Bab 4 - Siapa Kau?
Aku memberanikan diri untuk melihat keluar tingkap. Amat terperanjat, orang yang asyik mengetuk tingkap bilikku ialah aku. Siapa yang menjadi aku? Kenapa aku boleh berada di luar. Dalam keadaan ketakutan, aku beranikan diri untuk bertanyakan sesuatu dengan orang diluar.
"Siapa kau?" Tanyaku dalam keadaan yang takut.
Dia tidak menjawab soalan aku dan terus tersenyum sinis sambil memandang aku dengan matanya yang merah menyala membuatkan aku tergamam sebentar. Dengan keadaan kelibat tersebut yang membuat selamba sahaja dengan soalan aku, membuatkan aku menjadi jengkel seketika dengan perangainya.
"Siapa kau!!?"aku mula berteriak di hadapan nya.
"Aku ialah engkaulah",katanya selamba sambil terukir senyuman sinis di mulut nya.
"Apa kau nak dari aku? Aku tak pernah kacau kau pun." Tanya aku lagi untuk mengetahui kepastian tentang kelibat dia yang sentiasa menganggu aku.
"Aku nak engkau. Aku nak kau sentiasa di samping aku. Aku nak hidup dengan engkau", jawabnya seperti main-main.
"Pergi! Aku tak nak kau ganggu aku. Pergi! Sebelum aku...",belum habis aku habiskan ayat, kelibatnya terus hilang daripada pandanganku.
***********************************
Pagi menjelang, aku bangun daripada tidur. Amat mengejutkan, setelah bangun, aku sedang terbaring di hadapan tingkap di atas lantai. Aku bangun kehairanan dan terus bergegas masuk ke dalam bilik mandi. Takut nanti ibu masuk perasan aku terbaring di atas lantai. Lagipun aku risau kalau ibu tunggu lama di ruang makan. Sesudahnya aku mandi, aku bergegas turun ke bawah untuk menikmati sarapan pagi bersama ibu. Memandangkan ayah balik minggu depan.
"Ibu, morning",kataku dengan gembira.
"Morning Ainin, awal bangun hari ini. Selalunya pukul 9 pagi baru nak bangun." Perli ibuku dengan senyuman manisnya.
Aku terus memuncungkan mulutku menunjukkan aku sedang merajuk.
"Dah, jangan nak merajuk sangat. Makan. Nanti sejuk makanan." Kata ibuku.
Selesai sahaja bersarapan aku bergegas keluar dari rumah selepas meminta izin ibu untuk hangout bersama Sarah dan Nadia. Kami berjumpa di cafe yang sama. Aku bercadang untuk menceritakan kisah yang aku alami malam kemarin.
***********************************
Sarah datang sebelum aku. Nadia datang selepas aku. Kami pun mulakan perbicaraan.
"Ainin, kenapa dengan muka kau? Ada masalah? Ceritalah."tanya Sarah dengan penuh prihatin.
"Inilah yang aku ajak korang keluar. Nak ceritakan masalah aku." Jawabku untuk memulakan cerita.
"Apa jadi?"tanya Nadia dengan hairan. Aku pun memulakan cerita.
"Malam tadi masa aku nak gosok gigi, ada kelibat yang mencurigakan berdiri kat belakang aku. Lepas tu bila je aku tengok kat cermin tak ada apa-apa pun. Kali kedua, masa aku nak tidur, aku dapat rasakan rasa dia ada dekat aku. Aku dapat hidu nafas dia yang busuk. Kali ketiga, dia ketuk tingkap bilik aku. Aku beranikan diri untuk tanya kat dia. Dia jawab dia nak aku. Dia nak bersama aku. Korang nak tau, benda ni macam sama macam novel hantu yang ku baca",jawabku.
"Korang rasa ini hanya imaginasi aku?" Tanyaku dengan hairan.
Share this novel