Bab 9 - Mimpi atau Kenyataan
"ARRRRRRRRR!!!!", teriakku.
Tanpaku sangka, aku terjaga daripada tidurku. Aku melihat ibu, Nadia dan Sarah sedang memerhati aku.
"Aini dekat mana ibu?", aku melihat kawasan sekeliling dengan hairan.
"Ainin dekat hospital sayang", jawab ibuku.
Macam mana aku boleh dekat hospital pulak. Bukan semalam...haish...tak payah fikirlah. Keluhku sendiri.
"Macam mana Ainin boleh dekat hospital ibu?", tanyaku kehairanan.
"Ainin demam panas. Dah empat hari Ainin tak bangun bangun. Ibu risau, sebab tu ibu bawa Ainin pergi hospital. Masa Ainin tengah tidur, kenapa Ainin selalu jerit Kamilah. Siapa Kamilah?", ibuku menjawab soalanku dengan pantas dan menanyakan soalan pada masa yang sama.
"Tak da siapalah ibu."
Empat hari aku pengsan. Pelik... ngomelku sendiri.
Aku menjadi semakin hairan.
"Ibu bila Ainin balik malaysia?", tanyaku hairan.
"Baru lima hari lepas, selepas je Ainin balik hari tu, ibu jumpa Ainin pengsan dalam bilik hari seterusnya.Kenapa? Ada masalah ke?",jawab ibuku.
"Tak ada ibu, just nak tanya. Hahaha", jawabku pantas.
***********************************
Kenapa ibu cakap aku baru balik lima hari lepas? Bukan aku balik seminggu yang lepas ke? Apa kena dengan aku ni? Ke selama ni mimpi aku je. Ke Kamilah tu khayalan aku. Arrggg serabutlah. Keluhku sendiri.
Aku menjadi semakin hairan. Semua yang terjadi ni mimpi aku atau kenyataan. Aku tidak menceritakan kepada sesiapa hal yang berlaku terhadap aku.
***********************************
Keesokan harinya, aku dibenarkan keluar daripada hospital kerana keadaan aku beransur pulih. Aku ditemani Sarah dan Nadia ke bilik,.manakala ibu menyediakan makan tengahari di dapur. Aku menyuruh Sarah dan Nadia beredar dari bilikku kerana ingin berehat sebentar. Aku terus melelapkan mata dan tiba-tiba...
Ainin...
Ainin...
Ainin...
Suaranya seperti pernah aku dengar.
Aku lantas membuka mataku, namun tiada siapa yang kelihatan.
Kenapa aku dengar suara Kamilah. Dialogku sendiri.
Share this novel