BAB 2

Romance Completed 10941

Beberapa bulan sebelum itu.

‘’Eh tolong pulangkan semula fail saya tu, saya janji akan ikut cakap awak dan buat apa sahaja yang aawak arahkan tapi tolong jangan apa-apakan saya dan fail itu,’’ rayu lelaki berkemeja merah jambu, seluar hitam dan mengenakan tali leher bermotif patung teddy bear.

‘’Eh boleh tak kau diam mamat kentelo! Buruk perangai suka teddy bear!’’ perli salah seorang lelaki yang sedang mengerumuni lelaki yang sedang menggeletar ketakutan. Ada tujuh orang kesmeuanya dan ketujuh-tujuh lelaki itu menggertak dan melambung-lambungkan fail kepunyaan lelaki itu sambil mentertawakannya.

Aku yang berada di tempat kejadian dan menyaksikan semuanya dengan kepala mata sendiri tiba-tiba bengang. Eloklah ni, dengan aku yang dua hari berturut-turut rond satu KL cari kerja tak dapat-dapat jadi memang eloklah penyangak ni ada depan mata, sekurang-kurangnya dapat juga aku melepaskan marah aku ni dengan membelasah mereka. Seronok nampak membuli lelaki tak berdaya nan lemah tu ye. Amarahku kembali membuak-buak. Suka hati mereka mebuli insan lemah. Aku segera berlari ke tempat kejadian dan bersiap siaga bertarung. Kalau dorang anak jantan meh hadap aku.

” Hoi korang ni tak malu ke? Kalau anak jantan meh hadap aku!!! Apa korang ni tak maluku ramai-ramai balun balun mamat teddy bear kentelo tu?” perli ku pada sekumpulan lelaki yang lagak macam samseng hingusan dan sedang terpinga-pinga melihatku.

”E’eh ada awek cun lah, ni tomboy eh pengkid kan? Takkan pengkid kapel dengan mamat teddy bear ni. Eloklah tu, dunia ni nak terbalik agaknya.” Sinis kata-kata salah seorang daripada mereka yang agak gendut. Aku merenung tajam pada lelaki itu, tak sabar rasanya nak suap kasut Converse aku ni kat mulut mamat tu.

‘’Amboi mulut kau laser kalahkah laser Rosnah Mat Aris, Azwan Ali, kalau kau kuat sangat meh hadap aku sekarang, toksah banyak cakap. Pengkid ke tomboy ke apa kisah, belakang kira meh one by one,’’ cabar ku lalu disambut dengan gelak tawa lelaki yang tak ubah macam samseng taik kucing aku lihat.

‘’Boleh tahan garang cik adik tom tom boy kita ni, meh abang belai untung-untung boleh jadi peerempuan asli,’’ balas salah seorang samseng lalu mendekati ku, tanpa menunggu lama aku terus menarik tangan lelaki itu, ku pusingkannya lalu aku memukul mukanya dengan siku.

‘’Sakitlah jahanam!’’ jerit lelaki itu sambil meronta-ronta kesakitan, ada tompokan darah keluar dari hidungnya. Padan muka!.Jangan main-main dengan spesis tomboy seperti aku. Jangan tak tahu yang aku ni juara karate peringkat daerah. Sebaik sahaja aku menyerang lelaki tadi yang ku kira kepala samseng aka ketua mereka, serentak itu jugalah aku menerima serangan padu daripada kumpulan samseng itu. Aku mulai fokus dan transform alter ego ku daripada Rafieka kepada Lara Croft dalam Tomb Raider lalu mula membelasah mereka dengan teknik karate yang ku kira unbeatable jika dibandingkan dengan langkah sumbang samseng keparat ni.

‘’Maju, maju siapa berani maju, aku standby ni,’’ jeritku pada samseng-samseng tadi yang kesemuanya sedang mengerang kesakitan.

“Sorry! Ampun Ampun! Kitorang dah taubat dah,” rayu lelaki rambut kerenteng yang dah berdarah hidung aku belasah. Kembang kempis hidung aku gelak tengok sorang demi sorang samseng ni yang dalam kesakitan. Ceh tak kuat manapun dorang ni.

“Jadi tunggu apa lagi!? Nak kena lempang lagi ke?’’ seraya itu juga semua lari lintang pukang. Tahu pun takut. Gembira hati aku dapat lepas gian belasah orang ni.

‘’Wahh awak memang terer! Kagum saya tengok awak,’’ puji lelaki teddy bear ni, syok balun orang sampai aku lupa kewujudan mamat ni. Aku tengok atas bawah, rambut potongan skema macam Alif Syukri yang obviously bukan taste aku, spek mata bulat bibgkai hitam ala John Lennon tapi, muka lawa tapi jambu sangat. Baju kemeja pendek rona pink belacan cencaru dan seluar carrot top senteng sikit, ishh ni level ulat bulu urban ni, ni nerd ke gay ni? Rasa nak debik mamat ni pulak.

‘’Kau ni gay ke? Eh maksud aku kau ni lelaki ke?’’ tanyaku sinis sambil menepuk debu di baju aku.

‘’Eh yelah awak, tak nampak ke? Pelik awak tanya macam tu.’’ Aku mengeluh sinis lagi cuba menahan gelak.

‘’Eh awak, kalau lelaki apasal awak biarkan diri awak dibuli macam tu? Kalau leaki buatlah cara lelaki yang buat cara orang pompuan tu lembik ssemacam dah kenapa?’’ tempik ku membuatkan mamat teddy bear ni terkesima.

‘’Macam ni awak, mama saya suruh banyakkan bersabar, selagi boleh tahan, kenalah tahan tak elok bergaduh-gaduh ni,’’ no wonderlah, anak ma rupanya.

‘’Sabar tu kena bertempat, jangan bila orang nak balun atau ambik nyawa kita free-free pun awak masih nak bersabar bro. Jangan jadi stupid sangat, mak kau pun tak nak kau kena balun macam tu,’’ terjojol mata mamat ni dengar tempikan berbisa dari aku.

‘’Dahlah teddy bear, hadap kau lama-lama cuma menyakitkan hati, karang dengan kau sekali aku belasah. Slow macam siput kau ni,’’ aku terus menghayn langkah beredar tinggalkan mamat ni.

‘’Eh awak, saya tak tahu nama awak, terima kasih banyak tau selamatkan saya. Kalau jumpa lagi saya belanja awak,’’ ucapnya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience