BAB 7

Romance Completed 10941

Hujung minggu macam ni tiba-tiba diserang kebosanan. Sepatutnya best tapi entah kenapa bosan macam nak naik gila dibuatnya. Mana Muaz? Biar aku usha muaz sat.

‘’Muaz, awak buat apa?’’ panggil ku lembut, sudah tiada lagi panggila kasar macam raksasa.

‘’Ada kat tandas ni, tengah basuh tandas, ada apa-apa ke?’’ tanyanya lembut. Haih melting aku.

“Ooo ada kat sini rupanya awak Muaz. Rajinnya basuh tandas,’’ pujiku acuh tak acuh. Ikutkan hati nak saja aku suruh dia basuh tandas bawah dan tandas bilik aku. Aku masuk nak menyakat dia lagi. Namun baru sahja aku hendak mencapai mop di hujung tandas tiba-tiba aku tergelincir dan terjatuh ke belakang. Mujur Muaz pantas mencapai tangan dan menarik aku sebelum kepalaku tersembam di lantai tandas. Impak jatuh itu turut membuat dia tersadung sedikit dan tak semena-mena membuat jarak antara kami sangat dekat dan wajah kami saling bersentuhan. Matanya tajam merenungku membuat aku terpinga-pinga, tanpa sedar bibirnya sudah meramas mesra bibirku yang mungil. Muaz masih lagi menjamah bibirku. Aku tak marah tapi aku malu.

‘’Eh apa ni? Sakitlah! AKu nak bangun,’’ uajrku sambil memukul lengannya. Dia pula yang diam terkesima sekarang namun dia segara mengucup lembut dahiku sebelum aku menolaknya kasar dan berlalu pergi ke bilik lalu menghempas pintu bilik.

‘’ Ieka, Ieka maafkan saya.Buka pintu ni, maafkan saya menyentuh awak, saya tak sengaja tadi,’’ aku sendiri bagai tak percaya dengan apa yang berlakku tadi. Smeuanya jadi sepantas kilat. AKu dah macam orang tak betul sekarang ni. Mundar mandir memikirkan yang aku baru sahaja dicium oleh Muaz. Airmataku mengalir. Eh kenapa aku nak menangis pulak ni. Dah sah-sah dia laki aku.

‘’It’s okay, kau tak sengaja, lupakan apa yang jadi. Aku nak rehat,’’ ucapku di blik pintu. AKu masih melihat bayang-bayang kaki Muaz di balik pintu itu. Tak lama kemudian dia beredar. Jantungku berdegup kencang dan aneh. Kenapa ni?

‘’Alahh apahal tak boleh guna pula ni remote ni?’’ aku mengetuk-ngetuk remote itu sambil berulang kali menekan butang hijau pada remote TV. Aku mengodek-godek laci-laci pada kabinet TV namun tak jumpa bateri lebih. Tiba-tiba aku terfikir bilik Muaz. Mungkin ada bateri lebih dalam bilik Muaz maklumlah dia lelaki yang sangat cermat, teratur dan biliknya srba-serbi lengkap macam poket Doraemon.

Tanpa fikir panjang aku terus masuk ke bilik Muaz, sepertinya dia tiada dalam bilik lantaklah. Aku terus membuka laci mejanya mencari-cari bateri namun tak semena-mena Muaz keluar dari bilik air hanya ddengan bertuala. Dia terkejut melihat kehadiranku dan aku pula terus memalingkan tubuhku. Shit! Malunya Ya Allah, apasal time-time macam ni kau baru mandi? Aku dapat melihat sosok tubuhnya pada pantulan cermin di hadapanku, memang ditakdirkan aku dapat melihat tubuhnya yang sasa tanpa sebarang pakaian menutupi bahagian tubuh atasnya. Berdebar-debr jantungku tengok laki sendiri.

‘’Kenapa masuk ke bilik saya ni Ieka? Tanyanya lembut. Aduh habis dia dah tanya pulak.

‘’Sorry Muaz, tak sengaja masuk tanpa izin, saya keluar dulu ya.’’ Aku bergegas untuk keluar, namun belum sempat aku menutup pintu tangannya memahut tanganku. Sudah! Godaan apakah ini?

Aku memberanikan diri menoleh padanya dan nyata aku kehilangan kata-kata saat melihat Muaz berada dekat pada wajahku. Ada rasa yang aneh melihat Muaz dalam keadaan tidak berbaju, rambut dan wajahnya masih ada kesan titisan air menitis lembut, wajahnya polos dan jelas tanpa kaca mata melekap di wajah. Harus ku akui dia sungguh tampan!

” Mesti ada sesuatu yang awak nak saya bantu kan? Takkanlah awak saja-saja masuk ke bilik saya ni?’’ aku bagai tersedar dari lamunan fantasi saat mendengar soalannya itu.

‘’Aku nak carik paku tekan eh nak buat tekan tubi, ehhh salah aku nak pinjam handphine kau!’’ jawabku tegas, motif tetiba nak marah? Namun Muaz memandangku pelik.

‘’Boleh takde masalah, tapi kenapa nak guna phone saya? Phone awak ada problem ke? ke nak stalk kekasih lain?;’’ tanyanya namun tangannya laju mencapai handphone miliknya lalu menyerahkannya kepadaku. Mataku pula tertumpu pada dadanya yang bidang dan puting susunya yang tersembul keluar, sejuk barangkali. Choiiii apa yang aku fikirkan ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience