BAB 9

Romance Completed 10941

‘’Come onlah, toksah nak buat lawak, tak kelakar kot, nak cakap sayang pun aku geli, tetiba rasa lidah kebas, ini kan pulak nak suru aku cakap benda tu kat kau dalam masa singkat.’’ ujarku cover line sedang hakikatnya, gatal je lidah aku nak cakap perkataan tu pada dia.

‘’Okay lets get started!’’ ujarnya

‘’Bring it on!’’

‘’Daging salai masak lemak cili api.’’

‘’Daging salai masak lemak cili api.’’ Balas ku.

‘’Cakap, burung terbang tinggi,’’arah Muaz.

‘’Burung terbang tinggi,’’ balas ku acuh tak acuh.

‘’How old are you?’’ tanyanya lagi.

‘’I’m 27 years old,’’ balasku mencebik.

‘’Hooray awak dah reveal umur awak ,’’ ujarnya.

‘’Motif? Pelik tanya umur, kau dah tahu kot. Bukan tadi kau nak suruh aku cakap ‘aku cinta padamu’ ke kat kau?’’ tanyaku hairan.

‘’Kan awak baru je cakap tu, tak susah manapun nak dengar tu dari mulut awak, in fact takde susah mana macam yang awk cakap,’’ perli Muaz.

Shit! Terperangkap aku dengan helah dia ni. Berkali-kali aku memukul bahunya tanda marah.

‘’Adui sakitlah sayang oi, tak kesian ke tengok suami awak yang lembik ni? Dahlah tak sihat, bini bagi drive pulak lepas tu dipukul pulak, awak tu dahlah ganas,’’ rintihnya, entah kenapa kali ni mimic muka comelnya buat aku geram macam nak gigit, camel betul. Sebelum ni geli semacam, rasa nak sepak.

Aku suruh dia berhentikan kereta di tepi jalan.

“Dah kenapa awak suruh berhenti pulak? Awak dah tak sabar nak apa-apakan saya ke? Atau awak nak halau saya?’’ ada nada cemas pada suaranya namun tetap dia patuh pada arahanku. Memang dah sejak azali lagi kot di ni sejenis patuh pada suruhanku? Kesian laki aku ni. Aku berdehem membetulkan tekak yang tak gatal, cuba menyusun kata-kata. Sesungguhnya aku perluka keberanian untuk menyatakan ini.

‘’Muaz, saya nak minta maaf pada awak sebab sepanjang jadi isteri awak, saya selalu berkasar pada awak, buli dan cakap awak macam-maca, sayalah bukti nyata isteri derhaka, sungguh saya tak pernah jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri,’’ tuturku dan tak semena-menan ada airmata mengalir di tubir mataku. Aku memegang kedua-dua tangannya erat dan lembut lalu ku cium memohon keampunan dari lelaki bernama suami yang sering ku perlekehkan ini.

‘’Maafkan saya dan izinkan saya jadi isteri yang soleh untuk awak,’’ ujarku dalam esak tangis yang makin kuat.

‘’Apa awak cakap ni Ieka, saya tak pernah menyimpan dendam atau ambil hati, tak mengapa semua itu adalah asam garam dalam berumah tangga, anggapla itu proses pembelajaran untuk kita berdua. Saya pun banyak kekurangan sebagai suami tapi awak masih juga menerima saya,’’ sungguh hatiku sayu dan ssebak mendengar kata-katanya, sungguh aku menyesal kerana memperlakukan ssuamiku sedemikian rupa, aku buta menilai dia adalah sebaik-baik jodoh yang diutus untukku.

‘’Aku cinta padamu Akim Muaz,’’ lantas ku berikan satu pelukan erat padanya dan dia merangkul tubuhku seakan tak mahu dilepaskan. Sungguh aku takut untk kehilangan dia. Biarlah satu dunia kata dia lembut dan penakut namun bagi aku dialah lelaki sebenar yang telah menawan hatiku, perempuan kasar perangai ganas nauzubillah, sesungguhnya dia telah menundukkan sifat tomboy dalam diri aku dan menukar aku menjadi perempuan sejati meski ada sedikit perangai jantan yang terssisa. Hehehe…

‘’Saya cintakan awak juga Rafieka Rafiek, Demi Allah saya cintakan awak seorang,’’ dia meleraikan pelukanku seraya menyentuh kedua pipiku lalu dikucupnya pipi, kemudia dahi, diikuti dagu dan lalu bibir hangatnya menyentuh bibirku. Sungguh aku macam nak jerit kat satu dunia bagitahu betapa gembiranya hati aku dapat jadi isteri dan dilamun cinta dalam masa yang sama. Bukan semua orang berpeluang melalui perasaan ini kan? kan? ke aku sorang je yang tertinggal bas?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience