BAB 8

Romance Completed 10941

‘’Thanks, takdelah line saya kena barred, nak call kekasih celah mana? Nak call mak. Lama tak sembang dengan mak rindu pula,’’ ujarku cover line, dia ni saja nak bakar hati u. Dengan adanya kau yang tampan, rasanya tak perlu kot aku cari kekasih lain. Eh nak je aku cakap macam ni kat dia, tapi karang ada yang jadi kera dapat bunga mamat ni.

‘’He I Knew it, saja gurau, awak call mak, kata kat dia kejap lagi kita balik rumah mak ya,’’ tuturnya, sungguh aku melting dengan pujukan lembutnya itu namun mataku tak habis lagi dari menatap wajah dan tubuhnya yang Umpph! Fokus Ieka!

‘’Awak boleh je datang bilik saya, toksah nak minta izin, semua yang ada di bilik ni termasuk saya adalah milik awak. Lagipun saya senang tengok awak ada dalam bilik ni. Rasa lengkap,’’ bagai gugur jantung aku, dia milik aku? Of course! Gulp, kecur liur aku melihat dia ni, lama-lama tengok macam rasa nak baham!

‘’Dah kenapa aku nak datang bolik kau lagi, dahlah aku cau. Thanks nak bawak balik jumpa mak,’’ aku segera berlalu. Makin lama makin mencanak rasa aneh dalam diri aku ni.

Ieka, harini awak pandu kereta ya..” ujar Muaz lalu melempar senyuman manis pada aku.

“Why aku nak pandu? Kaulah, aku penat tak larat! Kau ingat aku driver ke?’’ perliku.

“Sorry but I feel bit under the weather la awak? Baadan rasa panas macam nak demam.’’ Uajrnya meminta simpati.

‘’No way! Cepatlah bersiap aku nak jumpa mak ni, baru suruh mak masak daging salai masak lemak.’’ Aku terus berlalu dan bersiap.

20 minit kemudian aku sudah siap berada dalam perut kereta duduk di tempat duduk penumpang manakala Muaz mengalah. Enjin dihidupkan dan dia meluncur kereta namun diam membisu. Yes kemenangan berpihak padaku lagi. Puas hati aku. Aku tahu dia bercakap benar, dia memang nampak demam dan tak sihat tapi aku sejenis degil nak juga dia pandu tiada kompromi.

Kami hanya diam membisu, masing-masing melayan perasaan lewat lagu—lagu yang diputarkan di radio. Sesekali aku menoleh memandangnya dan aku dapat lihat dia bagai mengerang kesakitan, matanya berkelip-kelip bagai sudah tak mampu menahan sakit.

‘’Kau okay tak ni Muaz, tak okay cakap kang ada yang kita jadi arwah ni.’’ Tanyaku cuak mengenangkan kondisi dia dan keselamatan kami di atas jalan raya ni. Aku menyuruh Muaz memberhentikan kereta dan menawarkan diri untuk memandu kereta.

‘’Its okay Ieka, jangan rissau saya larat lagi ni,’’ tangannya yang panas membahang menggenngam erat jaari jemariku, aku cuba melepaskan namun semakin erat digenggamnya. Aku hanay merelakan dan membalas erat. AKu pun tak sangka akan bagi respon itu pada dia, ada senyuman di bibirnya.

‘’ Ieka, awak sayang saya tak?” aku tergamam mendengar soalannya namun hanya membatu tiada jawapan ku beri.

‘’Diam tu tanda ya lah kan? tanya Muaz girang bila melihat aku tunduk malu. Namun segera aku caras perasaannya itu.

‘’Siapa kata aku sayang kat kau? Eleh banyak cantik muka kau! Aku tak tahu, lantaklah kau nak fikir apa!’’’balasku.

‘’Apa yang awak tak tahu ni Ieka? Tak tahu perasaan awak pada saya?’’ tanyanya lembut, perghh romantik betul tenungan dia, suara dia yang macho cukup buat aku sasau, nak-nak lagi sekarang ni dia dah pandai dress up sejak aku grooming dia, nampak elok bebenor dah sekarang ni dah macam oppa-oppa kpop. Bibir dia yang merah ni rasa nak cium-cium je, yayyyy geram aku!

‘’Aku tak tahu apa perasaan aku pada kau, betulla tu. Apakah aku suka kau, sayang kau atau rasa kau ni macam hamba abdi aku,’’ jawabku masih mahu kelihatan macho di situ.

‘’’’Takpe kalau Ieka taknak mengaku, satu hari nanti saya akan pastikan yang Ieka akan cakap ‘Aku cinta padamu’ pada saya. In fact saya boleh buat Ieka cakap perkataan tu hanya dalam beberapa minit je’’ Ujarnya tenang, amboi konfiden level dia makin naik ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience