BAB 27

Humor Series 294139

Pada petang itu , Aiqish menunggu suaminya pulang. Sejak akhir-akhir ni suaminya kerap pulang lambat dan kadang-kadang suaminya tidak mahu bercakap dengannya . Kandungannya pula sudah mencecah 7 bulan .

Tiba-tiba Aiqish mendengar kereta memasuki perkarangan rumah .

"Abang " panggil Aiqish dari pintu masuk rumah .

Tengku Airil hanya diam dan tidak menoleh ke arah Aiqish sekalipun .

"Abang , kenapa balik lambat ?"

Tengku Airil masih diam dan terus mendaki anak tangga menuju ke biliknya .

Aiqish yang berada di bawah hanya mampu memandang dengan hati yang remuk .

.......

Pada malam itu , kesabaran Aiqish sudah berkurang kerana masakan yang dia masak si suami tidak makan , bercakap dengannya lagi tiada .

"Abang , qish nak cakap dengan abang ni."

"Hmm."

"Abang ada masalah kat tempat kerja ke ?"

"Tak de . Abang dah mengantuk and i need my rest ." Kata Tengku Airil sambil menutup matanya.

Aiqish yang melihat hanya menahan air mata yang hendak mengalir. 'Apa salah aku ? '

........

Keesokan harinya , Aiqish keluar bersama rakan baiknya iaitu Lyn .

Aiqish mengajak Lyn berjalan di tasik yang pernah mereka kunjungi dahulu. Aiqish ingin meluahkan semuanya kepada Lyn .

"Hah, kau ade ape nak cite ni?"kata Lyn.

"Sejak akhir-akhir ni Airil banyak berubahlah ."

"Berubah macam mana ?"

"Dia tak makan bila aku masak , tak bercakap dengan aku , selalu balik lambat" Adu Aiqish.

"Hmm, mamat po... " Lyn cepat-cepat menutup mulutnya .

Dia tidak mahu Aiqish mengetahuinya sekarang.

"Mamat ape ?" Tanya Aiqish.

"Tak de papelah . Aku rasa suami kau busy kot ."

"Aku ingatkan nak pergi office dia kejap . Kau boleh temankan aku ?" Kata Aiqish.

"Boleh . Everything for my mummyboo."kata Lyn sambil ketawa.

"Okay jom." Lyn menarik tangan Aiqish.

.......

Setibanya di ZA holding , Aiqish yang masih berada di dalam kereta ternampak sepasang pasangan yang cukup mesra dihadapannya.

Apabila dia melihat lelaki yang sedang memeluk erat pinggang erat wanita disebelahnya itu . Dia tergamam dan 'itu abang kan? Tak mungkin abang sanggup buat qish macam ni .' Bisik Aiqish .

Aiqish terus keluar dari kereta dan melangkah ke arah pasangan dihadapannya itu .

"Abang , ape semua ni ?" Kata Aiqish.

Aiqish baru perasaan yang disebelah suaminya itu ialah Puteri Quraisya.

"Abang , kenapa buat qish macam ni ?"

Aiqish menggoyangkan tangan suaminya .

Lyn melihat hanya menyumpah serana mamat poyo itu di dalam hatinya.

"Qish balik lah rumah . Abang tak balik malam ni ." Kata tengku Airil.

"Abang pergi mana ? Keluar dengan perempuan ni." Kata Aiqish sambil menunjuk Puteri Quraisya.

"Qish jangan biadap. Abang suruh balik kan ." Tengking Tengku Airil.

Danial Asyraff yang nampak pergaduhan dari jauh terus melangkah untuk meleraikan pergaduhan itu.

"Abang ! Sanggup abang marah qish disebabkan perempuani ?" Aiqish bwrkata sambil menangis.

Tiba-tiba perutnya terasa senak dan kepalanya pening.

"Abang ." Panggil Aiqish.

Tengku Airil yang melihat isterinya hanya bersahaja .

Nasib baik Danial datang pada masa yang tempat , jika tidak Aiqish mesti sudah terjatuh di atas tanah.

"Qish , awak okay tak ?" Tanya Danial sambil menepuk pipi Aiqish.

"Hantar saya pergi hospital. Selamatkan anak saya."kata Aiqish bila terasa perutnya semakin sakit.

"Baiklah . "Danial mengendong Aiqish sambil berkata

" Airil kau akan menyesal bila terjadi ape-ape kat bini dan anak kau"

Danial dan Lyn terus meninggalkan Tengku Airil di situ yang masih bersama Puteri Quraisya.

Apabila Tengku Airil melihat isterinya sedang di dukung oleh seorang lelaki , hatinya terasa begitu sakit tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya untuk pergi ke isterinya.

Puteri Quraisya hanya tersenyum dan berbisik di dalam hati ‘padan muka kau. Aku harap anak kau dan kau mampus .’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience