Qis dan Trisha terbatuk hingga boleh mendengar dari luar bilik masing-masing. Maira juga hairan mengapa perlu dia diiringi ke bilik tetamu yang berada di tingkat 2 itu, Sampai perlu singgah ke tingkat 3 pula? Maira cuba untuk bercakap sesuatu, Pantas Mak cik Nasha membawa dia turun ke tingkat 2 semula. Kemudian menceritakan apa yang terjadi dengan anak perempuannya.
"Mak cik sebenarnya.. Dah tidak tahu hendak fikir macam mana lagi! Doktor yang datang pada malam pun tidak dapat tahu apa penyakit anak-anak perempuan mak cik ini yang tiba-tiba di lewat malam hari ini. Esok pula mereka ada orang yang perlu dijumpai dan tidak dapat hadir, Lagipun pertemuan itu sangat-sangat penting. Tiada siapa lagi yang boleh menggantikkan mereka..!" Nasha sebak menceritakan perkara itu. Maira turut bersimpati pada mereka berdua..
'Kasihannya mereka..!'
"Nampaknya saya kena cari orang lain yang boleh ganti tempat mereka berdua.." Nasha berpaling kemudian berlalu pergi dari situ secara perlahan-lahan sambil tersenyum sinis pada Maira.
Maira menghentikan pergerakkan Mak cik Nasha dan bertanya kalau dia boleh membantu apa-apa sahaja.. "Saya.. Bolehkah tolong mak cik untuk berjumpa orang penting itu?" Tanya Maira, Takut pertanyaannya tidak beradab.
Dengan pantas Mak cik Nasha berjalan laju ke arahnya dan memeluknya.. "Terima kasih Maira.. Terima kasih..!" Nasha kemudian tersenyum kerana rancangan suaminya berjalan dengan lancar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tiba di awal pagi untuk pertemuan mereka pada pihak lelaki...
"Tuan Muda Iqbal.. Saya tidak beranilah hendak menggantikkan lagi ditempat tuan muda, Nanti saya dimarahi lagi oleh Datin! Saya tidak mahu kehilangan pekerjaan saya..!" Pembantu peribadinya melepaskan diri daripada genggaman Tuan Muda Iqbal.. Yang menyuruhnya untuk menjumpai tunangnya itu.
Pembantu peribadinya berjaya melarikan genggaman di lengannya, Kemudian melarikan diri sebelum Tuan Muda Iqbal dapat menangkapnya lagi. Hendak ataupun tidak hendak, Dia terpaksa juga pergi sendiri untuk berjumpa dengan perempuan yang perlu di kahwininya walaupun bukan pilihannya hatinya. Tanpa mengetahui siapakah tunangnya.. Tuan Muda Iqbal pergi begitu sahaja.
~~Pertemuan terakhir adalah sebahagian perjanjian keluarga pihak perempuan dan pihak lelaki telah lakukan sebelum berkahwin~~
Pondok 'Bunga Awan' tempat terakhir dipilih untuk kali ke-3 pertemuan mereka, Sebelum ini hari pertama dan hari kedua itu di tolong oleh pembantu peribadinya, Azmin. Kini dia pula terpaksa pergi sendiri, Salah satu silapnya adalah.. Dia tidak tahu bagaimanakah rupa sebenar bakal isterinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pak cik Marzam sedia untuk menghantar Maira ke tempat terakhir perjumpaan dengan lelaki bujang itu...
"Maira betulkah? Boleh menggantikan Qis dan Trisha? Malam-malam mereka sakit bukan sehari. Tiap-tiap malam mereka sakit, Masih tidak tahu apa sakit mereka itu. Tetapi.. Betulkah Maira boleh tolong kami?" Encik Marzam bertanya lagi, Seakan-akan dia tidak mempercayainya.
Atas sebab kasihan akan mereka.. Maira mahu menolong menggantikkan mereka, Untuk berjumpa dengan orang terpenting itu.
Maira menganggukkan kepala berkali-kali. Dia juga tidak bertanya lebih lanjut tentang pertemuan itu. Kerana dia tidak mahu Mak cik Nasha kecewa akan dirinya dan dia juga tidak mahu membuatkan Pak cik Marzam marah akan banyaknya persoalan itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~Pertemuan pertama kali antara Tuan Muda Iqbal dan Maira~
Iqbal melihat bayang-bayang seorang wanita yang sedang berdiri kemudian mundar-mandir membuatkan Iqbal tergelak kecil, Dia sengaja memperlahankan langkahnya itu. Kemudian melihat lagi pergerakan wanita itu. Ingin sahaja dia ketawa besar bila wanita itu hampir jatuh tersungkur, Sangkanya wanita itu agak Nervous dengan pertemuan itu. Tambahan lagi itu adalah pertemuan terakhir mereka.
Maira yang kemudian mendengar bunyi orang berjalan di luar segera dia mencari tempat yang selesa kemudian duduk, Tetapi juga dia kembali berdiri.. Tidak senang pula kalau duduk walaupun itu hanyalah pondok tetap sebenarnya tidak manis di mata orang lain, Akhirnya Maira memilih untuk berdiri sahaja, Sehingga seseorang terpenting terus masuk ke pondok itu.
Iqbal mengawal perangainya dan gelaknya, Dia juga tidak mahu kurang sopan pada bakal isterinya.. "Apakah awak orangnya?" Tanya Iqbal pada perempuan di hadapannya dengan serius.
'Okay! Bertenang Maira.. Tidak mengapa..! Aku akan tolong mereka juga untuk jumpa orang terpenting itu!' Maira mendongakkan kepalanya sambil menjawab.. "Ye.. Saya..!" Jawab Maira dengan yakin sekali... 'Um.. Aku dekat Perancis ke ini? Kenapa muka dia macam kacukan..??? Totally Superb!!!'
Lelaki itu terus mengeluarkan cincin tanda padanya, Sebentuk cincin tanda dibuat dari rotan buluh dan dihiasi dengan manik berlian kecil, Kemudian di sarungkan cincin tersebut pada tangan Maria tanpa menanyakan apa-apa, Kemudian lelaki itu berkata.. "Di mana pun awak berada.. Cincin ini tidak boleh di tanggalkan! Jika awak tanggalkan.. Tidak ada lagi perjanjian perkahwinan antara keluarga awak dan keluarga saya.. Faham?" Lelaki itu memandang Maira dengan serius, Maira pula menganggukkan kepalanya perlahan-lahan.
Pemuda itu tersenyum manis padanya.. 'Oh masalah..! Mungkin aku cakap terlalu melebihi batas sampai dia jadi begini..!'
Maira masih terkaku setelah apa yang terjadi di hadapannya, Sebelum sempat Dia berlalu.. Lelaki tersebut kemudian memanggilnya lagi.. "Oh.. Maira..! Untuk majlis perkahwinan kita, Akan diadakan pagi esok. Maksud saya awal pagi.. Keluarga awak dan keluarga saya sahaja yang wajib hadir..! Kita buat kecil-kecilan sahaja, Mungkin hari kedua baru kita buat besar-besaran. Saya tunggu awak di sini dan waktu kita lebih awal dari waktu majlis perkahwinan kita.. Okay?" Iqbal memberitahu pada Maira takut-takut Maira terlupa akan perkara itu. Maira mengangguk berkali-kali, Kemudian segera berlalu dari situ.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maira seakan-akan di awangan, Walaupun dia sudah berada di hadapan Pak cik Marzam..
"Macam mana Maira..? Menjadi..?" Tanya Tuan Marzam, Yang tercegat di depan garaj rumahnya.
Maira menunjukkan cincin di tangannya sambil mendiamkan diri agak lemah dengan apa yang berlaku pada dirinya, Encik Marzam terloncat-loncat dengan kegembiraan. Bila dia melihatkan Maira sedang dalam kesedihan dan terkejut akan perkara itu, Marzam kemudian menenangkan Maira.. "Jangan risau Maira, Semuannya berjalan dengan lancar..! Saya Jamin akan lancar..!" Jawab Encik Marzam padanya cuba memujuk Maira.
'Tidak membantu langsung lah..!! Waaaaa..!!!!! Sekarang macam mana ini?! Padan muka kau Maira.. Hendak tolong sangat..! Haa amekkaw..!! Mendapat teruk gila kau, Akhirnya...! Kan..??!!'
"Encik Marzam.. Bagai mana dengan perkahwinan esok?" Tanya Maira pula dengan wajah yang sedikit muram kerana dia akan berkahwin!
"Bagus!!! Teruskan..!" Marzam sungguh gembira akan berita yang menakjubkan itu..!
Maira terbeliakkan matanya kerana jawapan Encik Marzam itu yang tetap ingin meneruskan perkahwinan itu. Maira bertanyakan lagi.. "Bagaimana pula untuk pihak ibu bapa saya? Saya sebatang kara sahaja ini..!"
"Maira.. Katakan pada keluarga lelaki itu yang kami ada kecemasan, Pasha kemalangan...! Kami tidak dapat datang, Qis dan Trisha masuk kolej besok, Okay?" Arah Encik Marzam pada Maira.
'Eh???!! Bukankah Qis dan Trisha Sakit? Tidak mungkin pagi terus sihat? Tetapi..! Tidak mungkin aku perlu menipu lagi pada lelaki itu? Aku tidak mahu berkahwin..!!! Apa yang perlu aku lakukan ini..??!! Untuk memberitahu pada lelaki itu..? Ini semuanya adalah... Palsu belaka!!!!! Hmmm....'
Sungguh.. Maira tidak sanggup menipu lagi......
Share this novel