Bab 5 - Disebabkan Buku?
"Korang rasa ini hanya imaginasi aku?" Tanyaku dengan hairan.
Mereka terdiam sejenak setelah mendengar soalan aku.
"Engkau baca novel apa?" Tanya Nadia dengan hairan.
"Bayangan aku",jawabku selamba.
"Memang sama ke?" Tanya Nadia lagi. Sarah hanya terdiam dengan soal jawab kami berdua.
"Dari mula cerita sama. Tapi yang tengah aku belum tahu lagi. Tapi akhir novel tu dia kata selama ini hanya imaginasi diri dia sebab dia gemar baca cerita hantu."setelah menjawab soalan Nadia.
***********************************
Hampir pukul 4 petang aku meminta diri untuk pulang kerana tidak mahu pulang pada waktu senja mahupun malam hari.
"Girls, aku balik dulu. Takut malam sangat. Bye." Pinta diriku.
"Okey. Bye. Drive baik-baik." Lantas Sarah menyahut.
Aku terus memecut kereta kelisa tersebut dan berlalu pergi dari cafe. Aku melalui jalan yang sama au guna semasa aku balik lewat malam pada hari sebelumnya. Tetapi lain, sebab pada hari tersebut, banyak kereta yang lalu lalang. Aku lega dengan keadaan jalanraya yang sebegitu. Aku mula terfikir dengn soalan aku terhadap Sarah dan Nadia. Mengenai cerita aku ada berkait rapat dengan buku novel yang selama ini aku baca iaitu Bayangan Aku.Adalah sama? Ini imaginasi aku?
Share this novel