BAB 4

Humor Series 294139

Aiqish melangkah keluar dari dewan kuliah dengan perasaan yang bercampur baur. Pada hari pertama kuliahnya , dia sudah bernasib malang kerana terlewat masuk kuliah dan melanggar orang yang tak sepatutnya dilanggar .

Ketika Aiqish berjalan keluar daripada Universiti , Aiqish terdengar seseorang memanggilnya . Aku ingatkan bala tak datang lagi tapi sekarang bala dah ada depan mata!! Apa yang aku patut buat ni ?? " Aiqish berkata di dalam hati .

Ehem, aku ada benda nak bincang dengan kau . Jom kita duduk kat pondok tu kejap .Tengku Airil berkata sambil melangkah pergi ke pondok yang dimaksudkan.

Aku nak kau bayar balik ganti rugi baju tu dalam masa seminggu . Faham ?? Tengku Airil memberikan sesuatu benda yang amat berat untuk dilakukan oleh Aiqish .

Em, saya mana ada duit sekarang. Saya janji akan bayar balik ganti rugi tu dalam bulan ni juga. "Aiqish menjawab dengan nada yang megendur.

Ada aku kisah yang pasti kau kena bayar ganti rugi tu secepat mungkin . Kalau kau lambat bayar ganti rugi tu , kau akan menyesal seumur hidup . Selepas memberi amaran kepada minah kampung itu ,Tengku Airil terus melangkah pergi dari pondok itu tanpa mempedulikan mata yang sedang memandangnya .

Aiqish yang melihat lelaki itu hanya mengeluh. Apa aku nk buat ni ? terdetik hatinya.

Aiqish menghantar mesej kepada Lyn untuk berjumpa di Taman Tasik Perdana . Aiqish ingin menceritakan kejadian tadi kepada Lyn untuk berkongsi masalahnya dengan kawan baiknya itu , walaupun dia berat hati untuk menceritakan kejadian tadi kerana kuatir Lyn akan mengamuk dan menyerang lelaki tu pula.

Wuitt ! Lama kau tunggu ? Jauhnya termenung macam ada masalah je " Lyn bertanya kepada Aiqish yang nampak termenung ketika dia menghampiri bangku yang diduki oleh rakannya itu .

Kau ni memang nak bagi aku mati cepat ke ? Aku dah ada banyak masalah ni, kau lagi tambahkan masalah aku . Aiqish mengeluh sambil memarahi Lyn yang berada disebelahnya .

Hei , jangan marah-marah . Apa benda masalah kau tu , mana tahu kalau aku boleh tolong. " Lyn berkata sambil tersenyum memandang Aiqish yang macam cacing kepanasan itu .

Aku kene serang dengan mamat bongkak tu tadi . Mamat yang aku langgar tu suruh aku bayar ganti rugi dalam minggu ni , kalau tak dia nak buat sesuatu kat aku . Aku takut lah Lyn . " Aiqish memberitahu apa yang dia fikir sebelum kedatangan Lyn tadi .

Apa yang lelaki tu akan buat kalau kau tak bayar dalam minggu ni ??Aku bengang betul kalau ada yang berani nak kacau kawan aku ni . Kau pinjam duit aku dululah , okay ? "Lyn memberi cadangan kepada Aiqish.

Aiqish berasa bersalah kerana menyusahkan kawan baiknya itu tapi apakan daya die lebih takut pada ugutan lelaki itu. Boleh ke aku pinjam duit kau ? Papa kau x marah ?

Alah , kau jangan risau nanti aku bagitau papa aku pasal benda ni . Confirm dia tak marah sebab kau dah macam anak die sendiri . Jom kita pergi amik duit, esok kau dah boleh bagi kat lelaki poyo tu . " Lyn menarik tangan kawannya itu .

Aiqish hanya berdoa dan bersyukur kerana mempunyai rakan yang sebaik Lyn dan dia juga berharap hidup Lyn akan sentiasa bahagia. Itulah salah satu doanya ketika habis menunaikan solat .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience