~This is the BEGINNING, To start the NEW games, To HUNT all of them!~
"Apa..! Ye.. Baiklah.." Datuk Adam mematikan telefon bimbitnya.
"Sekarang macam mana Datuk Adam? Teruskan.. Atau batalkan?" Tanya Rashid, Trisha juga ingin tahu jawapan dari Datuk Adam.
"Kita terpaksa tangguhkan dulu, Tetapi saya tidak akan senang-senang tangguhkan seperti itu.. Saya nak kamu berdua pura-pura panggil saya daddy okay? Saya mahu melihat anak-anak saya itu mahu kembali ke rumah atau pun tidak.." Rancang Datuk Adam pada Rashid dan Trisha. Rashid dan Trisha tersenyum kambing kemudian berpandangan.
"Elok juga itu Datuk Adam, Lagipun kami juga mahu melihat reaksi ibu bapa kami. Agak-agak jadi apa ye..?" Rashid pura-pura berfikir seperti orang yang tidak memahami tindak-tanduk keluarganya, Trisha juga bersetuju sakan dengan rancang Datuk Adam dan juga Abang Rashidnya.
Datuk Adam, Rashid dan juga Trisha berjalan bersama ke pentas saat pengacara yang mengiring majlis itu berucap..
"Para Hadirin sekelian yang hadir ke majlis Penyerahan generasi terakhir VV di dalam laporan ini, Kami diberitahu bahawa generasi terakhir VV tidak dapat di kesan!" Balas pengacara yang mengendalikan majlis itu.
'Oh.. Verra..! Apakah kamu benar-benar tiada lagi di dunia ini?'
Seorang wanita dalam lingkungan berumur 40 tahun itu menahan sebaknya, Kerana dia berfikir anaknya sudah tiada lagi di dunia ini, Dengan bertemankan suaminya mereka ingin berlalu pergi dari situ, Kemudian langkah mereka terhenti bila pengacara itu meneruskan percakapannya..
"Tetapi..! Majlis penyerahan generasi terakhir VV ini terpaksa ditangguhkan dahulu, Kami menerima laporan terbaru yang mengatakan disini..... Generasi terakhir VV masih hidup tetapi masih belum tahu di mana keberadaannya.. Mereka yang mencarinya masih berusaha sehingga kini, Terdapat maklumat yang terjumpa dan ternampak generasi terakhir VV beberapa bulan yang lalu. Majlis ini akan ditangguhkan terlebih dahulu, Kepada pihak yang menjaga penyerahan generasi terakhir VV diberi tempoh selama 3 hari untuk pencarian generasi terakhir VV ini. Sekian sahaja dari pihak penyerahan generasi terakhir VV" Kemudian pengacara majlis itu berlalu pergi dari pentas, Sempat tersenyum kecil pada Datuk Adam akan rancangan mereka pula.
Tiba-tiba muncul Rashid dan Trisha ke hadapan pentas sambil itu mereka berdua memegang microphone dan masih 'ON' mereka berdua berpura-pura berkata-kata berdekatan dengan microphone...
"Mana daddy ini.. Bukan katanya menyuruh kita naik ke atas pentas inikah?" Tanya Trisha kebingungan.
"Ya.. Benar sekali itu Trisha.. Abang pun tidak tahu ke mana daddy kita..!" Balas Rashid pula pada adiknya.
"Siapa pula mereka itu..?" Berbisik-bisik tetamu yang hadir melihat drama itu.
Seorang daripada mereka bangun dan ke hadapan pentas, Kemudian bertanya pada anaknya..
"Kenapa kau berdua di sini?" Tanya Nasha pada anak-anaknya.
"Siapakah kamu?" Tanya Trisha pura-pura bingung.
"Trisha.. Jangan main-main..! Ini mak.. Mak Trisha tahu? Rashid..! Kenapa dengan adik kamu ini?" Tanya Nasha cemas bila melihat anaknya tidak mengenalinya lagi.
Rashid menolak mak mereka kemudian menarik tangan adiknya, Rashid kemudian bercakap kasar pada maknya.. "Kami ada keluargalah.. Apa ingat kami anak miskin?" Balas Rashid pada Maknya dengan angkuh dan sombong, Kemudian satu suara lantang dan kuat terjah ke pentas memarahi mereka kerana tidak kenal keluarga mereka sendiri, Segera juga Datuk Adam datang menghuraikan pergaduhan di pentas.
"Apa yang kecoh-kecoh ini?" Tanya Datuk Adam pada Rashid dan Trisha. Serentak Trisha dan Rashid terus memanggil Datuk Adam dengan panggilan mesra iaitu.. "Daddy!!" Terus mereka berdua berdiri di belakang Datuk Adam kerana takut akan pada wanita itu.
"Trisha takut daddy.. Mak cik ini beritahu yang Trisha anak dia.." Trisha menangis bukan sebab takut tapi mereka berbuat sedemikian kerana mahu ibu bapa mereka tersedar dari mimpi yang indah itu.
"Kamu tahu tidak? Kamu sudah membuat anak-anak saya takut dan menangis gara-gara kamu?!" Datuk Adam tunding jari pada wanita itu, Kemudian memujuk Trisha.. "Sudah.. Sudah... Mari kita balik.. Maira juga sudah tunggu kita dirumah.. Mari.." Datuk Adam, Rashid dan Trisha berlalu pergi.
Mereka juga sempat mendengar suara teriakkan mak mereka menjerit memanggil nama anaknya. Marzam terus mendapatkan isterinya tetapi Nasha terus menepis suaminya dan ingin sekali dia meminta maaf pada anak-anaknya itu kerana membuang mereka dari keluarga sehingga anak-anaknya lupa siapa ibu bapa kandung mereka sebenarnya.
'Maira?' Serentak dari keluarga penjaga VV dan serentak dari keluarga kandungnya Verra, Begitu juga keluarga penjaga Garden VV.
Berita itu sangat mengemparkan seluruh tetamu yang mendengarnya, Sehingga tertanya-tanya siapakah 'Maira'
~I can't solved this problem alone, But I need all of you to help me.. To solved this problem..!~
"Tidak mengapakah kita buat seperti begitu?" Tanya Rashid berjalan bersama Datuk Adam sambil memujuk adiknya Trisha yang masih menangis kerana merindukan keluarga mereka.
"Kita perlu adakan acara ini kalau tidak. Mereka akan mencurigai kita..!" Balas Datuk Adam pula.
Muncul ketiga-tiga anak Datuk Adam di hadapan mereka bertiga.
"Kamu berdua tunggu daddy di dalam kereta, Kejap lagi daddy datang.." Balas Datuk Adam pada Rashid dan Trisha. Mereka berdua akur kata-kata itu.
"Tidak akan kekal lama kau berada di rumah itu!" Sindir Carl pada Rashid yang berselisih. Rashid hanya mendiamkan diri dan berlalu pergi dari situ.
"Daddy cari anak angkat baru nampaknya.." Dania pula bersuara berbaur sindiran kepada ayahnya.
"Daddy dah lupakan kita bertiga mana taknya.." Kali ini Edward pula sindir daddynya.
Datuk Adam datang ke hadapan mereka bertiga kemudian memberikan kata-kata yang boleh menyakitkan hati mereka...
"Saya tidak ada anak-anak yang menginginkan harta pusaka generasi terakhir VV, Saya tidak ada punya anak yang tamak akan harta orang yang dijaga dari dulu dan sekarang ini.. Dan saya ada anak kasih pada ibu bapanya, kenapa anak-anak daddy bertanya kenapa kami berdua lebih kasih pada Fara? Bukan kerana Fara anak yang baik tetapi Fara adalah anak bertanggungjawab terhadap kedua ibu bapanya.. Anak-anak lain buat apa? Makan, Tidur sahaja yang tahu..? Bila tiba hari penyerahan generasi terakhir VV sahaja berbuat baik pada kami? Tidak sama sekali.. Dengar..! Kalau kamu adalah anak kami, Mahu ke pangkuan kami semula, Menerima adik angkat kamu itu dan ingat akan kami... Sentiasa.. Kembalilah kepada kami.. Kami tetap jugak merindui anak-anak kami yang dah lama meninggal rumah.." Sambil memegang ubun-ubun kepala mereka dan menyentuh pipi mereka, ingin sekali dia memeluk anak-anaknya tetapi tidak berdaya. Air matanya sudah mulai jatuh melihat anaknya yang iri hati pada 'anak' angkat itu dan kerana harta VV.. Kemudian Datuk Adam berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga.
"Da.." Dengan nada sebak di dadanya, Carl terduduk. Dania menangis sembunyi dan Edward berasa bersalah dengan tindakannya sebelum ini yang telah pun menyakitkan hati kedua ibu bapanya, Kalaupun mereka ada harta tetapi ibu bapa tidak dibahagiakan tetap mereka akan merasa semuanya itu tidak berguna juga!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Abang.. Trisha.. Rashid.. Tidak ingat pada saya bang, Silap abang..!!! Ini semua silap abang!!! Halau mereka..!!" Nasha menangis teresak-esak sambil memukul suaminya kerana Rashid dan Trisha tidak mengingatinya ibu yang mengandungkan mereka..
'Ye..! SALAH AKU..!!! Aku patut buang Maira sahaja bukan dengan anak-anak aku sekali..!!!' Marzam menyalahkan Maira yang cuba memecah belahkan keluarganya.
"Ahem..!! Encik Marzam.. Saya dengar juga yang kau dan keluarga kau membuang anak-anak kau dan Maira sekali??! Kau dan keluarga kau memang tidak layak jadi penjaga Garden VV tahu?!" Iqbal kemudian pergi dari situ bersama-sama keluarganya.
'Arghhhhh?!!!! Maira dan Maira sahaja yang menjadi sebutan hangat sekarang ini..!!!!' Marzam semakin berasa tersepit dengan semua kejadian selepas satu per satu perkara terjadi.
Share this novel