BAB 5

Romance Completed 10941

‘’Sekali lagi aku dengar kau panggil aku sayang, berterabur gigi kau tu! Nak pakai braces pun dah tak dapat lepas tu! Dahlah makanlah, yang kau dok perhatikan akud ari tadi kenapa? Tak pernah nampak aku ke?’’ tanyaku kasar. Dari tadi dia merenung muka aku macam orang horny. Dah kenapa dia buat aku blushing pulak ni.

‘’Sedap tak saya masak? Hari ni special sebab saya tak guna marmalade peach lagi since awak tak suka, jadi dalam toast awak tu saya letak jam avocado homemade, awak kan suka avocado. Sedap tak? Pandai kan suami awak masak?’’

‘’Sedap tapi takyahlah lebih-lebih, kalau aku rajin pun aku boleh buat lagi sedap!’’ ujarku sambil menjamah avocado toast dengan benedict egg yang tip top sedap, macam makan kat hotel.

‘’He he he, nak tunggu awak puji memang tak dapatlah, takpe saya tahu hati awak. Saya dah happy.’’ Balasnya lagi. Ya rabbi baiknyalah kau ni. ArGHHHH sedar diri tu sikit Ieka, jangan tewas!

‘’Ieka, saya nak tanya awak something boleh tak?’’ Muaz mula menyusun kata.

‘’Apa dia?’’

“Eh takpelah Ieka, takut awak marah pula nanti,’’ jawabnya lagi.

‘’Eh kau nak tanya, tanya jelah. Apa yang kau nak takutkan sangat ni? Hangin plak aku!’’ bentakku. Aku paling pantang dengan orang yang nak cakap sesuatu tapi lepas tu tak jadi. Tahu tak macam mana perasaan dia wahai anak-anak?

‘’Tengok tu, belum cakap lagi dah mengamuk, kalau saya cakap entahnya dah koma kot saya ni,’’ rajuknya pula.

‘’Dah straight to the point je, kau nak tanya apa tadi? Cepatlah cakap. Harap kau tanya soalan yang bernas,’’ arahku malas berlama-lama.

‘’Okay, saya nak tahu, awak memang tak suka pakai pakaian yang girlish ke? Langsung tak suka? Contoh macam pakai baju kurung. Mesti nampak lagi sweet ddan terserlah kecantikan awak. Alah toksah pakai baju lip lap, pakai kurung cotton pun dah cukup manis, terserlah keperempuanan awak,’’ ujarnya selamba. Hati aku pula dah panas membara sehangat api. Dia nak mencarutkan aku ke ni?

‘’Hello, sejak bila kau terleboh concern pasal penampilan aku ni? Aku nak pakai baju macam jantan apa kau kisah? Takdenya aku nak pakai baju kurung.Panas dan rimas, gatal badan aku nak pakai pakaian macam tu,’’ balasku kasar. DIa hanya diam membatu. Apa salahnya pakai baju kemeja dan seluar panjang? Mak aku pun dah lama give up nak tegur, alih-alih mamat teddy bear ni pulak berani nak tegur. Sendiri pun pakai pakaian tak betul.

‘’Sorry eh, saya takde maksud nak sakitkan hati awak,’’ berulang kali perkataan maaf diselangi dengan muka seposen dilafazkannya, okay aku maafkan. Aku dah cool down sikit.

‘’Lagi sekali kau tanya atau kritik pasal penampilan aku, ada yang check in kat hospital nanti,’’ uajr ku sambil menjeling tajam oadanya.

‘’Maaf Ieka, lain kali saya tak tanya lagi. Saya faham,’’ ujarnya sedikit mengeluh, pipinya merah bibirnya menggeletar mungkin menahan malu atau mungkin dia sedng menahan marah. Dah kenapa dia mengeluh? Kuasa veto aku ni makin berkurangan ke? Dia tak takut kat aku lagi ke? Takkanlah?

“Eh mak buat apa kat sini? Kenapa datang?’’ terkejut aku melihat kedatagan mak aku ke rumah kami. Aku toleh pada Muaz cuba mencari jawapan kalau-kalau dia tahu apa tujuan dan mimpi mak aku datang ke sini namun dia hanya tunduk enggan buat eye contact. Pelik! Selalunya dia yang hype teruja macam kera kalau tahu mak datang.

‘’Apa yang peliknya Ieka oi, mak nak jenguk anak menantu pun dah tak boleh ke?’’ perli mak.

‘’Takdelah mak, tapi kalau mak cakap awal bolehlah Ieka sedia masak untuk mak kan baby?’’ kataku seraya memaut lengan Muaz. Mampus aku kalau mak tahu aku ni sejenis isteri pembuli. Muaz hanya diam sahaja. Dah kenapa kau membisu setan? Aku pijak kaki dia, namun dia tetap static macam tugu negara.

‘’Sudahlah tu Ieka, tak payah nak berdrama lagi. Mak dah tahu lakonan kamu Ieka oi, dari zaman anak dara sampailah la ni dah jadi bini orang masih tak tahu nak buat kerja orang pompuan. Apa nak jadi dengan kamu ni Ieka? Sanggup kamu buli laki sendiri buat tugas yang sepatutnya jadi tugas kamu? Kamu tak tahu malu ke Rafeka?’’ pergh bernanah telinga aku dengar mak marah aku depan Muaz. Malu oiii. Ni semua mesti mulut laser mamat teddy bear ni mengadu domba kat mak. Tunggu kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience