BAB 21

Humor Series 294139

Pada hari itu , Aiqish terasa bosan duduk di rumah dan dia berniat untuk pergi ke office suaminya . Dia ingin membuatkan kejutan untuk suaminya itu lantas dia bersiap untuk pergi ke office Tengku Airil.

Selepas siap , dia menekan alarm kereta Audi yang dihadiahi oleh suaminya itu .

Setibanya di ZA holding , Aiqish terus menyerahkan kunci keretanya pada jokie dan terus melangkah ke dalam syarikat tersebut .

********

Puteri Quraisya yang melihat kereta Aiqish memasuki perkarangan syarikat terus muncul idea jahat .

Setibanya Puteri Quraisya di tingkat 18 iaitu aras bilik Tengku Airil , Puteri Quraisya terus mengetuk pintu bilik Tengku Airil .

Tengku Airil yang mendengar ketukan dari luar terus berkata "masuk !"

Puteri Quraisya masuk dan tersenyum ke arah Tengku Airil .

"Hai Ril " sapa Puteri Quraisya . Dia terus mengambil tempat dihadapan meja Tengku Airil.

Tengku Airil mendongak apabila mendengar Puteri Quraisya dan tersenyum sambil berkata " Hai Quraisy"

"Hahaha , you still use that nickname " kata Puteri Quraisya.

"Of coz because that nickname was very unique "

Di atas meja Tengku Airil terdapat segelas air kosong. Puteri Quraisya tersenyum sambil mendekatkan tangannya ke arah air tersebut .

" Haha , i like u " kata Puteri Quraisya .

Tiba- tiba air yang terdapat di atas meja Tengku Airil ditepis dan tertumpah dia atas baju Tengku Airil .

"Ops , sorry sorry . I tak sengaja " Puteri Quraisya bangun dan terus mendekati Tengku Airil .

"No , its okay " kata Tengku Airil apabila Puteri Quraisya telah mengelap baju kemejanya .

Puteri Quraisya sengaja merebahkan dirinya apabila mendengar tombol pintu yang dipulas daripada luar .

..........

Aiqish yang baru sampai terus memasuki bangunan yang megah dihadapannya .

Dia memasuki lif dan menekan butang 18 . Dia tersenyum riang kerana dia ingin membuat kejutan untuk suaminya itu .

Apabila pintu lif terbuka , dia melangkah dan terus ke pinti bilik suaminya . Dia tidak perlu membuat appoiment untuk datang ke pejabat suaminya .

Dia pun menyapa sebentar setiausaha suaminya dan terus memulas tombol pintu suaminya itu .

Apabila pintu terbuka , apa yang terbentang di hadapan matanya amat meremukkan hatinya .

Suaminya sedang memeluk pinggang perempuan yang hadir pada hari perkahwinannya tempoh hari .

"Abang " kata Aiqish perlahan sambil air matanya menitis.

Tengku Airil yang menyedari kehadiran isterinya lantas menolak puteri quraisya.

Aiqish terus berlari keluar dan dia hanya ingin pergi jauh daripada suaminya itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience