Untukmu Verra ~ Episode 1

Fantasy Series 442

Suasana di jalan sangat sunyi, Kerana hari sudah pun malam. Dia melihat lampu jalan yang kini suram, Mungkin kerana elektrik tidak mencukupi..

'Aduh! Suasana malam di desa ini sungguh seram! Membuatkan aku mahu lari laju dan selajunya...! Tapi.. Ke mana aku mahu lari? Satu tempat pun aku tidak kenal.. Apatah lagi jiran-jiran di sini. Kawan dan keluarga, Aku tidak mempunyai apa-apa! Aduh.. Sakitnya kepala aku..'

Dia mendiamkan diri dan berdiri bersebelahan lampu jalan... Hinggalah sebuah basikal tua lalu kemudian sempat memandang sesusuk tubuh yang berdiri di situ.

'Harap-harap orang itu tidak pandang ke arah aku'

Malang yang tidak berbau.. Orang itu terkejut kemudian hilang kawalan akhirnya jatuh sambil menjerit.. "Haaaa... HANNTUUU!!!"

Dia kemudian menepuk dahinya.. 'Dah agak!' Dia terus berlari dan menghampiri orang itu dan hatinya mulai berkata-kata 'Lah... Pangkat pak cik rupanya, Hmm.. Dari jauh tadi nampak macam orang muda-muda sahaja, Oh.. Aku salah tafsir kali ini..'

Dia segera membantu pak cik itu, Tetapi pak cik itu terus ketakutan dan menutup matanya sambil berkata-kata.. "Tolong jangan kacau aku!! Aku tak kacau kau!!! Tolonglah.. Pergi..!! Pergi..!!!"

Dia terus memegang tangan pak cik tersebut dan berkata.. "Pak cik.. Saya manusia lah bukan Hantu tahu.. Pak cik? Kalau hantu mana ade pegang tangan orang bukan?"

Pak cik itu merasakan ada orang yang memegang tangannya, Lalu dia pantas menepis tangan perempuan itu dan berdalih dengan kasar... "Kau nak buat aku mati ke ape.. Ha!!? Kau berdiri sebelah lampu dengan pakaian buruk kau ini..?! Aku ingat di desa ini pun masih ada orang bela hantu!! Kau tahu tidak!!?" Dan sempat lagi dia mendengar pak cik itu membebel-bebel tentang dirinya lagi.

'Hmm.. Mungkin betul lah cakap pak cik ini. Dah kenapa lah aku berdiri macam tunggul kayu kat sini.. Kan dah kena!' Dia mentertawakan dirinya sendiri.

Tiba-tiba dia terkejut dengan suara pak cik itu yang membuatkan dia tidak memahami apa yang sedang pak cik itu cakapkan, Dia kemudian terpinga-pinga sambil bertanya lagi kerana tidak fokus apa yang pak cik itu sedang bebelkan.. "Apa dia pak cik?"

Pak cik trsebut bengang melihatnya yang tidak mendengar apa yang dipercakapkan tetapi kali ini. Pak cik itu dapat kawal perasaan marahnya.. "Kamu berasal dari mana? Pak cik tak pernah pun lihat kamu di desa ini, Kamu tinggal di desa ini juga ke?" Tanya pak cik itu.

Dia mengaru-garu kepalanya sambil menjawab.. "Hmm.. Saya sedar-sedar saya dah ada dalam kawasan ini, saya pun tidak ingat macam mana saya boleh berada di sini.." Dia menjawab dengan sayu.

Melihatkan muka yang sedih itu, Pak cik berkata-kata lagi.. "Rumah pak cik tidak besar mana.. Anak-anak pak cik 2 lelaki, Dan 2 perempuan. Kalau kamu nak tinggal bersama dengan kami, Pak cik boleh bagi duduk tetapi dengan syarat kamu mesti tolong pak cik dan mak cik buat kerja dekat rumah dan ada masa untuk tolong kami uruskan rumah yang tidak sebesar mana pun. Kalau nak ikut pak cik lah, Kalau tak nak kamu berdiri sahaja lah dekat sebelah lampu jalan itu lama-lama sampai mati!' Sambil mengayuh basikal tuanya perlahan-lahan.

Dia menyumpah-yumpah pak cik itu didalam hatinya.. 'Ikhlas..!! Ha..! Ikhlas tapi jauuuuuuuuhhh nun sana....' Belum sempat dia menyumpah lagi.

Pak cik itu menjerit dari jauh... "Hoi.. Kamu nak ikut ke tidak mahu ini? Kalau hendak ikut.. Cepat sikit! Terhegeh-hegeh!" Pak cik itu sedang menunggunya dari jauh. Tanpa berfikiran panjang dia berkejar dengan pak cik tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience