BAB 1

Romance Completed 10941

Bengang betul rasa hati, asanya macam nak jerit kat satu dunia lepaskan amarah yang bersarang dalam diri aku ni. Saat ni macam nak tumbuk je muka-muka yang lalu di depanku ini. Sedar tak sedar aku sudahpun sah menjadi isteri orang beberapa minit yang lalu ya beberapa minit yang lalu ya anak-anak! Baru seminit tadi aku dengar tok kadi memberitahu pada pengantin lelaki merangkap suami aku yang upacara pembatalan air sembahyang akan dilakukan.

Eh mencanak gejolah amarah aku mendengarnya. Masalahnya sehingga ke saat ini aku masih belum pernah melihat batang hidung suami aku. Tapi aku sudah tahu apa plan yang akan aku lakukan. Kau nak kahwin dengan aku kan? Aku akan buat kau tak tahan sampai kau ceraikan aku! Tengoklah!

Kalau tengok pada nama Akim Muaz …nama dah sedap, harapanya muka pun elok bukan macam muka penyangak pecah rumah orang. Eh kau ni Rafieka, dahlah dikahwin paksa ada hati lagi kau nak berangan nak dapat muka mata hensem. Dah namanya kahwin paksa takdenya kau nak dapat yang hat elok ikut apa yang kau nak! Jangan berangan! Argh ini semua sebab ibu, kalau bukan sebab ibu yang paksa aku kahwin tentu sahaja ak tak sejahat ini sekarang. Aku ni nak jaga diri sendiripun payah apatah lagi nak jaga laki, jadi bini orang. Sungguh aku tak bersedia.

Tubuhku mulai rasa rimas, panas dan gatal dengan persalinan nikah yang memang cantik tapi bukan dicipta untuk aku. Kalau ikutkan hati aku, masa ni juga aku nak pakai baju-T besar gedabak dan seluar jeans atau track pant. Lagi selesa. Ini semua salah ibu, ya salah ibu yang suka memaaaksa aku buat benda tanpa relaku. Paling tak boleh tahan bila aku kena duduk ayu macam anak gadis, sungguh aku malu tak tahu mana nak sorok muka aku. Satu kampung tahu aku ni minah lasak tiba-tiba jadi ayu tahap Fazura memang mengundang tawa seisi kampung!

Namun aku kekalkan postur tomboy ku, mukakku bengis masam tanpa sebarang senyum. Jelingan tajam ku berikan pada ibu. Tidak lama kemudian sosok tubuh pengantin lelaki lengkap berpakaian melayu bersamping songket menghampiriku diiringi oleg rombongan keluarga pengntin lelaki. Sekali lagi aku dan pengantin menjadi tumpuan tetamu. Aku berdebar, jantung berdegup laju.

‘’Nak Ieka, senyumlah awat muka kau masam mencuka serupa orang hilang laki, ni ha laki kau dah datang ni, hulur tangan tu orang nak sarung cincin!’’ arah ibuku lembut tapi penuh makna yang aku tahu ibu sebenarnya sedang menahan marah. Aku hanya buat acuh tak acuh dan senyyum hambar. Mahu tak mahu aku menghulurkan tangan. Cincin belah rotan selamat dan manis tersarung di jari manusku. Aku memaksa diri untuk bersalam dengan suamiku lalu mendongakkan wajah cuba melihat raut wajah lelaki yang sudah menjadi suamiku. Ya sah, lelaki ini sudah menjadi suamiku.

‘’Eh kau ni mamat teddy bear! Apa kau buat kat sini?’’ soalku. Dan reaksi ku itu membuatkan semua yang hadir terkejut. Opps! Tapi adakah mamat lembut gila teddy bear ini suamiku? Tidak, tak mungkin kan?

‘’Apa ibu dah buat ni?’’ tanyaku pada ibu, cuba membetulkan postur tubuhku namun tak semena-mena aku rebah pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience