Untukmu Verra ~ Episode 11

Fantasy Series 442

"Kita ikut keluarga penjaga Syarikat Terbesar VV, Bang.. It would be.. We can still find her too, But low profile including.. It might be suspicious to them and us..!" Balas wanita lingkungan 40 tahun itu pada suaminya.

[ Rumah Datuk Adam ]

"Aik.. Sunyinya rumah ini? Mana pergi semua orang?" Tanya Trisha.. Rashid dan Datuk Adam mulai cemas, Datuk Adam menjerit di luar memanggil-manggil keluarganya dan juga Umairah. Takut-takut seperkara telah pun berlaku di rumahnya.

Yang keluar dari pintu rumah itu adalah Fara.. Serentak dari Datuk Adam dan Rashid menyebut nama 'Fara' bila melihat Fara yang menyambut mereka bertiga.

Fara tergelak melihat gelagat Daddynya dan Rashid kerana mereka berdua terlalu risau takut apa-apa yang terjadi pada keluarga Fara dan Umairah, Fara kemudian berlalu masuk ke rumah.

"Apa dah jadi..." Percakapan daddynya terhenti bila melihat ke semua pembantu rumah dan pembantu diluar rumah berada di dalam rumahnya, Datuk Adam mengarahkan mereka untuk terus menjaga rumah tetap tidak berganjak langsung dari mereka.

"Daddy.. Sebenarnya.." Fara terhenti cakapannya kemudian mendengar seseorang turun dari tangga atas, Semua pembantu di dalam rumah dah di luar rumah tunduk hormat pada seseorang yang turun dari tangga itu. Apalagi spontan terus dari Datuk Adam, Rashid juga Trisha tunduk hormat juga.

"Oh.. Dah balik.. Rashid dan Trisha saya nak jumpa kamu berdua di bilik tetamu, Tunggu di sana ya.. Saya uruskan dulu mereka di sini" Arah suara yang amat mereka kenali itu, Rashid dan Trisha akur mendengar arahan itu dan berlalu ke bilik tetamu.

"Baiklah.. Kepada pembantu rumah dan pembantu di luar rumah yang saya hormati sekalian.. Saya Umairah Verra, Generasi terakhir VV ataupun UV.. Tetapi ingat! Hanya di hadapan saya sahaja kalian semua boleh memanggil saya dengan panggilan nama betul saya, Jikalau ada orang selain seisi rumah ini kamu wajib memanggil saya Maira sahaja, Untuk mengelakkan sebarang kesulitan atau sesuatu situasi itu.. Saya memberikan tugasan ini, Untuk kamu semua mengelak dari bergosip dengan orang di luar sana yang tidak tahu apa-apa cerita sebenar, Dan jika ada sebarang masalah segera cerita pada mereka ini iaitu.. Datin Batrisya, Datuk Adam dan Cik Fara. Bukan pada orang lain.. Biarpun kawan-kawan, Ahli keluarga ataupun orang yang mengenali mereka ini.. Ingat hanya pada.. Datin Batrisya, Datuk Adam dan Cik Fara sahaja kamu perlu menceritakan sepanjang apa yang berlaku di dalam rumah dan di luar rumah biarpun perkara itu agak sulit untuk diberitahu, Faham? Kalau faham boleh bersurai dan memulakan kerja seperti biasa..!" Arah Verra pada pembantu rumah dan pembantu di luar rumah itu.

Kemudian berpaling memandang Fara, Batrisya dan Adam.. "Saya hendak berjumpa dengan Kak Fara, Datin Batrisya dan Datuk Adam selepas selesai saya bercakap dengan Rashid dan Trisha.." Balas Verra pada mereka bertiga.. Fara, Batrisya dan Adam akur dengan kata-kata Umairah Verra.

~Because all of you believe on me and trusted towards me, I am so glad that i was not alone!~

"Rashid.. Trisha.. Aku gembira kau orang tidak apa-apa" Verra baru tersedar yang Rashid dan Trisha masih tunduk hormat padanya.

"Bangun dan duduk.. Dan panggil saya dengan panggilan Maira bila berhadapan situasi yang tidak pasti boleh?" Tanya Maira.

Mereka berdua tidak angguk dan tidak mengeleng, Membuatkan Maira terpaksa buat muka kesian. Akhirnya Rashid dan Trisha mengalah dengan permintaan Verra itu, Mereka bersetuju untuk meneruskan permintaan Umairah Verra.

"Hajat apa yang membuatkan Maira ingin berjumpa dengan kami?" Tanya Trisha pada Maira.

"Thank you Trisha, Call me Maira..! I am so glad about that..!" Kemudian muka Verra dari gembira terus bertukar serius..

"Ahem..! Trisha saya nak tanya, Awak okay tidak kalau bantu saya untuk berjumpa dengan lelaki hari ketiga yang saya jumpa itu? Saya cuba merungkaikan maksud ibu saya.. Saya rasa ada kaitan antara lelaki itu dan keluarganya, Saya perlukan kepercayaan orang lain untuk mencari siapakah orang yang telah membunuh kedua ibu bapa saya.. Boleh?" Maira bertanya pada Trisha, kalau Trisha boleh menolongnya.

"Aku akan bantu kau Maira.. Sebab kau adalah kawan pertama aku dan kawan yang datang dalam hidup aku, Tanpa kau.. Aku tidak berani seperti sekarang ini..! Maira memeluk Trisha dan Trisha juga membalas pelukkan Maira juga.

"Panggil saya pula sebab apa ye Maira?" Tanya Rashid sedikit kekok bila berhadapan dengan Umairah Verra generasi terakhir VV.

"Saya berharap Rashid boleh bantu saya, Suspek pertama yang susah di'comfirm'kan oleh. Pak cik Lan, Datin Batrisya dan Ibu saya, Memberitahu ibu bapa Rashid dan Trisha ada pada masa kejadian mengejar dan membunuh ibu bapa saya. Saya tidak mahu menuduh! saya cuma mahu bukti yang lebih kukuh untuk menangkap orang yang menyuruh mereka melakukan kesalahan.. Saya pasti ada orang atasan yang memberi arahan pada mereka dan menjanjikan sesuatu supaya mereka berbuat demikian.. Saya rasa pihak atasan itu adalah keluarga penjaga VV dan atas apa... Sebab-sebab mereka sedaya upaya untuk mengahwinkan anak mereka pada orang yang menjaga VV itu.. Pasti ada sebab bukan? Kerana itu saya panggil Trisha dan Rashid, Untuk bantu kes saya ini..." Belum sempat Maira menghabiskan ayatnya Rashid menyampuk..

"Sebenarnya Maira.. Saya pun perasan berkenaan perkara itu, Saya tidak syak langsung mereka buat perkara sebegitu rupa..! Jangan risau Maira tidak perlu minta tolong pun saya akan tetap tolong Maira mereka sudah terlalu mementingkan diri sendiri dari orang lain..!" Balas Rashid dan menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan apa-apa, Trisha juga turut bersetuju dengan pendapat abangnya itu, Maira terharu kerana mereka masih mahu membantu walaupun dia berasa sedih bila dia menceritakan tentang ibu bapanya juga turut terlibat sama.

Maira turun dari tangga sepantas yang boleh kemudian berdalih kerana lama menunggu..

"Maaf menunggu lama..!" Balas Maira.

Maira mendapati ada orang lain bersama-sama dengan Datuk, Datin dan Fara, Maira memperlahankan langkahnya. Mereka bertiga hanya mendiamkan diri sahaja, Akan kerana 3 orang bersama mereka, Diikuti Rashid dan Trisha berhenti ketawa selepas melihat tetamu yang datang itu.

"Jadi.. Kamu bertiga adik angkat kami yang daddy and mummy ambil?" Tanya Carl sambil meneliti 3 beradik di hadapan mereka.

"Berdua!" Trisha ke hadapan Maira. Trisha sambung lagi.. "Sara ke belakang, Please..!" Balas Trisha pada Maira, Trisha sedaya upaya melindungi Maira.

Trisha berpaling memandang 3 beradik di hadapannya pula.. "Hai! Saya Maira..!" Trisha buat gerak geri yang sama seperti dia mengenali kawan pertamanya itu.

'Trisha..!' Maira memandang sayu pada Trisha, Rashid juga tidak dapat berbuat apa-apa.

"Maira? Saya rasa.. Saya ada nampak awak di atas pentas, Dan wanita yang mengaku dirinya ibu awak itu apa betul awak Maira ataupun palsu Maira?" Pertanyaan serius Carl pada Trisha.

"Ianya palsu semata-mata! Kerana mereka mahu mengahwinkan saya pada keluarga Penjaga VV, Yang bernama Iqbal Ikmal! Tetapi saya menolak kerana saya tidak mahu menipu lagi!" Trisha tetap mahu meyakinkan Carl akan dirinya adalah Maira sebenar.

'Iqbal??! Saingan aku itu!! Jadi dia lebih memilih wanita di hadapan aku ini selain wanita lain? Aku..! Tidak akan melepaskan peluang ini!! Kau tunggu Iqbal!' Hati Carl berbicara sendiri dia kemudian tersenyum sendirian.

"Maira..! Aku akan benarkan adik dan abang kau tinggal bersama dengan aku dirumah ini, Tetapi.. bersyarat!" Balas Carl pada Trisha.

"Apakah syaratmu itu?" Tanya Trisha.

"Kau perlu berkahwin dengan aku sekarang juga! Kalau kau dapat mematuhi syarat aku ini..! Aku masih boleh memberikan kau masa untuk kau berbincang dengan Abang dan adik kau.." Kemudian Carl berlalu dari situ.

Maira, Trisha dan Rashid kembali ke bilik tetamu itu...

"Apa yang kau dah buat ini..?" Tanya Rashid risau akan pada adiknya.

"Saya sudah bersedia abang!" Balas Trisha dengan yakinnya.

*Masalahnya sekarang.. Kalau perkara itu terbongkar, Kau yang akan tersakiti.. Tahu?*

Maira berbisik pada Trisha cukup di dengari oleh mereka bertiga sahaja di dalam bilik tetamu itu.

"Betul kata Maira itu Trisha..!" Disokong oleh Rashid pula.

*Ini sahaja jalan kita yang ada, Untuk terus tinggal di sini*

Balas Trisha, Masih mahu meneruskan rancangan itu.

"Tetapi!!!" Maira menurunkan nada suaranya..

*Cara dia itu seperti cuba bersaing dengan Iqbal Ikmal, Selepas Trisha bercerita berkenan perkara itu, Dia tersenyum lebar tahu..? Dia pasti akan menunjukkan 'Maira' pada Iqbal Ikmal, Dan Iqbal Ikmal seorang sahaja nampak muka Maira ini bagaimana rupanya. Kalau dia tahu kamu ini palsu apa yang perlu kita buat?*

Ingatan Maira kembali giat memikirkan tentang apa yang berlaku di sekelilingnya, Jadi dia faham benar situasi yang akan menimpa Trisha nanti antara lambat atau cepat perkara itu berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience