Bab 10 - Akhir
Aku telah membakar semua koleksi cerita hantuku. Mungkin disebabkan aku terlalu taksub membaca nobel berunsurkan seram, menyebabkan aku sering bermimpi perkara yang tidak mungkin akan terjadi.
Aku tidak mahu kejadian yang terjadi di dalam novel tersebut betul-betul terjadi terhadap diri aku.
***********************************
Selepas sebulan aku balik ke Malaysia, aku bercadang untuk balik ke New Zealand semula kerana ingin mententeramkan minda. Aku berharap agar tiada benda mengganggu aku di sana.
"Ibu ayah, Ainin berangkat dulu k", sejurus selepas bersalaman dengan ibu dan ayah.
Selepas aku menaiki teksi untuk ke airport, aku melihat seolah-olah ada seseorang melambai aku dari bilikku. Aku pun memerhati siapa orangnya, Kamilah sedang melambai aku sambil tersenyum. Aku dengan berani melambai kembali kerana mungkin aku tidak akan bertemu dengannya lagi.
Share this novel