalam rumah.

"Assalamualaikum ibu,Ainin dah balik."

Semenjak aku balik ke Malaysia banyak perkara yang aneh berlaku dengan aku.Hidup aku sentiasa diselembungi ketakutan, seolah-olah ada bayangan mengikuti diriku.

***********************************

"Good morning Ainin",kata ibuku.

"Morning ibu",sahutku dalam keadaan mamai.

"Dah bangun lagi, ibu dah buatkan sarapan, pergi mandi busuk sangat dah anak manja ibu",kata ibuku dengan suara yang lembut tapi lantang.

Aku terus masuk ke dalam bilik air setelah ibu mengarah untuk mandi.Setelah selesai, aku tergesa-gesa memakai pakaian risau ibu lama menunggu di ruang makan.Aku memakai baju t-shirt yang bercorak pelangi dan seluar jeans yang lusuh warnanya disebabkan sudah terlalu lama dipakai.

"Ibu!"jeritku dari tingkat atas.

"Mari makan,lama ibu tunggu tau",jawab ibuku dengan nada merajuk.

"Ibu sorry sorry",jawabku dengan nada memujuk.

"Ok ok..."jawabnya dengan senyuman manis di muka.

Aku mengelamun seketika semasa bersarapan kerana memikirkan perkara yang mengangguku malam tadi.Diriku masih diselembungi ketakutan.Aku ingin melupakan tetapi tidak berjaya.Ibu perasan dengan lamunanku.

"Ainin, kenapa? Ada masalah? Bagitahu kat ibu",tanya ibuku selepas melihat riak wajahku seperti ada masalah besar yang berlaku.

"Mana ada masalah ibu, Ainin terfikir nak kerja kat company ayahlah lepas graduate",aku terpaksa menipu ibuku.

Sorry ibu, Ainin terpaksa tipu,Ainin tak nak ibu risau tentang Ainin.

Aku tersenyum dengan ibuku supaya dia tidak menghidu sesuatu yang aneh tentang aku.

***********************************

Aku merancang untuk tinggal di rumah sahaja pada hari ini.

"Duduk rumah je Ainin? Tak pergi kemana-mana? Selalunya tak boleh duduk diam",kata ibuku dengan nada mengejek.

"Tak ibu, Ainin tak ada mood", jawabku ringkas sambil melemparkan badanku ke sofa.

Aku terus mencapai remote control tv dan pantas menekan butang channel tv drama korea.

Waaaa Lee Jong Suk jeritku dalam hati.

Aku amat meminati drama korea terutamanya drama I Can Hear Your Voice cerita yang mengesahkan seorang peguam yang dikejar oleh pembunuh yang baru sahaja keluar dari penjara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience