BAB 17

Humor Series 294139

Selesai sudah party hari jadi Aiqish yang ke- 25 itu . Tengku Airil menarik nafas lega kerana semua yang di rancang berjalan dengan sempurna. Bahagianya dia melihat si isteri sewaktu mendapat hadiah yang diberikan tapi lupakah si isteri tentang kejadian ....

'Perkara sudah lama berlaku . Mungkin dia sudah lupa dan boleh menerima semuanya' bisik hati Tengku Airil.

Aiqish yang baru keluar dari kamar mandi hanya tersenyum kepada suaminya yang berada di atas katil. Dia mendekati suaminya sambil mencium pipi suaminya sambil berkata" thanks abang untuk hadiah yang bernilai tu. Aiqish suka sangat" kata Aiqish.

Tengku Airil telah menghadiahkan isterinya sebuah villa yang terletak di seri kembangan dan sebuah kereta sports Audi. Dia sudah berniat untuk memberikan hadiah itu waktu hari jadi Aiqish.

"hahaha, takkan kiss je ? "tanya Airil sambil tersenyum nakal

"Abang nak ape hah ? Abang jangan nak mengada qish cubit kang" balas Aiqish sambil mejeling suaminya.

"hahaha, Abang gurau jelah. Abang tahu yang qish masih tak bersedia, abang akan tunggu waktu yang tepat untuk qish serahkan hak abang tu" kata Tengku Airil sambil tersenyum .

"Dah lah jom kita tidur"kata Tengku Airil sambil menarik selimut.

"Abang marah ke ?" tanya Aiqish.

"Apa sebab untuk abang marah isteri abang yang comel ni" kata Tengku Airil sambil mecubit pipi Aiqish yang putih kemerahan itu.

"Auch sakitlah bang"kata Aiqish sambil menggosok pipinya.

"Meh sini abang kiss mesti hilang sakit tu ." kata Tengku Airil sambil tergelak.

"Dah lah Qish nak tidur. Selamat malam abang dan thanks again " kata Aiqish.

"U'r welcome sayang. " kata Tengku Airil sambil memeluk erat pinggang si isteri

Pada pagi itu , Aiqish menyediakan sarapan pagi dengan tersenyum riang. Mana tak happynya semalam tidur di dalam dakapan si suami.

"Amboi , happynya sayang ni " kata Tengku Airil yang sedang membutangkan lengan bajunya.

"Mana ade qish happy tapi Qish ade somthing nak tanya abang ni" kata Aiqish.

"Apa dia ?" tanya Tengku Airil sambil mengunyah roti bakar yang disediakan oleh Aiqish.

"Abang , boleh tak kalau qish nak kerja?" tanya Aiqish perlahan.

"Nope and never" kata Tengku Airil.

"Kenapa pulak ? Qish nak kerja je bukan pergi tempat lain pun." balas Aiqish.

"Abang kata tak boleh , maksudnya tak boleh lah !!! " kata Tengku Airil dalam nada yang berang.

"Hmm, kalau abang dah cakap macam tu nak buat macam mana " balas Aiqish di dalam sendu.

"Abang bukan tak bagi tapi abang nak isteri abang jaga abang dan bakal anak-anak kita . Abang juga tak nak qish penat . Yelah balik rumah dah kene masak , kemas rumah semua." kata Tengku Airil.

"Tapi kalau sayang nak kerja jugak , sayang boleh kerja dengan abang lagipun ZA holding pun masih kekurangan engineer sekarang. Kalau sayang nak , inform abang eh " kata Tengku Airil.

"Tak naklah kerja dengan abang , nanti abang buli qish setiap hari"kata Aiqish dalam nada gurauan.

"Owh , pandai dah dia nak cakap abang pembuli . Nak kene ni" kata Tengku Airil ingin mengeletek pinggang Aiqish tapi Aiqish menahan.

"Ops , abang tak nak pergi kerja ke ? Cakap hari ni ada meeting dengan lembaga pengarah" kata Aiqish dalam sisa tawa.

"Ya , Allah macam mana ni dah lambat . Ni semua sebab sayang nakal sangat. Okeylah abang nak pergi dulu . Petang ni abang nak sambung buli sayang lagi."kata Tengku Airil sambil mengenyetkan matanya yang berwarna hazel itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience