BAB 18

Humor Series 294139

Pada petang itu, Tengku Airil tiba di perkarangan rumah kerana baru pulang dari office. Badannya letih sekali kerana pada hari ini dia terlewat meeting pada pagi tadi dan dia terpaksa pergi ke Zikay holding iaitu syarikat ayah teman baik isterinya iaitu Lyn Amelya. Tadi sempat juga dia bertegur sapa dengan Lyn , orang yang dulu mengelarkan dirinya mamat poyo. Hahaha , dia masih teringatkan hal itu.

"Assalamualaikum , sayang !" panggil Tengku Airil sambil membuka pintu rumahnya.

"Sayang , kat mana ni ?" panggil Tengku Airil lagi.

Tengku Airil memanggil isterinya tetapi tiada sahutan. Dia sudah risau kerana tiada sahutan daripada Aiqish.Tengku Airil pantas mendaki anak tangga untuk melihat Aiqish sekiranya isterinya berada di dalam kamar .

Apabila dia membuka pintu bilik tidurnya , dia melihat aiqish tertidur di atas meja kerjanya. Mungkin Aiqish tertidur ketika bermain laptop kerana laptopnya terbuka . Tengku Airil meletakkan kot di atas katil lalu mendekati isterinya.

"Sayang , abang angkat sayang tidur kat katil eh " kata Tengku Airil.

"Hmm." hanya sahutan yang dibalas.

Tengku Airil membongkokkan badannya sedikit lalu menggangkat isterinya dengan berhati-hati.Selepas dia meletakkan isterinya di atas katil , Tengku Airil menyelimutkan Aiqish lalu mengucup dahi isterinya.

'Baru ingat nak buli minah kampung ni tapi dah tidur pulak ' bisik hati Tengku Airil.

'Takpe , malam ni abang buli sayang teruk-teruk" bisik hatinya lagi. Perangai lamanya sudah keluar , habis lah Aiqish kene buli macam dahulu.

Pada malam itu , Aiqish mengeluh di dapur kerana suaminya asyik menyuruh dia melakukan pelbagai jenis dessert kerana kata suaminya " Esok abang cuti , so malam ni abang nak stay up . Buatkan abang dessert yang sedap " kata Airil tadi kepada Aiqish.

First Aiqish membuat puding perisa mango tetapi Tengku Airil menolak puding itu dan berkata" abang tak makan puding"

Kali Kedua Aiqish membuat cocktail tetapi Tengku Airil kata" Abang nak makan dessert bukannya minum"

Kali ketiga , Aiqish nekad jikalau suaminya tidak mahu makan cream puff yang sudah siap itu , dia akan masuk bilik dan terus tidur.

Aiqish membawa cream puff di dalam pinggan lalu menghidangkan dessert tersebut di atas meja kerja Tengku Airil . Tengku Airil mengangkat kening sambil berkata " nampak sedap ... hmm tapi kena rasa dululahkan "

Tengku Airil mengambil satu cream puff lalu menyumbat ke dalam mulutnya . Aiqish yang melihat hanya tersenyum kerana kali ini hasilnya berjaya .

"Sedap bang ?" tanya Aiqish

"Abang tak sedap sayang sebab abang bukan makanan"kata Tengku Airil sambil tergelak.

"Ishh abang ni memang nak kene dengan qish kan " kata Aiqish sambil mnepuk kuat belakang suaminya.

Tengku Airil tersedak kerana tepukan isterinya itu . ' memang nak kene minah kampung ni .' bisik hati Tengku Airil .

Aiqish yang tergelak kerana melihat suaminya tersedak terus berhenti kerana dia merasakan dirinya sudah terapung . Apabila dia melihat ke bawah , rupa-rupanya suaminya sedang mendukungnya lalu mencampak tubuhnya ke atas katil dan Tengku Airil mendekatkan dirinya dekat Aiqish lalu berbisik " Lain hari abang akan balas dendam balik , my cutie wife "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience