Bab 7 - Waris

Horror & Thriller Completed 15241

Bab 7 - Waris

"Siapa 'dia'",tanyaku lagi.

"Kau nak tahu sangat? Meh aku cerita sikit. Nama aku Kamilah. Kau keturunan Zainal. Aku dengan Zainal suami isteri. Laki jaha**m tu cakap dia cinta aku sampai nak mampus. Tapi dia berani permainkan perasaan aku. Dia tipu aku. Dia curang depan mata aku sendiri. Bila aku tanya siapa perempuan tu, dia jawab kawan je. Kawan apa sampai rapat macam belangkas. Dia fikir aku tak keluar rumah. Dia fikir aku bodoh. Aku selalu ikut kat mana je dia pergi. Kawan apa yang sampai bawa perempuan tu balik rumah. Lepas je dia bawa perempuan tu balik rumah, dia terus ceraikan aku. Aku ambil keputusan nak bunuh dia. Malam dimana dia nak ceraikan aku, aku ajak dia untuk berbincang di hutan belantara yang terletak dekat belakang rumah. Aku dah sediakan parang dengan plastik hitam di dalam kocek aku. Dia pun ikut sahaja tanpa berfikir panjang. Sampai sahaja kami di hutan aku sepantas kilat melibas kepala dia dengan parang. Aku mengerat badan dia dan buang dalam plastik hitam yang aku bawa. Aku ikat ketat-ketat plastik hitam dan tanam plastik tersebut. Kawan suami aku iaitu Dania melihat kesemua perlakuan aku tadi. Dia lantas mencapai parang yang aku bawa tadi dan menerkam aku dari belakang, sebelum aku menghembuskan nafas yang terakhir, aku pernah bersumpah bahawa aku akan bunuh semua keturunan Dania dari satu persatu selama 15 keturunan dan engkau Ainin, KAU KETURUNAN YANG KE-15! AKU NAK BUNUH KAU!", teriaknya sesudah dia menghabiskan cerita silamnya.

Aku bergegas ingin keluar dari bilik tersebut, namun kakiku ditarik dengan cukup kasar sehingga menyebabkan kaki aku cedera. Tenagaku semakin habis. Aku tidak dapat melawan kekuatan kepunyaan Kamilah.

"LEPASKAN AKU SE**N", teriaku dengan kuat.

Genggaman tangannya tiada selepas nada deringku berbunyi. Ibu telefon. Aku lega seketika. Kalau tidak, mesti aku yang menjadi mangsa pembunuhan di dalam rumah. Aku lantas menjawab telefonku yang terletak di dalam kocek seluarku.

"Hello ibu", jawabku dengan panik.

"Kenapa ni? Ainin ok kat sana? Ibu nak cakap, ibu stay kat sini 3 hari",jawab ibuku.

Aku bercadang untuk rahsiakan apa yang terjadi dengan aku pada hari ini. Aku tidak ingin ibu kerisauan. Ibu meletakkan panggilan telefon sesudah sahaja dia menghabiskan ayatnya.

***********************************

Jam menunjukkan pukul 10.46 malam, namun mataku tidak dapat dilelapkan. Aku selalu terfikirkan kejadian yang terjadi kepada diri aku semalam. Aku paksa mataku untuk tidur. Selepas beberapa minit aku terlelap. Sedang aku terlena tidur, aku dikejutkan dengan suara yang datangnya dari dapur. Aku menjadi musykil dan terus bergegas pergi ke dapur.

Apa dah jadi ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience