Bab 3 - Sendirian
Aku menonton drama korea sehingga terlelap di atas sofa. Setelah terbuka sahaja mata, aku tidak dapat menjejaki kelibat ibu.
Mana ibu ni, tadi ada sekarang tak ada magik betul. Aku mengeluh sendiri.
Pada ketika itu aku mula menjadi penakut yang teramat sangat. Aku mula memandang sekeliling seperti ada mata yang sedang memerhati.
Masa ini lah kau nak rasa takut Ainin, masa ibu ada tak pula.Adoi.... aku mula bercakap dalam hati.
Ainin...Ainin....
Aku mula mendengar suara yang sama memanggil aku ketika berada di dalam kereta pada hari yang sebelumnya. Peluhku mula membasahi baju dan tangan.
Aku berimaginasi je ni. Sabar Ainin. Sabar... kataku sendiri.
***********************************
Aku pun terus naik ke bilik sementara menunggu ibu yang sedang jalan ke market.
"Ainin, ibu mungkin balik lewat sikit. Sebab ibu tengah jumpa kawan lama", aku membaca pesanan ringkas dari ibu.
Adoi, ibu kenapa balik lewat. Ngomelku dalam hati.
Jam telah menunjukkan pukul 10.45 malam. Kelibat ibu pulang daripada market belum kelihatan.
Mana ibu ni. Lewat dah ni. Marahku sendiri.
***********************************
Detik hitam dalam diriku bermula lagi. Aku dapat melihat kelibat hitam di belakangku semasa aku sedang mengosok gigi untuk melengkapkan diri.
Adoi, siapa pulak kat belakang aku. Dalam nada yang ketakutan.
Aku dapat merasai kelibat tersebut semakin mendekati diriku. Selesai sahaja aku mengosok gigi, aku memberanikan diri untuk melihat cermin. Tetapi tidak ada kelibat yang mencurigakan di belakang aku.
Tapi yang mengejutkan aku, aku dapat melihat pantulan diri aku di cermin sedang senyum terhadap diriku. Sedangkan aku tidak senyum. Aku bergegas keluar daripada bilik mandi dan terjun sepantas mungkin ke atas katil. Aku menutupi badan dan mukaku dengan selimut. Seketika itu, aku dapat merasai tapak kaki sedang menghampiri katil tempatku sedang baring.
*TAP
*TAP
*TAP
Kelibat tersebut semakin menghampiri aku.
Mak balik lah. Ngomelku sendiri dalam keadaan takut yang teramat.
Dia semakin hampir. Aku dapat merasai nafasnya yang berbau busuk seperti bau bangkai tikus.
Aku memberanikan diri untuk membuka selimut.
*PAFF
Namun tiada kelibat sesiapa pun kelihatan. Mungkin ini hanya imaginasi aku sahaja.
***********************************
Ibu belum pulang ke rumah, walaupun jam tepat pukul 11.00 malam. Aku terasa mengantuk dan terus terlelap tanpa menunggu ibu untuk pulang.
Pukul 3.45 pagi aku terjaga daripada tidur seperti ada seseorang mengejutkan aku dari tidur. Aku pandang sekeliling, mungkin ibu dah balik. Lega rasa aku apabila terfikir sendiri.
*TOK
*TOK
*TOK
Kedengaran seseorang sedang mengetuk tingkap bilik aku yang terletak di tingkat dua.
Pelik, siapa yang ketuk. Lebih-lebih lagi bilik aku dekat tingkat dua. Keluhku sendiri.
Aku memberanikan diri untuk melihat keluar tingkap.
Share this novel