Bab 6 - Kenapa Aku

Horror & Thriller Completed 15241

Bab 6 - Kenapa Aku?

Ibu mengejutkan aku dari tidur dengan wajah cemasnya.

"Kenapa ibu?"tanyaku dengan hairan.

"Ainin, ibu terpaksa balik kampung nek Mah sakit tenat",jawabnya dengan cemas.

"Ibu, Ainin ikut",jawabku laju.

"Tak perlu dah lambat, ibu nak cepat-cepat. Ibu pun dah packing",jawab ibuku dengan pantas.

Aduh...takkan aku sorang dalam rumah ni. Ngomelku sendiri.

Tepat pukul 4.37 pagi ibuku terus berangkat ke kampung dengan menaiki kereta milik ayah.

***********************************

Fikiranku menjadi kusut selepas ibu meninggalkan rumah. Selepas menghantar ibu di pintu hadapan, aku terus menerjah ke dalam bilik untuk menyambung tidurku.

Aku bangun tepat pukul 8.05 pagi. Aku bercadang untuk duduk di rumah sahaja memandangkan aku seorang sahaja yang berada di rumah. Aku memasak nasi goreng ikan bilis dijadikan sarapan pagi. Sesudah sahaja bersarapan, aku berjalan ke perpustakaan mini untuk menyambung pembacaan novel aku yang belum habis dibaca.

***********************************

Tengah aku membaca novel hantu, aku dapat merasai seseorang sedang memerhati aku di sebalik celah-celah buku yang diletakkan di rak. Aku memberanikan diri untuk menoleh ke belakang, namun tiada kelibat sesiapa pun yang ada di belakang. Tetapi sangkaan aku silap, sebaik sahaja aku memandang ke hadapan makhluk yang memerhati aku selama ini sedang duduk betul-betul berhadapan dengan aku. Jarak wajahnya hanya 12 inci dari wajah aku. Aku hendak teriak, namun mulutku seperti terkunci kerana tidak dapat bergerak. Wajahnya hodoh, berbau busuk seperti bangkai. Aku menutup mataku agar makhluk tersebut berlalu pergi dari pandanganku. Sebaik sahaja aku membuka mata, kelibatnya hilang dihadapanku. Namun setelah sahaja aku memusing badanku ke sebelah kanan, makhluk tersebut memandang aku dengan wajah bengisnya itu. Matanya yang kemerah-merahan menyebabkan aku tersentak.

***********************************

Aku memberanikan diri untuk bertanya.

"Apa kau nak daripada aku?"tanya aku dalam ketakutan.

"Akukan dah cakap. AKU NAK ENGKAU!" teriaknya dengan aku.

"Tapi, kenapa aku yang kau nak?" tanyaku berani.

"Sebab kau keturunan dia. Aku nak keturunan dia mati satu persatu",jawabnya selamba dengan muka bengis.

"Siapa 'dia'",tanyaku lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience