BAB 14

Humor Series 294139

Selesai sudah semua acara perkahwinannya tetapi hantinya masih tetap panas membara kerana perbualan diantara sang suami dan jugak wanita yang bernama Puteri Quraisya itu.

'Geramnya aku dengan perempuan tu , jeling-jeling pulak macam dia sorang je yang ada mata. Si mamat poyo ni pulak boleh puji perempuan tu . aku tahulah yang aku ni bertudung litup dan perempuan tu pulak terbuka sana-sini.' Bebelan memenuhi ruang hati Aiqish .

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka oleh seseorang, terhiaslah wajah kacak sang suami sambil menayangkan senyumannya yang boleh mencairkan hati sesiapa sahaja kecuali Nur Aiqish Katrina .

"Lambat awak masuk bilik, mesti berborak dengan Danial kan ?" kata Aiqish sambil cuba menanggalkan gaun pengantinnya.

'Kenapa buat baju pengantin zip kat belakang? Kan dah susah aku nak buka.'Hati Aiqish merungut sambil cuba membuka zip baju pengantinnya itu.

Tengku Airil yang melihat isterinya susah membuka zip baju pengantin itu terus memasuki bilik dan terus membantu isterinya.

"Meh, sini abang tolong bukakan baju ni." Kata Tengku Airil kepada Aiqish.

" Tak payah , saya boleh buka sendiri." Balas Aiqish.

" Tak pe biar abang tolong" Balas Tengku Airil

" Tak payah !" kata Aiqish .

Disebabkan Tengku Airil yang hendak menolong isterinya tu tanpa sedar die telah menarik zip baju pengantin tersebut sampai menampakkan badan bahagian belakang isterinya.Tengku Airil menelan air liur manakala sang isteri terus berlari memasuki kamar mandi .

"Ni awak punya pasallah" tengking Aiqish dari dalam kamar mandi .

"Abang nak tolong je , manalah abang tahu yang abang dah tertarik zip tu" kata Tengku Airil.

"Saya dah kata tak payah ! Tak payahlah." Kali ini memang kemarahan Aiqish tercabar betul .

"Baiklah , abang minta maaf" kata Tengku Airil dalam nada bersalah.

Selepas mendengar kata maaf daripada suaminya , Aiqish terdengar bunyi pintu biliknya dihempas.

'Dia marah kat aku ke ? Nusyuz ke aku ? Berdosa aku kerana menengking suamiku sendiri ?'

Pada malam itu , Tengku Airil hanya membaca buku di atas katil dan tidak mempedulikan isterinya di sebelah. Hatinya masih sedih kerana wanita yang amat disayangi sanggup menengkingnya kerana hal yang sedikit.

Aiqish berasa gelisah kerana suaminya berdiam diri dan yang paling Aiqish takut ialah suaminya tidak peduli lansung tentangnya sejak pertengkaran petang tadi .

Aiqish berdehem sambil merapati sang suami di sebelahnya lalu berkata

"Awak marah kat saya ke?"

Tengku Airil masih diam dan masih membaca buku dihadapannya itu .

" Saya minta maaf sebab tertengking awak petang tadi. Saya terkejut sebab awak nampak belakang saya." Kata Aiqish lagi.

"Abang memang tak sengaja nak tarik zip tu tapi qish tengking abang macam abang dah buat kesilapan yang besar." Balas Tengku Airil.

"Dah lah. Abang dah mengantuk. Abang tidur dulu."kata Tengku Airil sambil menarik selimut dan membelakangi Aiqish .

Aiqish tahu yang suaminya masih marah kat dia sebab suaminya tidak menggunakan perkataan sayang tetapi memanggil namanya.

Pertama kalinya , Aiqish menangis kerana mamat poyo tu . Pertama kali , Aiqish rasa berlainan perasaan apabila dimarahi oleh si mamat poyo sedangkan dahulu dia sudah biasa dimarahi sebegitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience