BAB 10

Romance Completed 10941

‘’Ieka, Ieka nak tahu satu rahsia tak?’’ tanyanya, aku pula terpinga-pinga mendengar soalannya.

‘’Rahsia apa tu Muaz?’’ tannyaku penuh serius.

‘’Amboi mata tu boleh tak jangan serius sangat, seram sayang oi,’’ heheh masih lagi takut suami aku ni, bukan aku nak makan pun, saja je menduga acah-acah sikit pun dah gentar.

“Kalau awak nak tahu, saya yang suruh ibu saya pinang awak. Saya mula jatuh hati pada awak sejak kali pertama terjumpa awak dan sejak saat awak selamatkan saya.. Saya tak marah atau berjauh hati pada awak kerana saya tahu itu adalah sifat azali awak namun saya tahu awak adalah pelengkap hidup saya, ianya datang secara semulajadi. Pada mulanya sukar saya mengerti tapi hati saya meronta-ronta mahu memperisterikan awak. Saya tak kenal awak, macam mana saya tahu keluarga awak dan tempat tinggal awak? Semuanya dari helaian resume yang terjatuh masa awak belasah samseng-samseng tempoh hari. Dalam tu ada alamat, nama dan nombor telefon penjaga awak which is mak punya nombor telefon. Alhamdulillah Allah permudahkan niat saya.’’ Tuturnya lembut namun aku bagai sudah bermandi airmata mendengar kata-katanya. Sungguh dalam banyak-banyak lelaki yang reject dan aku reject, ada seorang lelaki yang ikhlas dan berani memperistrikanku, jujur dan ikhlas. Sungguh tanggapanku padanya berubah. Dia bukan lagi mamat teddy bear lembik tetapi adalah anak jantan yang sebenarnya.

“Muaz, kenapa awak buat macam tu?’’ tanyaku hiba.

‘’maafkan saya sayang kerana buat awak sedih, maafkan jika tindakan saya selfish. Awak berhak untuk membenci saya,’’ uajrnya sayu.

‘’Mana mungkin saya membenci awak muaz, awak adalah penjaga, kekasih sebenar saya, mana mungkin saya boleh hidup tanpa awak, saya maafkan awak dan terima kasih kuatkan hati melamar saya,’’ balasku dalam esak tangis, kami berpelukan erat, lama, cukup lama hingga buat kami tak sedar yang bibir kami saling berkucupan.

‘’Sayang tali leher teddy bear saya dah siap ke?’’ tanya Muaz.

‘’Dah siap bang,’’ balasku yang baru selesai menggosok baju kemeja dan tali leher muaz. Aku tersenyum memandang tali leher kegemaran suamiku. Tali leher yang sangat signifikan dalam hubungan kami. Hari ini dia ada meeting dengan client untuk close deal dengan sebuah syarikat barangan kanak-kanak. Alhamdulillah rezeki kami suami isteri.

‘’Ini rezeki baby Muaz Junior, doakan meeting papa awak berjalan dengan lancar,’’ ujarku pada bayi yang ku kandungkan sambil menepuk-nepuk lembut perut ku yang semakin membesar. Alhamdulillah, usia kandungan yang hampir enam bulan, rumah tangga yang semakin bahagia, sesungguhnya kehidupan yang Allah berikan padaku ini adalah satu peluang untukku memperbaiki diri sebagai seorang manusia, muslimah dan juga isteri. Alhamdulillah. Aku tetap Rafieka yang kasar dan kuat namun di sisi suamiku, aku adalah wanita bahagia yang dicintai, lemah dan kalah pada penangan cinta tulus suamiku yang lembut.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience