BAB 4

Romance Completed 10941

‘’Rumah ni besar, aku tak larat nak kemas sorang-sorang, jadi semua tugas perlu diagih sama rata. Masak, cuci kain, lipat baju, seterika baju, basuh toilet termasuk kereta aku sekali kau kena buat sampai perfect, takdenya nak skip-skip,’’ arahku lagi, mamat Muaz ni seperti bingung seketika tapi dia catat tugas tu di telefon bimbitnya. Bagus, patuh arahan.

‘’Baiklah semuanya tugas orang rumah, lebih dari lima tugas itu saya buat, boleh tahan banyak juga nak bagi masa dengan kerja pejabat lagi, tapi saya cuba. So, apa tugas awak kalau dah hampir semua tugas awak saya buat?’’ tanyanya lagi.

‘’Tugas saya paling susah antara semua tugas, banding dengan tugas yang awak buat apalah sangat Muaz oii, tugas aku adalah memastikan rumah ini selamat dari sebarang anasir jahat,’’ tegasku lagak A. Galak dalam drama polis Gerak Khas.

‘’Okay, saya setuju!’’ laju saja dia setuju, aku punyalah cuak kalau-kalau dia tiba-tiba fight hak dia sebagai suami. Pheww lega.

‘’Oh sebelum terlupa, lagi satu. Kita tidur bilik asing-asing, kau pilihlah bilik mana kau nak tidur, aku ambik master room faham,’’ arahku lagi, aku perhatikan mamat ni, eeww lembik semacam tak tahulah kalau boleh berfungsi ‘cik abang’ dia tu. Eh astagfirullah apa yang aku melalut fikir ni?

“Bukan ke tu berdosa? Kita ni kan dah kahwin, apa pula difikirkan orang kalau-kalau dorang tahu kit tidur berasingan,’’ wahh boleh pulak dia tak setuju dengan cadangan aku yang satu ni. Puas aku berfikir akhirnya aku beralah.

‘’Fine, kita tidur sebilik, lagipun kau dah janji yang kau takkan sentuh aku, so aku percaya,’’ dia senyum semula. Aku pun tak kisah sebenarnya, dengan dia yang lembik ni, sebelum dia mula langkah tak senonoh dah sampai mexico dah dia ni sekali aku debik.

” Baiklah, saya setuju!” ujarnya sambil cuba bagi high five padaku.

” whatever!” balasku, aku tersenyum lega manakala dia macam biasa senyum suci murni.

” Ieka nak tanya, tugas tu, berkuat kuasa sekarang ke?”

” Kau gila nak buat kat sini, kat sini rumah mak aku, ada bibik lagi takk ke pelik orang nampak. Kau buat masa kita pindah kat rumah yang satu lagi mak aku bagi, kat situ kau nak buat apa, ikut suka hati kaulah,’’ ujarku selamba.

Tak sabar rasanya nak pindah ke rumah baru, tenang sikit jiwa aku. Kat sini ramai sangat mata memerhatikan kami. Dah macam artis aku rasa.

Rutin harian aku sudah berubah sejak kahwin dengan mamat ni. Aku secara harfiahnya dah jadi bini orang tapi tetap sama. Aku masih urusskan diri sendiri sebab laki aku reti urus diri sendiri, dah memang tugas dia kan. Yang aku nak cakap sekarang aku dah bangun awal untuk pergi kerja banding masa bujang dulu aku takde kerja, penganggur tegar. Ada juga faedahnya kahwin dengan mamat teddy bear ni, kalau bukan sebab dia yang dapatkan aku kerja daripada kenalan dia yang bekerja dalam bidang yang aku master ni, tentu sekarang aku cuma duduk ternonong harapkan duit laki atau ehsan mak aku. Sekurang-kurangnya peratus dendam aku kat mak dah berkurang.

“Dah bangun isteri saya ni?, pergi mandi saya siapkan sarapan, kejap lagi siap.. Sapa muaz girang melihatku, maacam tak pernah tengok aku pulak mamat ni. Aku cepat-cepat mandi, bukan apa tak sabar nak makan sarapan yang dia masak. Hari-hari aku memang teruja nak makan air tangan dia ni. Sedap lain macam. Handsome, terror masak, sweet. EH! Dah kenapa aku puji laki sendiri?

‘’Aku menyuap makanan yang dihidangkan, sambil memerhatikan sekeliling dan juga mamat ni yang tersengih-sengih di depan aku.

‘’Kau pergi mana tadi, ku duduk ternonong depan aku ni dah kenapa?’’ marahku, akhirnya dapat juga aku idea untuk buli dia hari ni. Sebolehnya aku akan cari idea untuk marah dia dan sakitkan hti dia bagi dia benci kat aku.

‘’Oooh tadi saya sidai baju kita wak, semalam basuh tengah malam macam yang awak suruh tapi sebab saya terlelap kat sofa, baru dapat sidai pagi ni,’’ ujarnya berhati-hati, taku aku smebur lah tu. Aku cuma menaikkan kening cuba mengingat kalau-kalau aku ada beri tugasan macam tu semalam. Kadang-kadang aku sendiri pun lupa apa yang aku suruh mamat ni.

‘’Kau ni kalau aku suruh terjun bangunan mesti kau buat juga, pembaris betul!’’ bebelku sendiri.

‘’Apa Sayang? Eh apa Ieka?’’ tanyanya tersipu malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience