Untukmu Verra ~ Episode 9

Fantasy Series 442

[ Mimpi Umairah Verra ]

"Verra sayang, Mari ke mari.. Ibu ada belikan baju kesukaan Verra ini, Cantik tidak? Tanya ibunya, Verona Mahsuri.

"Beautiful Ibu..! Thank you so much..!" Sambil memeluk ibunya.

"And.... Happy Birthday Day To You Verra yang ke 15 Tahun.. Anak ayah pun dah menginjak usia remaja muda ini.." Ayahnya, Nazri Vermont yang sudah pun membawa troli kek bersama-sama untuk menyambut hari lahir anak mereka.

Hari Lahir Verra amat bermakna sekali, Terasa bagaikan di awangan mimpi di dalam istananya. Bersama-sama puteri kayangan menari-nari dan menyanyi, Tetapi kesemuanya terasa sangat sekejap. Bila ayah, ibu dan dirinya menjadi buruan orang.. Yang hendak membunuh dia dan keluarganya.

Mereka bertiga sempat keluar dari rumah itu dengan selamat untuk sementara waktunya, Saat Verra tertidur. Dia sempat mendengar ayah dan ibunya berbincang akan perkara itu, Verra mendengar..

"What do you think about this? Apakah Halim dan Gia menghantar orang untuk membunuh kita?" Tanya Verona.

"I don't think so too, Sebab saya nampak Marzam dengan Nasha ada bersama sewaktu kita lari meninggalkan Villa, Tidak mungkin mereka menghantar orang untuk membunuh kita!" Balas Nazri pada isterinya pula.

"I don't think... I can trust all of them. We.... Will never trust them anymore!" Verona berjanji tidak akan percaya lagi pada kebaikan orang yang berbuat baik pada mereka, Kerana semuanya palsu belaka!

"And.. One more thing, They all knows our baby girl here.. I don't want our Verra had the same fate like us.. And i don't want everything ends here.. It's was untrue..!" Balas Nazri pula mengengam tangannya menahan kemarahan yang melanda pada dirinya dan keluarganya.

"This is tooo much..!" Verona menangis sembunyi dari anaknya yang sedang tidur, Nazri memeluk isterinya.

Dalam diam Verra juga mengalirkan air matanya perlahan-lahan.. 'Ibu..! Ayah..!'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Umairah terjaga dari tidurnya.. Kemudian melihatkan hanya Fara berseorangan di dalam bilik itu dengannya yang sudah pun hampir risaukannya kerana melihatkan dirinya menangis di dalam tidur.

"Maira.. Tidak mengapa-apakan?" Tanya Fara risau, Takut-takut ada sesuatu yang akan terjadi pada Maira ketika dalam tidurnya.

Maira berdalih sepantas yang boleh.. "Mana semua orang?" Maira mengesat air matanya kemudian membetulkan duduknya.

"Mereka merancang mahu membawa Maira ke hadapan Majlis Penyerahan Generasi VV pada generasi VV terakhir, Kenapa bertanya Umairah?" Tanya Datin Batrisya.

Nampak sahaja Datin Batrisya masuk ke bilik itu segera Verra mencapai pisau pemotong buah epal, Kemudian ditujukan pada Datin Batrisya.

"Eh.. Kenapa ini Umairah..? Fara kenapa dengan Umairah?" Cemas Datin Batrisya bila Umairah memegang pisau kemudian ditujukan kepadanya.

"Mummy.. Umairah menangis tadi, Apakah ini ada kaitan with mummy and daddy Verra?" Tanya Fara ingin tahu perkara sebenarnya.

"Mana kamu tahu Fara..? Mummy tidak pernah menceritakan hal ini kepada sesiapa pun.." Tanya Mummynya.

Belum sempat Fara berkata-kata, Umairah menyampuk...

"Siapa lagi..!! Yang merancang..!! Untuk membunuh AKU DAN KELUARGA AKU??!!!" Tanya Maira dengan kasar, Dia tidak dapat menahan sabarnya lagi.

Fara dan Datin Batrisya tergamam bila Umairah menyebut 'Mahu membunuh keluarganya dan dia juga'

"Jadi.. Apakah benar..? Kamu.. Kamu.. Adalah... Umairah Verra?" Tanya Datin Batrisya terharu kemudian terduduk dan menangis perlahan-lahan.

"Mummy!" Fara mendapatkan Mummynya, Dia juga terkejut Umairah.. Adalah benar-benar generasi terakhir VV yang tinggal, selamat dan masih hidup.

"Kenapa kau menangis? Kau mahu minta belas kasihan dari aku kah?!!" Tanya Verra masih mengengam pisau pemotong epal itu.

"Tidak Verra.. Tidak..! Aku ingin memohon kemaafan padamu Verra.. Saat ibumu nampak aku bersama suamiku ketika itu, Terdetik dihatiku kerana ibumu pasti menyangka aku dan suami ingin membunuh kamu dan keluargamu. Tujuan aku ke rumahmu atas sebab mahu mencari tahu siapa yang menghantar surat ke rumah aku yang mahu mencari orang yang gagah perkasa dan yang boleh membunuh ibu bapamu. Tetapi tidak keberhasilan bila mana kami melihat rusuhan di hadapan mata kami dan melihat kamu dan ibu bapamu melarikan diri, Kami disuruh oleh orang di dalam rumah mengejar 'Penyamun' itu, Kalau kami tidak mahu membantu.. Kami perlu pergi dari situ dan tutup mata akan kejadian ini.. Atas sebab-sebab kami merisaukan kamu dan keluargamu.. Kami menyuruh Lan mencari kamu dan keluarga kamu, Saat itu Lan adalah Pengawal keselamatan di rumah kami, Kami meminta Lan menyelamatkan kamu dan keluarga kamu.."

Batrisya mengesat air matanya kemudian, Masih duduk menghormati generasi terakhir VV kemudian menyuruh anak terakhirnya memanggil Lan kini menjadi tukang kebun mereka..

"Fara panggil pak cik Lan.. Ke sini..!" Datin Batrisya menceritakan perkara sebenar kemudian mengarahkan Fara untuk memanggil Pak cik Lan.

Maira masih tidak berganjak dan tidak mahu melepaskan pisau pemotong epal di tangannya, Selagi dia belum mendengar lagi cerita di sebelah pihak pula.

Tidak lama kemudian Fara membawa Pak cik Lan ke bilik tetamu. Pak cik Lan juga terkejut bila mendengar sedikit cerita yang dari Cik Fara berkenaan Umairah Verra masih hidup dan berhadapan dengan Mummynya.

"Lan, Ceritakan apa yang kamu lihat, Dan apa yang kamu buat dan Kamu korbankan.. Pada kedua ibu bapa Verra generasi terakhir VV ini..." Datin Batrisya menyuruh pak cik Lan membuka rahsia dan bukti yang ada pada mereka ketika proses mencari Verra dan keluarganya.

"Begini ceritanya Cik Verra.. Pada saat saya disuruh menjejak Cik Verra dan keluarga. Saya melihat keluarga penjaga Garden VV ada sekali saya tidak tahu mereka di pihak mana, Jadi saya buat kerja seorang diri tanpa bantuan dari mana-mana pihak yang saya tidak tahu, Pihak itu benar ataupun ada kaitan dengan kejadian ketika itu.. Saya mengorbankan apa-apa sahaja yang ada dengan saya.. Haiwan dan manusia yang sudah tidak ada di dunia ini pun. Bagi menggantikan diri ibu bapa Verra. Dengan itu kami dapat menyelamatkan ibu bapa Cik Verra, Tetapi saya terpaksa gunakan apa sahaja cara pun untuk menyelamatkan dan menyembunyikan keluarga Cik Verra. Saya memberitahu mereka yang kami akan meneruskan Pencarian Cik Verra semula sehingga kini jua kami masih belum ada khabar berita berkenaan Cik Verra yang menghilangkan diri.." Pak cik Lan menceritakan perkara sebenar pada Verra.

Umairah mendiamkan diri seminit, Kemudian menanyakan lagi di mana ibu bapanya berada..

"Jikalau benar mereka masih hidup.. Di mana mereka sekarang..?" Kali ini nada marah Verra menurun sedikit demi sedikit kerana dia mulai belajar perkara sebenar itu.

"Saya menghantar surat lebih 29 kali tetapi surat itu kembali semula pada saya, Saya buat keputusan untuk pergi terus ke persembunyian kediaman keluarga Cik Verra. Saya mendapat tahu rumah itu sudah pun dijual pada orang lain, Kemudian orang yang menghuni kediaman mereka itu telah berpindah semula ke tanah air mereka, Saat itu saya sungguh terkejut.. Saya takut kalau-kalau ada orang ingin membunuh mereka lagi, Saya, Datin Batrisya juga Datuk Adam menjadi mata-mata kepada keluarga Cik Verra di semua tempat kalau dapat tahu di mana keluarga Cik Verra tinggal, Tetapi tidak berhasil. Mereka seakan tahu untuk menyorokkan diri mereka, Sampai sekarang kami juga tidak tahu ke mana dan dari mana mereka dan bila juga mereka akan muncul di hadapan kami semua.. Kami semua di sini juga ingin memohon maaf pada Cik Verra.. Kami minta maaf atas kesalah fahaman situasi ini dan situasi terdahulu" Panjang lebar penjelasan Lan pada Verra.

"Bagaimana pula dengan Marzam dan Nasha? Saya dengar cerita ini dari mulut Ayah.. Ayah nampak mereka ada ketika mereka mengejar kami bertiga.. Apakah kamu juga tahu sesuatu juga?!" Tanya Verra lagi, Selagi nama-nama Marzam dan Nasha masih berlegar-legar di dalam fikirannya, Hatinya langsung tidak senang untuk bertenang dan mahu memikirkan rancangan baru.

"Saya juga tidak tahu kenapa mereka berada di sana dan siapa yang menjanjikan sesuatu pada mereka ketika itu.. Maaf Cik Verra, Sungguh saya tidak tahu apa-apa berkenaan mereka" Balas Lan hanya itu sahaja yang dia dapat membantu, Dia juga tidak tahu keseluruhan cerita tentang keluarga penjaga Garden VV.

"Saya rasa Rashid dan Trisha tahu perkara ini, Di mana mereka sekarang?" Tanya Verra lagi, Kemudian menjatuhkan pisau pemotong buah epal tersebut.

"Mereka mengikut rancangan Datuk Adam untuk membawa kamu semula ke VV" Balas Datin Batrisya pula, Sambil mencapai pisau pemotong buah epal yang sudah dijatuhkan dari tangan Verra.

"Tangguhkan dulu.. Selagi kes ini tidak disiasat dengan betul, Saya tidak akan terima apa-apa jenis bentuk penyerahan.." Arah Verra pada mereka yang merancang perancangan itu.

Sepantas kilat Datin Batrisya menelefon suaminya untuk menangguhkan dulu tarikh penyerahan generasi VV, Dan meminta suaminya, Adam membawa Rashid Dan Trisha dalam keadaan baik dan selamat. Arahan itu juga adalah dari generasi VV yang terakhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience