BAB 2

Humor Series 294139

Pada keesokan harinya , Aiqish bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta Honda City kepunyaan Lyn. Aiqish berasa sangat gembira pada pagi itu kerana matlamatnya sudah pun tercapai dan perasaannya semakin gembira kerana kawan baiknya belajar satu tempat dengannya.

Ketika dalam perjalanan Aiqish teringatkan berbualan dengan ibunya sebelum bertolak ke Kuala Lumpur .

"Mak, Qish pergi dulu eh ... mak jangan lupa makan pulak nanti " kata Aiqish dalam keadaan tersedu-sedan. 'Dia berasa sedih kerana meninggalkan ibunya keseorangan di rumah itu . '

'Mak Kiah pun berasa sangat sedih kerana kerana terpaksa melepaskan satu-satunya anak kesayangannya itu.' "Mak tak lupa makan , kamu jangan lah risau ...mak yang patut risau sekarang sebab nak lepaskan anak mak yang tembam ni " kata Mak Kiah sambil mencubit pipi gebu Aiqish .

'Aiqish tergelak dalam tersedu -sedan kerana maknya membuat lawak . Lyn pun turut sedih kerana tengok drama di hadapannya itu.' "Jom lah Aiqish , kita dah lambat ni . Saya pergi dulu ya mak cik ... mak cik jangan lah risau , Lyn akan jaga anak mak cik yang tembam ni . " kata Lyn dalam nada ketawa .

"Qish pergi dulu mak nanti kalau dah sampai qish telefon mak ... pergi dulu mak . " Aiqish mencium tangan ibunya dan terus memasuki kereta Lyn .

Aiqish dan Lyn tiba di Kuala Lumpur pada pukul 2 petang . Mereka terus pergi mendaftarkan diri di Universiti Malaya . Aiqish mengambil jurusan kujuruteraan awam dan Lyn pula mengambil jurusan perniagaan kerana dia akan mengambil alih posisi bapanya di Zikay Holding.

Aiqish kau dah siap daftar ke ?? " Lyn bertanya . Kalau kau dah siap , kau ikut aku daftar pulak kat jurusan perniagaan sebab tadi aku tunggu kau daftar.

Okey, aku ikut kau tapi aku nak pergi kafeteria kejap . Kau pergi dulu nanti aku datang . Aku haus lah nk beli air kejap , kau ada apa-apa nak beli ke ?? nanti aku tolong belikan.

Aku nak milo ais , kau beli pakai duit kau dulu nanti aku bayar balik . Okay lah aku nak pergi daftar dulu . " Lyn berlalu selepas memberitahu apa yang dia mahukan untuk membasahkan tekak.

Ketika di kafeteria , Aiqish terlanggar seseorang dan menyebabkan air milo yang dipesan oleh Lyn itu tumpah keatas baju orang yang dihadapannya. Auni berasa sangat risau jikalau orang dihadapannya itu akan menengkingnya dan ternyata kesimpulannya itu betul.

Hoi !! perempuan takde mata ke ? Main langgar orang je , mata letak kat lutut ke ? Habis baju aku , lain kali kalau berjalan jangan tengok kiri kanan ?? " jerkah Tengku Airil kepada perempuan dihadapannya itu . Dia berasa sangat marah kerana baju kemeja yang dibeli oleh ibunya telah kotor kerana sikap perempuan cuai di depannya itu .

Aiqish yang dalam keadaan terkejut dan takut dijerkah sebegitu oleh lelaki tampan dihadapannya itu terus berkata " Saya tak perasan , saya minta maaf . Aiqish bersuara dengan nada yang bergetar kerana tidak pernah sesiapa pun menjerkahnya sebelum ini .

Kau ingat baju aku ni ada jual kat pasar malam ? Aku tak kira sebagai balasan kau kena basuhkan baju aku dan belikan aku sehelai lagi baju yang sama macam ni . Faham ? " kata Airil dalam nada menyindir.

Tapi baju awak tu saya boleh basuh dan nanti kotoran tu hilanglah , knp pulak saya kene beli baju yang baru untuk awak ??. Aiqish yang berasa tidak puas hati terus menyerang lelaki itu dengan beberapa soalan .

Ada aku kisah yang pasti kau kene basuh baju ni dan belikan satu macam ni jugak . Airil membuka baju kemejanya di kafeteria itu dan mencampak baju kemeja iitu dimuka perempuan dihadapannya itu .

Lyn yang berjalan ke arah kafeteria terlihat Aiqish dan seorang lelaki sedang bercakap , dari gayanya mereka sedang bertengkar dan yang mengejutkan Lyn , lelaki itu membuka bajunya lalu membaling baju tersebut ke arah muka Aiqish . Lyn yang ternampak kejadian itu terus membuka langkah untuk melihat apa yang terjadi .

Apa yang kau tengah buat ni? Kenapa mamat ni baling baju dia kat muka kau ? Lyn bersuara dalam nada sedikit tinggi .

Aiqish yang tidak sedar kehadiran Lyn terperanjat kerana disapa begitu terus menoleh ke arah Lyn dah berkata " Aku terlanggar mamat ni then air milo yang kau pesan tu tertumpah kat baju die .

Lyn yang tengah memandang lelaki yang kacak itu dan terus bertanya , berapa harga baju ? Biar saya yang bayarkan bagi pihak kawan saya ni .

Airil melihat muka perempuan yang melanggarnya itu dan terdetik di hatinya comel juga minah ini tapi dia tak termasuk dalam list aku sebab nampak macam perempuan kampung ... " Airil mengutuk Aiqish di dalam hatinya .

Airil yang tengah mengelamun itu tersedar semula ketika seorang lagi perempuan meninggikan sedikit suara kepadanya . Apa jerit-jerit ni ? Ingat aku pekak ke ?

Maklumlah saya dah panggil awak nak kering anak tekak ni , baru tersedar ...mengelamun apa tu ? Saya nak bagitahu awak yang saya nak bayar ganti rugi baju awak itu dan awak tak payah lah paksa kawan saya ni basuhkan baju awak dan belikan baju awak sekali sebab saya akan bayar dua kali ganda harga baju awak tu .

Kenapa kau pulak nak bayar ? Aku nak kawan kau yang bayar , baju ni dia yang kotorkan , so tu tanggungjawab dia. " kata Airil sambil tersenyum sinis kepada dua orang perempuan dihadapannya itu dan berlalu begitu saja .

Lyn dan Aiqish terkebil-kebil memandang langkah lelaki yang telah pergi jauh meninggalkan tempat beliau berdiri itu . Lyn berasa sangat geram dengan kelakuan lelaki yang ego melangit itu .

Aiqish dan Lyn pun mengambil langkah ke arah kereta untuk pulang ke rumah keluarga Lyn yang berada di bukit antarabangsa. Ketika dalam perjalanan Lyn membentak kerana geram kepada lelaki yang melanggar kawan baiknya itu .

Aiqish yang berada di tempat penumpang itu memandang ke arah kawan baiknya itu dan dia mengerutkan dahi kerana melihat muka masam kawannya itu .

Kau ni dah kenapa Lyn ?? Muka dah macam makan garam sekilo . Daripada tadi aku nampak muka kau masam je .... cuba senyum sikit , ni masam je . " Aiqish berkata sambil bergurau dengan rakan baiknya itu .

Kau ni kalau sehari tak buat lawak memang bukan kau lah tu . Bukan ape sebenarnya aku geram dengan lelaki tadi ...ingat die sape hah ?? anak tan sri , dato atau anak raja sampai ego tinggi melangit macam tu . Menyakitkan hati betullah .

Aiqish yang melihat kawan baiknya itu hanya mampu tersenyum . Aiqish faham sangat perangai kawannya itu , kalau dah marah atau geram semua benda nak diketuknya . Lyn , Lyn ...apalah nak jadi kau ni . " Aiqish tersenyum sambil menggelengkan kepalanya .

Lyn memandang muka Aiqish sambil menjeling dan berkata " kau jangan cakap lebih-lebih , aku tengah bengang dengan mamat perasan bagus and over arrogant itu. "kata Lyn dalam nada marah .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience