Untukmu Verra ~ Episode 4

Fantasy Series 442

[ Majlis Perkahwinan Iqbal Ikmal & Maira ]

'Hmm.. Maira? Aku rasa orang pertama aku jumpa itu Qis.. Dan.. Orang kedua Trisha.. Dan orang yang ketiga Maira? Aku cuma tahu dua orang sahaja, Maira.? Siapa Maira ini..?!' Pembantu peribadinya masih termanggu-manggu siapakah 'Maira' yang dijumpai oleh Tuan Muda Iqbal?

"Akhirnya.. Anak mama ini.. Dan perkahwinan ini menjadi kenyataan ye, Iqbal.." Mamanya memandang tajam ke arah anak sulungnya, Iqbal yang masih belum mencari jodohnya dan ini adalah kali ke-45 mamanya mencarikan jodoh untuknya.

"Iye.. Mama.. Jangan risau..! Semuanya akan berjalan dengan lancar.. Okay..? Mama Iqbal hendak pergi ambil dia sekarang..!" Iqbal sempat mengerling jam dinding dan bergegas terus ke tempat pertemuan mereka.

Mamanya tersenyum sendirian dan terharu akan anaknya, Iqbal yang sudah mulai belajar erti perhubungannya dan juga bakal isterinya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tercungap-cungap Iqbal kembali ke pondok terakhir pertemuan mereka semalam, Semuanya seakan sekejap baginya.. Ya..! Kerana dia cuma datang pada hari ketiga pertemuan itu.. Kerana itulah semuanya terasa sekejap untuk pertemuan itu..

"Maaf! Saya terlambat sedikit..!" Iqbal meminta maaf pada Maira kerana sesak jalan dan lalu lintas untuk ke pondok 'bunga awan' itu. Dia pula melihat Maira tersedu sedan sendirian, Iqbal menanyakannya.. "Kenapa ini..?" Tanya Iqbal risau akan Maira, Takut mengapa-apa.

Maira memohon ampun dan maaf pada lelaki tersebut.. "Apakah awak memaafkan saya? Saya tidak sanggup menipu lagi dan tidak sanggup menggantikan tempat orang lain.. Saya rasa saya tidak patut jumpa keluarga ini, Patut saya di biarkan sahaja di pinggir jalan dan menjadi Homeless..! Saya minta maaf sangat-sangat encik..!" Maira kemudian berdiri dan mencabutkan cincin yang lelaki itu berikan padanya awal pagi semalam kemudian tergesa-gesa memberikan semula pada lelaki itu kemudian melarikan diri.

'Apakah aku ditipu hidup-hidup???!! Arghhhhh!! Sanggup mereka guna orang lain untuk kepentingan sendiri??! Semata-mata hendak berkahwin dengan aku???!!! Tak guna!!!' Iqbal mengengamkan cincin yang diberikannya pada Maira. Kemudian berlalu dari situ dengan keadaan marah..!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tengah sibuk-sibuk papanya menguruskan penghantaran Card Gift untuk perkahwinan hari keduanya, Dia melihat Iqbal menuju ke arahnya dalam keadaan marah..

"Huh.. Iqbal? Mananya bakal isteri kamu?" Tanya papanya yang ingin menandatangani kad perkahwinan mereka selepas hari perkahwinan ini yang perlu bertemu dengan keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan berkenalan satu sama lain.

Iqbal sempat merampas dan mengoyakkannya di hadapan semua orang. Pantas Iqbal menyuarakan kemarahannya itu.. "Batalkan!!!! Semuanya!!!!!!" Iqbal menghempaskan apa sahaja di hadapannya kemudian naik ke biliknya dengan perilaku yang sangat-sangat marah.

"Apa dah terjadi dengan abang, Mama? Tiba-tiba panas baran semacam.." Tanya anak-anaknya yang lain.

"Biar papa tengok dulu, Kalau ada apa masalah kita batalkan.. Kalau ada apa-apa berlaku itu baru kita tangguhkan" Arah papa pada anak-anaknya yang lain turut raikan si abang mereka.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Iqbal! Ini papa.." Papanya masuk ke bilik anaknya, Hampir semua barang di dalam biliknya berterabuh kerana bengang dengan apa yang berlaku beberapa jam yang lalu selepas dia meninggalkan rumahnya. Papanya menghelakan nafasnya kerana tidak pernah anak sulungnya baran sampai sebegitu rupanya sekali.. Pasti ada apa-apa yang sedang berlaku antara anaknya dengan bakal isteri pada anaknya.

"Cerita dekat papa.. Apa yang berlaku, Cerita dari pertama dan terakhir.. Cerita pada papa sahaja.. Apa yang terjadi sebenarnya..?" Tanya papanya yang mengambil berat tentang perkahwinan anak sulungnya.

Akhirnya Iqbal membuka mulut jua, Janji rahsia itu antara dia dan papanya sahaja.. "Janji?! Papa jangan cerita dekat mama tahu?!" Iqbal mahu papanya berjanji tidak memceritakan halnya pada mamanya. Tahu sahaja dia, Mamanya membuat kejutan apa pun tidak pernah berbincang dengan anak-anak lain. Tetap juga tidak ada siapa berani mahu melawan mama mereka.

"I swearing for everything.. Except one thing you actually you already know but forget it.. I still swear for everything not to telling everyone about this.. Now tell me.. What happens?"

Iqbal mengangguk berkali-kali dia memahami maksud papanya siapakah yang dikecualikan itu.. Iqbal memulakan ceritanya.. "Mulanya mama dapatkan jodoh untuk Iqbal tetapi Iqbal sangat-sangat tidak berminat walaupun dah 44 kali dah Iqbal Reject tetap juga mama carikan. Jadi Iqbal tidak mahu bebankan mama, Iqbal terima buat pertama kalinya tetap kiranya yang ke 45, Jadi Iqbal minta Azmin yang pergi jadi diri Iqbal dan berpura-pura mengatakan Iqbal adalah lelaki bujang yang tinggal di hujung desa. Tujuan Iqbal berbuat begitu adalah kerana Iqbal hendak tahu niatnya.. Iqbal terima kalau dia adalah bakal isteri yang baik untuk Iqbal, keluarga dan semua orang di dalam rumah. Papa tahu? Iqbal sangat berminat buat kali pertamanya selepas Azmin tidak dapat bantu Iqbal lagi. Jadi Iqbal beranikan diri untuk berjumpa dengan bakal isteri Iqbal. Dan Iqbal sukakannya dari pandangan pertama.. Papa tahu? Pada hari ini berita mengejut itu berlaku..!"

Papanya khusyuk mendengar cerita anaknya.. Buat pertama kalinya juga dia berasa bangga pada anak sulungnya yang tertarik pada seseorang buat pertama kalinya..

Iqbal menarik nafasnya kemudian menyambung semula ceritanya.. "Keluarga yang mama carikan itu menghantar orang lain dan menggantikannya untuk berjumpa dengan Iqbal tahu? Mereka kejar harta sahaja!! Dengan atas nama Iqbal! Itu yang Azmin ada cerita semasa dia menggantikan Iqbal dua hari itu. Tetapi selepas Iqbal berjumpa buat pertama kalinya wanita di hadapan Iqbal.. Iqbal sangat menyukainya kerana hati budi bicaranya dan keikhlasannya juga kejujurannya.. Membuatkan Iqbal tersentuh dan Iqbal tidak mahu lagi mencari orang lain selain dialah..! Hanya dia yang Iqbal mahu.. Iqbal tidak mahu orang lain..! Iqbal hendak dia sahaja! Dia orang pertama dan pertama kalinya yang Iqbal berjumpa.. Dan dia bukan daripada keluarga itu tetapi dia Homless yang hidup di sisi jalan yang dijumpai oleh mereka untuk menggantikan dia di tempat orang yang tidak mahu berjumpa dengan Iqbal! Maksud Iqbal.. Iqbal hantar Azmin.. Jadi fikiran mereka itu ingat.. Perjanjian itu adalah untuk bersama dengan lelaki bujang di hujung desa.. Itu yang Iqbal maksudkan.." Iqbal lega melepaskan kesemua masalah pada papanya..

"Papa faham..! Baiklah..! Serahkan semua ini pada Mama kamu.. Kerana.. Mama kamu yang merancang perjumpaan itu dan biar papa dan khalicha cari wanita misteri itu.

Belum sempat Iqbal ingin memberi tahu siapakah wanita misteri itu, Muncul satu suara yang mendengar dari mula hingga akhir di sebalik pintu bilik Iqbal..

"Siapakah nama wanita yang sudah mencuri hati anak mama ini?" Mamanya tiba-tiba muncul di balik pintu, Mereka sudah faham benar.. Memang tidak dapat merahsiakan seperkara itu daripadanya.

"Namanya.. Maira, Mama.. Papa.." Iqbal tersipu-sipu malu menyebut nama Maira.

Mama dan papanya berpandangan sahaja melihatkan Iqbal bertukar angin yang tadinya marah kemudian gembira apabila menyebut nama wanita itu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience