"Kenapa kamu beritahu hal sebenar pada lelaki miskin itu?! Kamu tahu tidak? Yang kamu dah merosakkan rancangan aku?!!" Panas benar hatinya Marzam pada Maira. Diikuti Nasha memarahinya juga, Kerana dia juga tidak dapat berbesan dengan keluarga kaya itu.
Trisha menarik tangan Maira ke sisinya manakala Rashid pula melindungi mereka berdua.. "Mak dan Ayah sudah menyalahi peraturan dalam rumah ini..! Biarpun Maira baru sahaja di sini.. Tidak patut dilayani seperti begitu..!"
Pasha kemudian menahan Rashid pula dari menunding jari pada mak dan ayah mereka semua kecuali Maira sahaja dan kemudian bercakap dengan nada yang agak sinis.. "Dah lama aku tunggu kau.. Sesaat kau bersuara demi menyelamatkan perempuan sampah itu..!" Pasha mula menunding jari pada Maira.
"Maira tidak ada salah apa-apa pun pada Abang Pasha.. Abang Pasha tak boleh buat andaian melulu tanpa soal selidik terlebih dahulu!" Trisha menjeling Abang Pasha tangannya tidak habis-habis melindungi Maira, Tidak lepas sesaat pun pada mereka yang cuba menyalahkan Maira, Kononnya Maira adalah puncanya rancangan mereka gagal.
"Kau tak perlu jadi tukang mengurut kata pada Rashid, Kau patut gembira dilahirkan dalam keluarga ini! Kalau tidak...." Belum sempat Qis menghabiskan ayatnya.
Marzam terus meninggikan suaranya.. "Kalau kamu berdua...! Rashid dan Trisha! Kalau kamu berdua nak mempertahankan Maira, Segera keluar dari rumah ini..! Dan kami tak akan mengaku yang kamu itu adalah anak kami..! Pergi kamu berdua ke mana sahaja Maira pergi..! PERGI!!"
Naha pula cuba menahan kemarahan suaminya tetapi gagal, Marahnya yang membuak-buak itu tidak dapat lagi ditahan oleh Marzam, Dia sungguh marah bila antara anaknya tidak mengikut jejak langkahnya itu.
'Anakku..... Tak guna punya perempuan! Kau tunggu Maira..! Sampai aku jumpa orang kaya yang boleh berbesan dengan aku..! Kau akan mati aku kerjakan...! MAIRA!!!!'
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
"Maafkan saya.. Gara-gara saya.. Trisha dengan.." Maira mengalirkan air matanya tidak dapat menghabiskan ayatnya.
"Tak mengapa Maira.. Maira dah buat benda yang betul pun, Tak perlu lagi Trisha dengan Maira menggantikan kakak Qis itu. Buang masa saja menggantikan orang yang tak pernah menghargai penghargaan orang lain. Lagipun bukan salah Maira.. Salah kami juga, Mak dengan Ayah terlalu tamak sampai tidak menghiraukan apa yang lagi penting. Di fikiran mereka hanya 'duit' dan 'pangkat' buat orang sentiasa ingatkan mereka semua. Abang dengan kakak pun macam itu juga.. Haih.." Panjang lebar Rashid menceritakan apa yang berlaku di dalam keluarganya.
"Dan bukan itu sahaja.. Mak dengan ayah nak kakak berkahwin dengan seorang lelaki kacak dalam keluarga yang kaya raya itu, Tak silap namanya Iqbal.. Ha.. Macam begitu lah.." Trisha menceritakan rancangan Mak dan ayahnya berkenaan mahukan anak perempuannya, Qis berkahwin dengan lelaki kaya tersebut, Iqbal. Anak sulung keluarga kaya raya itu.
Maira mengangguk-anggukkan kepala sahaja mendengar Cerita keluarga Trisha dan juga Rashid itu sambil berjalan menuju ke perhentian bas. Mereka menaiki bas tersebut kemudian duduk di bahagian belakang sekali. Belum sempat Maira duduk, Spontan dia teringat semula hari ketiga dia bertemu lelaki kacak itu...
"Sekejap..!" Trisha Dan abangnya Rashid berpandangan sahaja.
"Kenapa Maira..?" Tanya Rashid pula.
Maira kemudian duduk di sebelah Trisha kemudian memulakan perbincangannya.. "Trisha.. Bagaimana rupa sebenar, Seorang lelaki miskin yang Trisha jumpa pada hari Trisha jumpa lelaki itu?" Tanya Maira.
"Tidak silap Trisha.. Lelaki itu tinggi sedikit, Muka dia nampak nervous dan dia cakap dalam keadaan takut-takut sahaja dan Trisha jumpa dia pada hari kedua.. Dan pakaian dia memang selekeh tapi baju dia rapi macam orang kerja office, kemeja kerja itu... Tapi kenapa Maira?" Trisha menceritakan Watak lelaki miskin yang dijumpainya pada hari kedua itu.
"Sebab.. Yang Maira jumpa ini.. Orangnya kacak, Juga tinggi, Tersenyum manis, Macam kacukan orang putih, Tutur bahasa sopan, Tenang, Baju dia macam baju design yang tak terdapat di tempat ini. Dan cincin dia bagi untuk mengahwini orang yang sepatutnya pula berbentuk rotan buluh dihiasi dengan manik berlian kecil-kecil.. Kemudian Maira jujur dengan dia yang semua ini palsu! Maira tanggalkan cincin itu kemudian berikan cincin itu semula padanya dan Maira lari tinggalkan dia seorang diri. Maira tak sanggup lagi tipu dia..!" Maira menerangkan apa yang berlaku saat dia bersama dengan lelaki itu.
"Maira ada tanya namanya tidak?" Tanya Rashid pula yang turut ikuti perbualan adiknya dan Maira.
"Itu sebab lah Maira tanya Trisha, Kalau identiti lelaki ini sama kita boleh tahu nama.. Waktu itu Maira terpaksa berbohong sehingga nama pun Maira lupa menanyakan tetapi dia dah tahu nama Maira.. Macam mana ini?" Maira menjadi risau, Kalau-kalau mereka mencarinya untuk menuntut apa yang telah dia lakukan pada lelaki itu.
"Trisha nanti kita pergi rumah orang itu, Kemudian kita cari lelaki yang Trisha jumpa, Kemudian kita bawa Maira untuk pastikan apakah lelaki yang sama Trisha jumpa hari kedua itu orang yang sama atau pun tidak..? Okay sekarang..! Ikut abang pergi jumpa kawan abang, Dia ada store yang luas di rumahnya tidak ada sesiapa yang duduk, Kecuali abang yang selalu datang ke situ untuk melepak dengannya... Jadi itu tempat tinggal kita buat sementara ini.. Jom!" Sebagai abang pada Trisha dan juga Maira adalah menjadi satu tanggungjawabnya untuk menjaga mereka, Walaupun Maira bukan adiknya tetap dia menganggapkan Maira juga adiknya.
Beberapa minit kemudian Rashid tertidur sebentar selepas meninggalkan pesan pada Trisha kalau ternampak Banglo Biru, Pin point dia ada pokok Cherry seakan-akan pokok sakura.
"Hm.. Maira.. Ingat tak pasal hari yang Trisha dengan kakak Qis batuk hanya pada waktu malam?" Tanya Trisha dengan nada perlahan.
"Iya.. Kenapa..?" Tanya Maira pura-pura tidak ingat apa yang terjadi pada hari tersebut.
"Trisha minta maaf..! Kakak Qis ugut Trisha.. Kalau Trisha tidak mahu ikut perancangan Mak dan Ayah, Trisha tidak akan dapat makan dan minum selama 5 hari jadi Trisha terpaksa ikut kata-kata kakak Qis, Abang Pasha, Ayah dan Mak.. Maafkan Trisha ye... Maira.." Trisha tundukkan mukanya kerana dia berasa bersalah pada Maira yang terpaksa mengikut kehendak keluarganya..
Tiba-tiba Rashid terbangun sendiri.. Sambil berkata.. "Marilah.. Kita hampir sampai.." Rashid menunjukkan ke arah rumah tersebut selepas lampu isyarat itu.
Trisha dan Maira berpandangan.. Mereka tertanya-tanya.. Apakah.. Abang Rashid.. Mendengar perbualan mereka..? Apakah abang Rashid pura-pura tidur? Atau sengaja merehatkan mata tapi mendengar perbualan mereka... Membuatkan Trisha menyoalkannya apakah abang Rashid tidur atau pura-pura tidur? Belum sempat Trisha cuba menanyakan hal tersebut, Abang Rashid menekan loceng bas kemudian sempat senyum pada adiknya Trisha..
"Abang tau.. Atau pun tidak, Trisha tetap adik abang.. Biarpun salah ataupun tidak.. Trisha tetap adik abang.. Abang tak salahkan Trisha.. Sekurang-kurangnya Trisha jujur.. Itu yang penting.. Jangan sedih-sedih lagi.. Jom Trisha.. Maira..!" Rashid berlalu pergi diikuti Trisha dan juga Maira tanpa berkata apa-apa.
'Iya.. Trisha.. Kalau itu adalah.. Berani kerana benar takut kerana salah tidak mengapa.. Maira.. Tetap kawan Trisha sampai bila-bila..!' Maira tersenyum kecil melihat kesungguhan Rashid yang bertanggungjawab ke atasnya dan juga Trisha setelah Marzam dan Nasha membuang mereka.
'Perlukah aku teruskan? Atau berhenti di sini?' Fikiran Maira masih tertanya-tanya..
"Maira..! Cepat.. Sini! Cantik..!" Pekik Trisha yang sudah jauh meninggalkan Maira untuk melihat Banglo Biru itu, Malah mata Trisha masih terpaku melihat Banglo tersebut.
Maira hanya tersenyum melihat gelagat Trisha sudah pun seperti budak kecil melihat akuarium yang sangat besar... 'Iya.. Aku teruskan juga..'
Maira kemudian berlari mendapatkan Trisha dan juga Rashid...
Share this novel