"Aku tidak akan sama sekali lagi terima apa-apa lamaran daripada keluarga kau lagi! Walaupun kau keluarga Penjaga Garden VV sekalipun.. Tahu?!" Marah benar Datin Gia dari Keluarga Penjaga Villa V.
"Maafkanlah kami.. Kami janji tidak akan berbuat begitu lagi.. Tolong...." Marzam tidak dapat meneruskan kata-katanya ketika dia terlihat kelibat Iqbal dari tingkat atas menuju ke arah mereka.
Cepat-cepat anak kedua penjaga Garden VV iaitu Qis memperkenalkan dirinya pada lelaki itu.. "Saya Qi..." Belum sempat Qis memperkenalkan dirinya..
Iqbal cepat-cepat memanggil pembantu peribadinya, Iqbal mula memperkenalkan diri pembantu peribadinya..
"Ini adalah Azmin, Pembantu peribadi aku dan dialah orang yang pertama telah menjumpai kau dan adik kau, Orang yang aku jumpa dan yang berdepan dengan aku pada hari ketiga bukan kau! Tetapi seseorang itu.. Aku sudah pun menyiapkan cincin khas untuknya yang aku sangkakan dia dari keturunan keluarga kau! Penjaga Garden VV!! sebenarnya tidak sama sekali!! Dia adalah bidadari yang datang dalam kehidupan aku walaupun belum naik ke alam perkahwinan yang sah tahu?! Dia adalah perempuan pertama dan terakhir yang aku jatuh cinta padanya melalui pandangan pertama.. Tahu?!! Selepas dia memberitahu perkara sebenar pada aku..! Aku sungguh terkejut..! Dengan kejujuran nya yang memberitahu pada aku perkahwinan ini adalah palsu!! Atas kejujurannya lagi saat dia memberikan semula cincin yang aku beri padanya.. Tempah khas untuknya juga..!"
Iqbal mendiamkan dirinya seminit kemudian menyambung lagi...
"Kau tahu apa dia cakap pada aku???! Dia menangis perlahan depan aku sehingga terduduk meminta maaf kerana dia terpaksa berbuat begitu DEMI!!! Pihak orang lain..!!! Dia sanggup menggantikan dirinya UNTUK kau!!! Dia tidak mahu lagi berbohong gara-gara kau dengan keluarga kau ini!!! Dia sanggup dibiarkan kebulur dan mengemis di tepi jalan daripada BERBOHONG..!!! Dia adalah Maira.. M.A.I.R.A bakal menjadi isteri AKU!!!! Dan bukan sesiapa pun hanya dia sahaja!!! Pergi kau dari sini!!" Iqbal kemudian berlalu pergi dari situ.
Marzam sudah lama terdiam sewaktu Iqbal turun dari tingkat atas, Selepas dia cerita itu dia kemudian agak bengang apa yang Maira balas semula padanya kerana dialah orang pertama mendapatkan Maira, Jadi dia kenal sangat siapa seseorang yang di maksudkan oleh penjaga Keluarga Villa V tetapi dia tidak sangka orang yang Maira jumpa itu adalah orang yang sebenar dan patut dinikah oleh anak perempuannya, Qis. Dia tidak tersangka akan terjadi sebegitu rupa.
Nasha kemudian tergamam bila nama 'Maira' keluar dari mulut lelaki yang bernamanya Iqbal Ikmal yang patut berkahwin dengan anaknya, Qis.
"Maira..?? Maira bukan ke yang tinggal dengan kita sekejap itu kemudian kita halau sekali Abang Rashid, Trisha dan Maira.. Kan mak?" Laju sahaja bicara Qis sampai seisi rumah itu mendengar apa yang dibicarakan oleh Qis, Anak pada keluarga Penjaga Garden VV.
'Habislah.. Berpecah belahlah keluarga aku..!' Teka Pasha, Bila sahaja adik perempuannya bercakap dengan suara yang cukup didengari seisi rumah penjaga Villa V.
"Nasi dah jadi bubur.. Ke mana kau buang budak-budak itu?!" Tanya Khalicha adik pada Iqbal bersuara, Sebelum kemarahan seisi dalam rumahnya membuak-buak. Lebih baik dia menyuarakan sesuatu untuk memecahkan kemarahan mereka.
"Kami tidak tahu ke mana mereka pergi selepas itu.. Kami minta maaf!" Pasha meminta maaf bagi pihak keluarganya yang sudah hilang kata-kata.
Khalicha mengurut dahinya dan menuju ke arah mama dan papanya kemudian berkata.. "Kita bersurai dulu.. Mama.. Papa.. Esok hari Pencarian VV ditamatkan kerana gagal untuk menjumpai generasi terakhir VV.." Balas Khalicha dengan nada yang lemah, Kerana mereka gagal untuk mencari generasi terakhir VV.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
'Aku minta maaf semua.. Aku terpaksa berpura-pura pengsan untuk mengelakkan dari di soal jawab bersama-sama..! Terima kasih kerana menjaga harta sepeninggalan Ibu dan Ayah. Thank you so much you all..! I promise to grant all of your wishes.. Sekarang Verra cuma mahu tahu..! Siapa sebenarnya yang telah membunuh kedua ibu dan bapa Verra, Datuk dan nenek Verra. Verra perlukan bukti yang kukuh untuk menangkap mereka! Maafkan Verra semuanya...'
Verra kemudian tertidur kembali, Walaupun dia dah penat berbaring di atas katil di bilik tetamu banglo penjaga Syarikat Terbesar VV.
Share this novel