BAB 3

Humor Series 294139

Malam itu , Aiqish menelefon ibunya yang berada di kampung. Dia masih mengingati gelak tawa ibunya itu. Ibunya tergelak kuat apabila dia memberitahu pergaduhan yang berlaku pada petang tadi.

Apa kau buat ni Aiqish oii ? Aku panggil kau dari tadi tak dengar ke ? "sergah Lyn daripada belakang Aiqish.

Kau ni kalau sehari tak buat aku terkejut memang tak boleh kan ? Kalau aku ada penyakit dah lama aku out. " Aiqish hanya mampu mengusap dadanya dan memarahi kawan baiknya itu.

Alah kau ini janganlah marah kat aku ....Aku tak terniat pun nak buat kau terkejut . Jangan marah tau by the way apa yang kau mengelamun sampai aku panggil pun tak dengar ?? Lyn bertanyakan soalan yang susah Aiqish nak menjawab kerana pasti Lyn akan mula geram dan marah tapi apakan daya kawannya itu sudah menanti .

Mak aku gelakkan aku pasal hal petang tadi . Dia kata aku jalan tak pandang depan tapi dia marah juga sebab aku kena basuh baju laki bongkak tu tadi . Macam manalah aku nak basuh baju die tu , selalunya aku basuh pakai mesin basuh je. " Aiqish telah membuat muncung sedapanya itu .

Lelaki tu memang biadap sebab paksa kau belikan baju yang sama jenis dengan baju yang terkene milo tu tadi . Aku dah kata nak tolong bayar kerosakan baju dia tu tapi dia yang tak nak . Menyakitkan hati betul !! . Lyn berasa geram dengan lelaki yang ditemui pada petang tadi.

Sabar jelah , lagipun aku yang salah sebab jalan tak pandang depan. Masalahnya sekarang mana aku ade duit nak beli baju tu ? Mahal kot jenama baju tu!! Aku mana ade duit nak bali baju macam tu . " Aiqish membuat muka masamnya itu .

Aku bagi kau pinjam duit aku , kau nak tak ?? Lagipun aku tak kisah kalau kau nak pinjam , kalau tak nak ganti pun tak pe. " Lyn menghulurkan kad kreditnya kepada Aiqish.

Apa kau merepek ni ?? Aku tak nak kad kredit ni , lagipun nanti aku usahakan lah cari duit nak beli baju mamat tu . Kau tak payah susah nak bagi aku pinjam , aku tumpang rumah kau ni pun tak tahu nak bayar guna apa. Thanks a lot my dear " Aiqish berkata begitu sambil memeluk kawan baiknya itu .

Kau ambil sajalah , kalau tak nak ganti pun tak pe ... tu kira aku sedekah kat kau . Lyn tersengih dan menanyang giginya yang cantik itu .

Pada keesokan harinya , Aiqish terlewat bangun untuk menghadiri kuliah pertamanya . Dia bersiap dan terus menaiki kereta yang diberikan oleh Lyn itu . Bukit Antarabangsa ke Universiti Malaya hanya 15 minit kalau tidak ada kesesakan jalan raya .

Selepas tiba sahaja di tempat kereta , Aiqish memakirkan kereta kawan baiknya itu dan berlari menuju ke dewan kuliah . Ketika dia sedang berlari , dia terlanggar seseorang lagi dan terdetik dihatinya " kenapa aku ini asyik langgar orang saja? .

Apabila dia mendongak ke atas untuk melihat wajah orang yang dilanggarnya itu , dia terkejut kerana orang yang dilanggar adalah lelaki yang memarahinya semalam . Aiqish kenapa kau langgar orang yang sama ni !! Matilah aku macam ini " Aiqish berkata di dalam hatinya.

Kau ini memang tak pernah nak pandang depan ke kalau berjalan ?. Kenapa aku kena terserempak dengan kau pagi ni , buat mood aku rosak je . " Tengku Airil berang dengan minah kampung dihadapannya itu .

Saya memang tak perasan awak ada kat sini sebab saya dah lambat nak masuk kuliah . Saya minta maaf sangat tapi saya kena pergi sekarang . Assalamualaikum, saya pergi dulu dan minta maaf lagi sekali. Aiqish berlalu tanpa pedulikan mata tajam yang berada dihadapannya itu .

Tengku Airil berasa tercabar dengan perempuan yang langgarnya itu . Eh, kau nak pergi mana ni ? Aku belum lagi habis cakap dengan kau . " Tengku Airil berkata dalam nada geram.

Awak,saya dah lambat nak masuk kuliah ni . Kalau awak nak marah saya pun , marah lepas saya habis kuliah eh . " Aiqish menunjuk muka risaunya dihadapan lelaki itu untuk meminta simpati .

Ada aku kisah kau dah lambat masuk kuliah !! Aku tak kisah yang pasti bila kau nak bayar ganti rugi baju aku yang kotor disebabkan kecuaian kau tu ? Tengku Airil meluat tengok muka minah kampung dihadapannya itu . Kau ingat buat muka macam tu , aku rasa simpati ... ini Tengku Airil Bin Tan Sri Tengku Zariff Ahmad lah . " kat Tengku Eizmiel Zafran di dalam hati .

Saya memang dah lambat nak masuk kuliah ni . Saya akan bayar ganti rugi tu nanti . Saya pergi dulu tau !! Kalau nak jumpa saya , kita jumpa kat kafeteria . " Aiqish menjerit sambil berlari menuju ke dewan kuliah.

Tengku Airil hanya mampu melihat langkah wanita yang membuatkan moodnya rosak pada pagi ni . Ish menyakitkan hatinya saja

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience