BAB 6

Romance Completed 10941

‘’Mak janganlah marah, bukan salah Ieka. Muaz yang ikhlas nak buat semua ni, takde susah mana. Muaz dah biasa buat.’’Muaz mencelah cuba memujuk mak barangkali juga takut bila melihat renungan penuh berapi dari aku.

‘’Dah Muaz, kamu jangan nak menangkan bini kamu ni, takde faedahnya. Dia cuma nak pijjak kamu je. Suruh buat kerja orang perempuan. Itu pemalas namanya. Mak takde didik anak mak buruk perangai macam tu, kamu tahu tak Ieka! Ini derhaka namanya, kamu tahu tak kamu dah jadi isteri derhaka! ’’bentak ibu. Serius ni marah tahap naga dah ni. Tak pernah aku tengok mak mengamuk macam ni.

‘’Derhaka celah mananya mak, dah muaz yang setuju. Ieka tak paksa kalau dia taknak,’’ aku mulai membalas. Angin betul aku bila kena tuduh derhaka padahal kami berdua sudah mencapai persetujuan bersama.

‘’Mulut kau ni tak sah kalau tak menjawab kan? Mak tak kira, mak nak kamu berhenti kerja. Mulai hari ni kamu kena jadi isteri yang sebenar-benarnya isteri. Toksah fikir nak kerja bagai. Jaga makan pakai suami kamu. Mak ingat bila kamu dah jadi bini orang peprangai jantan kamu tu berkurang, tappi tak. Makin menjadi-jadi. Perangai dan cara berpakaian masih macam jantan, kamu tu perempan bukan jantan Rafieka!’’

‘’ Apa kamu tak malu dengan jiran tetangga ieka?!” Makin mendidih hatiku mendengar kata-kata mak. Teganya mak menangkan orang lain daripada anak sendiri.

” Mak!! Apa lagi yang mak nak? Dulu mak paksa Ieka kahwin, Ieka ikut je pilihan mak walaupun tak tahu yang akhirnya mak jodohkan Ieka dengan mamat teddy bear lembik ni. Jadi jangan salahkan Ieka kalau benda tak jadi macam mana yang mak nak, Ieka dah ikut cakap mak. Ieka dah besar panjang, Ieka penat dengan segala arahan dari mak yang aturkan hidup Ieka. Cukup-cukuplah nak atur hidup Ieka mak, Ieka BOSAN! Elok sangat ke jodoh yang mak atur untuk Ieka ni? Kahwin dengan mamat lembik perangai lembut serupa betina, senang kena ulun, pengecut dan bacul!’’

PANGGG!

Satu tamparan singgah di pipi gebuku. Aku tergamam.

‘’Ieka! Mak tak pernah ajar kamu celupar macam ni, apa salah laki kamu pada kamu sampai kamu sanggup hina dia macam tu. Minta maaf pada suami kamu sekarang, kamu tahu tak kamu dah berdosa besar pada dia,’’ ujar mak dengan linangan airmata dan tak semena-mena gugur juga airmataku. Sungguh aku sedar aku sudah terlanjur kata dan melebihi batas.

Mak terus bergegas keluar, raut hampa jelas terpamer di wajahnya. Tak pernah aku melihat wajah hampa ibmak sebegitu. Tidak pernah. Tidak juga ketika jiran tetangga, saudara mara selalu menjadikan anak dia ni bahan lawak sekampung dek prangai jantan, tidak juga ketika ada mulut lonbgkang yang menuduh aku pengkid, mak tetap tenang.

Aku tenggelam dalam eskan tangis, menyesali kelakuanku. Ada satu dakapan hangat memeluk ku erat dan ia dari Muaz. Tanpa seda aku membalas pelukan Muaz yang cuba menenangkan aku.

‘’Sudah, jangan menangis Ieka, nanti elolah marah mak awak tu ya. Nanti mintaa maaf pada mak ya,’’ pujuk Muaz lembut sambil mengelap airmata di pipiku. Aku hanya membiarkan sahaja dia menyentuhku. Sungguh aku merasa berdosa pada mak dan pada suamiku ini.

Apa hikmah yang berlaku selepas insiden hari tu?

Hubungan aku dengan Muaz bertambah baik. Aku mulai meringankan tulang membantu dia di dapur.Tugas mulai dilakukan sama rata. AKu mulai belajar memasak daripada Muaz. Dan aku mulai mengenakan baju kurung pergi kerja.

Mulanya aku kekok namun lama-kelamaan aku biasa. Dari berbaju kurung aku sudah bertudung. Semuanya atas permintaan Muaz yang suka melihat aku, tak henti-henti dia memujuk aku katanya aku cantik persis bidadari. Sebagai balasan, aku pula menyuruh dia pergi kelas martial art. Aku pun nak juga suami gagah, takkan dia nak harapkan aku je selamatkan dia.

Selain dari itu, ada juga perubahan lain yang aku lakukan. Kami dah tak tidur sebilik. Bukan salah Muaz, tapi aku ni yang bermasalah. Entahlah sejak merasa dakapan hangat dia, tiba-tiba perangai gatal merenyam aku ni memberontak minta dilepaskan. Kalau dibiarkan bisa tewas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience