Untukmu Verra ~ Episode 2

Fantasy Series 442

"Apa nama kamu?" Tanya pak cik sambil memasukkan basikal tuanya di dalam garaj.

"Nama saya.." Dia terhenti seketika, Sesaat pintu rumah terbuka, Pak cik itu tidak menghiraukan perkenalan perempuan itu. Kemudian dia berlalu terus masuk ke rumah, Tanpa berfikiran panjang. Dia juga mengekori pak cik itu.

Pak cik itu kemudian memandang ke arahnya untuk memperkenalkan dirinya.. Seorang wanita dengan gembira ingin menyambut kehadiran suaminya tetapi dia terpandang akan wanita di sebelah sisi suaminya. Ingin dia marah pada wanita itu, Wanita tersebut menuju ke hadapan kemudian Memperkenalkan dirinya..

"Hai.. Saya Maira!" Dengan suaranya sedikit kuat itu memecahkan kesunyian di dalam rumah tersebut, Penghuni rumah itu memandang satu sama lain. Kemudian isteri pak cik tersebut ingin sahaja dia menjerit padanya tetapi pantas dihalang oleh pak cik yang menjumpai Maira, Maira mendiamkan dirinya sahaja.

Pak cik itu menyuruh isterinya mengekorinya ke dapur dengan pantas si isterinya menanyakan siapakah wanita itu.. "Halau sekarang perempuan itu! Itu siapa hah..!!? Perempuan lain ye? Awak nak kena hempuk lagikah dengan periuk nasi itu..?!" Panas sungguh hati isterinya akan perbuatan suaminya.

Suaminya cuba menenangkan isterinya.. "Dengar..! Ini satu-satunya jalan untuk membuat perempuan itu berkahwin dengan lelaki bujang yang miskin di hujung desa itu..! Jadi anak perempuan kita yang lain selamat dan anak kita dapat berkahwin dengan Tuan Muda Iqbal itu!" Rancang si suami pada isterinya dengan gembira sekali, isterinya kemudian berfikir semula dan juga bersetuju dengan rancangan suaminya.

Suami isteri itu kemudian datang kembali kepadanya kemudian menyambut tetamu itu.. "Oh.. Kamu Maira ye..? Jemput masuk lah Maira, Maaflah.. Macam-macam ribut dekat rumah ini. Saya pun selalu jadi stress hari-hari macam begini.." Mak cik itu mengurut-urut kepalanya yang tidak terasa sakit.

Pantas seorang gadis yang mesra dengan tetamu datang ke hadahapannya.. "Hi.. Saya Trisha.. Sara Trisha.. Dan.." Trisha terhenti berkata bila melihat semua penghuni di rumah iaitu kakak, Abang dan adik semua tidak mahu menyapa tetamu yang datang ke rumah mereka. Akhirnya Trisha mengenalkan satu per satu antaranya.. "Yang duduk di ruang tamu itu, Abang Pasha atau nama penuhnya Parish Pasha, Yang perempuan pegang buku itu kakak Qis atau nama penuhnya Ora Qis dan seorang lagi abang saya itu tengah mandi baru sahaja balik dari kerja itu nama penuhnya Que Rashid, Abang Rashid.. Dan yang Maira panggil pak cik ini adalah ayah kami nama penuhnya Mohd Marzam dan ibu kami pula nama penuhnya Nur Nasha.. Dan nama penuh Maira pula apa?" Trisha menceritakan dari pertama hingga akhir.

"Nama panggilan saya.. Maira dan nama penuh saya Umairah! Tidak ada panjang dan tidak ada pendek, Hanya satu nama sahaja iaitu Umairah.." Maira menceritakan satu namanya sahaja.

"Oh.. Kalau macam begitu saya panggil awak.. Maira lah.. Okay?" Tanya Trisha gembira berkenalan dengan Maira, Tetamu mereka.

"Kalau macam itu.. Saya panggil awak Trisha jugalah.." Trisha dan Maira kemudian menjadi kawan baik dan buat pertama kalinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience