BAB 5

Humor Series 294139

Pada pagi itu setibanya Aiqish tiba di Universiti , dia terus mencari lelaki yang dilanggarnya pada kelmarin. Dia pusing satu kawasan kampus untuk mencari lelaki itu tapi tidak ditemui.

“Mana pulak laki ni ? Bila aku cari dia tak ada tapi bila aku tak cari ada jekan depan mata”. Aiqish merungut sambil mececahkan punggungnya di bangku pondok yang berdekatan dengan kafeteria.

Tiba-tiba Aiqish terdengar bunyi deruan motor berkuasa tinggi dan diatas motor berkuasa tinggi itu ada seorang lelaki. Aiqish hanya melihat lelaki yang berada diatas motor sepantas lalu sahaja kerana dia sibuk memandang sekeliling itu mencari Tengku Airil .

Aiqish tidak sedar bahawa lelaki yang berada dihadapannya itu adalah lelaki yang dia cari sejak pagi tadi. Tengku Airil pun pelik kerana baru pertama kali seorang perempuan tidak memandangnya ketika dia berada di atas motor berkuasa tingginya itu dan perempuan yang tidak memandangnya itu ialah minah kampung .

“Ehem , kau cari apa tu sampai tak sedar aku dah berdiri lama depan kau ?”Tengku Airil menegur Aiqish yang sedang mencari seseorang.

“Huh, terperanjat saya . Saya tengah cari awaklah , mana awak pergi dari pagi tadi saya cari tak jumpa ? "Aiqish bertanya dengan nada yang kasar.

“Kenapa kau dah rindu nak langgar aku ke ? Kau nak marah-marah ni kenapa ? " kata Tengku Airil.

“Saya bukan nak langgar awak dan bukan nak marah awak , saya cuma nak bagi duit ni kat awak. Ini duit untuk baju awak yang kotor terkena air milo itu dan saya nak minta maaf lagi sekali. "kata Aiqish kepada Tengku Airil .

“Mana kau dapat duit ni ? Semalam cakap kat aku yang kau tak ada duit tapi sekarang bagi aku duit yang jumlahnya sebanyak Rm500. Kau curi ke ? "Tengku Airil bersangka buruk terhadap perempuan dihadapannya itu .

Aiqish berasa geram dengan lelaki dihadapannya itu dan berkata " Saya pinjam dengan kawan saya . Sekarang awak boleh tak jangan kacau saya lagi , boleh

“Hahaha , jangan kacau kau ?? Kau lupe ke ape yang aku cakap hari tu ?? Belikan baju dan basuh baju yang terkena milo tu .. Skerang kau just bagi baju yang kau beli je , baju yang terkena milo ?? " Tengku Airil mengangkat kening sambil menadah tangannya .

“Dia boleh pergi macam tu je ? Menyakitkan hati betullah perempuan ni "Tengku Airil geram dengan minah kampung tu . ‘Kau tunggulah . Game baru start sekarang hahaha.’

Pada malam tersebut, Tengku Airil terasa ada sesuatu dengan perempuan yang melanggarnya tempoh hari .

“Kenapa aku asyik teringatkan dia ? Aku asyik terbayangkan muka minah kampung tu . " Tengku Airil berasa pelik dengan perasaannya tiap kali berdepan dengan minah kampung itu.

Tengku Airil turun dari katilnya dan melangkah pergi ke almari bajunya. Tengku Airil mencari sesuatu di dalam almari bajunya itu dan akhirnya dia jumpa benda yang dia cari iaitu gelang tangan minah kampung tu .

Selepas Tengku Airil mengambil benda yang dicari itu , dia melangkah naik ke atas sambil merebahkan badannya yang tegap itu.Tengku Airil duduk di atas katilnya sambil memegang gelang tangan tersebut . Dia dapat rasakan sesuatu perasaan yang muncul dalam dirinya apabila pertama kali memandang wajah minah kampung tu .

“Cantik jugak gelang tangan minah kampung ni . " hati Tengku Airil berdegup seketika selepas dia berkata begitu.

“Eh , kenapa jantung ni berdebar-debar pulak ? Aku tak suka dengan minah tu tapi jantung ni berdebar pulak. Jangan cakap yang aku dah jatuh hati kat minah tu . " Tengku Airil pantas bangun dari perbaringannya dan menggelengkan kepalanya beberapa kali sambil menyangkal apa yang dia sedang fikir sekarang .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience